Saturday, April 28, 2012

‎=^●ㅅ●^= Pusheen Cat

Hai

Just now gua terjumpa satu website ni; Pusheen the cat

Banyak sangat gambar Pusheen ni yang kiut miut. Dah la gerak2 pulak tu. Haritu aku jumpa yang jpeg je dekat 9gag. Tapi bila aku masuk website rupa2nya gerak2. COMEL SANGATTTTTT.




Pusheen & Nyan playing games



Dan banyak lagi lah!! Nak tengok masuk sini
Wewweeeeee 


Friday, April 13, 2012

Bay-bay cikgu Fatty

*budak2 sekolah ni suka tulis bye-bye as bay-bay =3

Assalamualaikum.

Alhamdullilah tamatlah jua praktikum pertama gua dekat S.K Seri Aman, Bedong. Everything gone well dan aku bersyukur la dapat buat yang terbaik masa final observation dengan pensyarah & guru pembimbing semalam. Budak2 pon suka je buat aktiviti. Itu yang aku nak sebenarnya, murid2 ni suka & bangga dengan hasil kerja diorang. 

Lepas tu, banyak la dapat hadiah dari murid2. Rasa terharu gila sebab budak2 ni appreciate gak cikgu diorang yang tak berapa nak betul nih. Mengajo pon tunggang langgang lagik. 


Walaupun sekolah ni jauh dan kena menempuh 10 traffic light setiap hari tapi cikgu Fatty tak kisah kalau dapat buat praktikal kat sini lagi. 

Ok tak tau nak ngarut apa dah.

Bai.

Wednesday, April 11, 2012

Gempa bumi 8.9 skala ritcher di Acheh.

Alkisahnya dalam pukul 4.30 petang tadi aku dah empat orang lagi tengah sibuk2 nak order makan dekat shopping mall Central Square, Sg. Petani. Masa tengah belek2 menu tiba2 rasa gegar. Mula2 buat rilek je la ingatkan ada orang gegarkan pangkin yang kami tengah duduk tu. Lepas tu aku tengok atap kayu kat kedai makan tu pon duk gegar sama. Aku bangun terus dan tengok kat sekeliling orang dah ramai turun2 escalator nak pergi larikan diri. 

Aku pon apa lagi ajak la kawan2 selamatkan diri. Ketar gila kot masa nak turun keluar dari CS tu. Dah macam dalam muvee pulak rasa. Orang ramai semua dok kerumun pinti EXIT. Nasib baik la keadaan terkawal masa tu. 

Alhamdullilah gegaran tu sekejap je dan tak kuat sangat. Kami semua keluar dari bangunan dan tunggu sekejap kat luar CS. Lepas tu kami chaloh la takut pape jadi ke kan. Nauzubillah. 

Rupa2nya dengar berita satu Malaysia rasa gegaran. Lagi2 dekat area utara Perak, Kedah, Penang, Perlis, Pahang, Selangor & K.L. Gempa bumi 8.9 skala ritcher dan Tsunami melanda Banda Acheh. 

Kali kedua dalam pukul 6 lebih kami masuk CS balik sebab nak pergi Popular habiskan baucar buku. Tengah dok sedap2 pilih barang tiba2 gegaran kali kedua. Tapi kali ni tak sekuat kali pertama tadi la. Aku cadang nak bayar dulu la barang yang aku ambik tapi malangnya pekerja kedai tu dah cabot lari dulu. Hampeh sungguh.
Dan ini yang terbaru jugak la...


Sama2lah kita doakan keselamatan rakyat Acheh. Amaran Tsunami dah keluar. Moga semuanya baik-baik sahaja. Amin. 


Monday, March 12, 2012

Weekend Getaways: Lost World of Tambun

Salam. 

2 Mac lepas aku, Inazz, Yana, Ekin and RJ pergi lah berjimba ke Lost World of Tambun, Ipoh. Kami beli voucher kat Groupon sebab discount ja (RM34 instead of RM45) kalau tau memang tak berjalan la ke sana. Btw, that day is friday actually, kiranya weekend utk orang utara la hohoho. Memang best sebab tak ramai orang kat sana. Hari jumaat la katakan orang semua dok kerja lagi hihihih. 









Raccoon buat muka mintak penyepak. Masa awal2 lalu dekat dia rasa cam cuak jugak sebab dia asyik dok usha semacam je. Rupanya dia nak mintak makan je hahaha comel sungguh!!

Ini the 2nd time aku datang sini. Banyak juga perubahan sebab sekarang dah ada Hotspring, Petting Zoo, Tiger Valley, Tin Valley. Masa awal2 bukak dulu main attractions dia cuma theme park and water park je. Tapi yang the best gua rasa Petting Zoo dia la. Hewan2 dia semua comel2 berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Rasa macam nak seludup masuk beg bawak balik rumah. Lagi2 raccoon yang gemok2 dan comel2 dan sangat manja tu. Parrot, peacock and pigeon dia gemok2 sebab orang asyik bagi makan je. Hissshhh geram bila memikirkan balik. Nak curik sekorrrrrrrrrrrr. 

Harimau pulak gua tak sempat nak tengok sebab dah tamat masa feeding dia. Huhuhu keciwaaaa. 





Monday, January 23, 2012

Resipi: Puding Roti Savory dengan Seafood

Hahaha nama bercampor2 english & malay. Hari ni rasa cam nak bukak kelas masak2 online pulak. Resipi kita hari ni ialah Puding Roti Savory dengan Seafood Wah2 Sedapnye. Ekceli abang aku Zaid yang nak try buat. Dia kata die reka resipi ni sebelum tidor. Hahahah orang nak tidor bace doa nih boleh pikir resipi nak masak ape lak. 

Aku pulak? Assistant Chef la. Tolong potong2 apa yang patut. Kalau resipi tu jadi, kira tu jadi resipi aku lah. Kalau tak jadi, aku tak nak campur tangan hahahahakk. Turn out, memang jadi dan sedap pulak tu, so aku jadikan ni resipi aku dan akan ku share kan kat blog nih lalalalala~


Pudding Roti Savory dengan Seafood 
by Chef Fatty

Hidangan untuk 6 hingga 7 orang tak termasuk yang kuat makan.


Bahan-bahan

7 keping roti buku
3 biji telur
1 tin susu sejat
20 ketul fish ball atau prawn ball atau seantero dengannya (potong dadu)
10 keping crab stick (potong dadu)
1 tin plain tuna
3 batang cili padi dan 3 batang cili hijau (dihiris halus)
1 1/2 kiub ikan bilis
1 biji tomato (dihiris nipis)
Keju mozarella
Garam






Cara membuat
  1. Campurkan setin susu sejat dan 3 biji telur, pukul bahan2 ni.
  2. Koyak2kan roti dan campurkan sekali dengan bahan tadi. Gaulkannya.
  3. Masukkan pula fish ball dan crab stick yang telah dipotong dadu dan gaulkan.Kalau nak bubuh udang ke isi ketam ke lagi best lah.
  4. Masukkan cili potong dan kiub ikan bilis. 
  5. Masukkan garam secukup rasa.
  6. Setelah digaul sebati, sediakan bekas atau periuk.
  7. Tuangkan separuh dari campuran roti tadi ke dalam periuk. Ratakan. 
  8. Secara lapisan, tuangkan pula tuna dan ratakan pada lapisan pertama. 
  9. Tabur keju mozarella dan lapiskan dengan hirisan tomato.
  10. Tuangkan campuran roti untuk lapisan kedua.
  11. Ulang langkah 7, 8 dan 9.
  12. Setelah habis campuran dituang, untuk topping, hiaskan dengan tomato dan keju mozarella. 
  13. Panaskan oven 50 darjah celsius. Bakar di dalam oven selama lebih kurang 1 jam 30 minit.
  14. Nak tau dah masak or belum try la cucuk dengan lidi, kalau keluarkan lidi tu licin je kira dah masak lettewwwww.




Itadakimasu!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...