Saturday, December 4, 2010

Lawatan tanpa sengaja ke Istana Kellie

Benda first yang terdetak dalam kepala otak aku bila terbaca or terdengar perkataan "Kellie's Castle" ialah tempat tu haunted seyh. Uncle and the team dah pergi shoot Seekers kat situ siol. Maknanya tempat tu memang ada unsur paranormal supernatural giteww. Dah tu, istana tu tak berpenghuni sejak 1926 konferm la "ada" yang nak tinggal kat situ tanpa perlu bayar bil elektrik dan bil air. Tak lupa juga kepada matpit-matpit yang selalu gunakan istana tinggal tu untuk menjalankan "projek" mereka. 

Hari ni aku temanlah brader aku pergi hantar mak sedara aku balik Beruas. Beruas tu dekat Perak tau. On the way balik ke Kuala Kangsar kami saja lalu ikut jalan Batu Gajah. Tiba-tiba, aiceh tiba-tiba pulak ternampak istana tu tepi jalan (sangat misteri macam mana boleh tiba-tiba nampak??). Aku pon ajaklah brader pergi. So, kami pergilah. Tiket masuk RM4 satu kepala. Badan yang tak berkepala boleh masuk free (erkkk takut....). 

Hujan rintik-rintik dan awan mendung cukup untuk membuatkan suasana begitu misteri....


Kami pon pergi la meronda around istana tu. Seni binanya sangat cantik. Kalaulah istana tu siap, mesti rakyat Batu Gajah bangga ^_^. Lepas itu kami terjumpa macam-macam benda felik. Haaaa. Mula-mula nampak pokok beruang. Pokok Batai atau nama saintifiknya Albizia yang mana dekat batang pokok tu ada bonjolan yang menyerupai rupa seekor beruang. Iya, beruang. Bukan berwang (ini sangat misteri!!). Macam mana dekat batang pokok boleh ada muka beruang?? Haa itu yang kita tak tahu. Sebab itu kejadian Allah S.W.T ;^)

When u see it, u will shitbrixx!



Kami jalan-jalan pusing-pusing lagi. Lepas tu ternampak satu label bertulis "Koridor Misteri". Wahh...Ini sungguh menyeramkan. Mengapa ia misteri?? Itu menjadi tanda tanya O_O. 

Terdapat diskripsi pada label tersebut yang mengatakan....
"telah banyak diperkatakan bahawa...jeng jeng jeng!! roh Kellie Smith berlegar-legar di koridor ini"
Heeee atottt >,<


Saya tak berani tapi saya gagahkan berposing di koridor yang menyeramkan ini...



dan juga di sini....


dan yang terakhir sekali di sini kerana saya sudah tidak sanggup lagi berposing di tempatnya menakutkan ni....



Kendian, kami masuk pulak satu bilik tah la tak ingat bilik apa dekat-dekat dengan koridor tadi. Dalam bilik tu ada satu bilik bawah tanah yang agak gelaplah. Tangga nak menuruni bilik tu berliku-liku dan sangat menyeramkan. Ahhhh gelap tak gelap, kami terjah jugak. 

Risau aku kot kot ada orang yang tengah tengok skrin henfon sama-sama dengan aku masa tangkap gambar ni. 



Lepas tu jalan jalan round round lagi. Snap snap gambar lagi.....

 Yang kuning tu kediaman tuan punya istana, yang ceklat tu pulak istananya. 


 Cuba tatap lama lama dekat pintu bawah tu...ada macam kelibat muka orang tak??


 brader aku dengan bestnya bergambar. Gambar aku blur blur belaka -_-'


 Dekat atas istana, yang belakang tu baru rooftop parking dia. Hehe.


 Ini ialah kediaman William Kellie Smith (tuan punya istana tak siap ni)


Pandangan dari salah satu tingkap dekat istana. 


Snap punya snap, owhhh snap! bateri henfon kong pulak. Adei. Terpaksalah tangkap pakai lomo aje. Tak sampai sejam nge-round istana tak siap tu, baru teringat orang-orang dekat rumah tak makan lagi. Kena balik belikan lunch untuk diorang alololo kecian deme. 

Disebabkan tergesa-gesa nak balik dengan bateri henfon yang kong, aku missed la nak rakam gambar lif pertama di Malaya yang tak jadi nak di install dalam istana tu kerana pembinaan tergendala. Lepas tu, tak sempat la nak masuk (hehe padahal tak berani) stor penyimpanan arak yang berada dekat bawah tanah dan sangat creepy bak kata orang. 

Dan yang tak tahan sekali, before balik tiba-tiba aku terasa sangat nak terkucil. Adakah kerana gangguan makhluk halus? Jadi aku pergilah tandas. Kena bayar 20sen. Tapi tak de orang jaga dekat pintu masuk tandas tu. Haaaaa. Cuma ada disediakan satu tin biskut dan satu papan notis yang mengatakan "sila bayar 20sen masuk tandas. Masuk 20sen dalam tin ini" Lebih kurang begitulah captionnya. Hehe ingatkan tak de orang jaga bolehlah main masuk je toilet tu, tapi bila pikir balik mungkin diorang dah upah "orang invisible" tolong jagakan tandas tu. Kalau kita tak bayar, jagalah, dia ikot balik. Jadi, aku pon bayar la 20sen untuk mengelakkan orang invisible tu ikut aku balik. 

Tengok? Berapa banyak perkara felik tapi venar yang aku jumpa dekat sini. Memang betullah kata orang, tempat ini memang berpenunggu sebab semuanya misteri dekat sini. Dari pokoknye, koridornye, stor simpan araknye sampailah ke toiletnye. Semua misteri. 

Dan yang terakhir sekali......



"Jangan biarkan hidup anda diselubungi.....misteri." - Zainal Ariffin Ismail
Haha tiba-tiba je.



Serba sedikit tentang sejarah Kellie's Castle.
William Kellie Smith dilahirkan di Dallas, Scotland pada 1/3/1870 dan datang ke Malaya ketika berumur 20 tahun untuk mencuba nasib. Kellie adalah nama kepada ibunya.Pada 1905, Smith mendirikan kediamannya yang pertama, Kellas House. Pada 1909 batu asa istana kedua didirikan sebagai simbol keagungan nya.  


Beliau mengambil khidmat 70 orang pekerja yang kebanyakkanya dari Madras, India. Batu batu dan marmar yang digunakan adalah diimport dari Italy. Tetapi semasa pembinaanya satu tragedi menimpa dan mengorbankan ramai pekerja Smith. 
Mengikut kepercayaan kaum India, kuil harus dibina bagi mententeramkan tuhan mereka. 

Istana lama ini juga mempunyai menara 6 tingkat, sel menyimpan arak, tiang tiang kukuh dan arca moorish dan dinding yang bercirikan Greco Roman. Terdapat juga ruang legar di tingkat atas untuk berparti dan juga shaft lift yang pertama di Malaya. 

Dalam kunjungan ke Lisbon, Portugal, semasa berusia 56 tahun, Smith diserang penyakit Pneumonia dan meninggal dunia tidak berapa lama kemudian. Kerja kerja terhenti pada Disember 1926 setelah kematian Smith. Isteri beliau menjual segala hartanya di Malaya dan pulang ke England.

Nota terselit: Kepada Mia & Amy jangan sedih-sedih OK. Nanti kita terjah sini. Ow yeah! 

3 comments:

amy azuha said...

wuuu..cdey2..bce ney pn rse nk pegi jep..kat broga pn mun da pegi..mne aci hak2

Nurul Athifah said...

I dah pena pegi , tempat simpan arak tuh tade pape . Family I msuk n then gelap , so tangkap gambar guna flash . tengok dlm gamba juz ada rak rak .

Nurul Athifah said...

I dah pegi dah . Tempat simpan arak tuh tade pape . Gelap jer . Family I tangkap gmbar guna flash , then tgk dlm picx juz ada rak rak . Btw , kellie castle is nice .

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...