Monday, March 14, 2011

Pengalaman bercuti di Janda Baik.

Assalamualaikum. Tajuk entri macam karangan darjah 6. Well, baru balik dari sekolah la katakan. Ekceli aku ni baru je sampai rumah semalam. Selepas dekat seminggu lebih berada di perantauan yang tak berapa nak perantauan.

Seronoklah meluangkan masa dekat negeri Pahang Darul Makmur tu. Makmur betul negerinya. Sejuk, sebab asyik hujan je. Boleh jadi daerah kedua paling kuat hujan selain dari Taiping. Hohohoho OK mula-mula sekali pergi hari keluarga dekat Janda  Baik a.k.a JB 2 hari 1 malam. Woihhh tolonggggg aku tak ingat nama resort tu pleassseeee ingatkan aku WAAAAAA!!! OK **update** nama tempat tu ialah Wadi Samrah hehehe.


wadi samrah
dinedining
gaxebo
viewsteps to the main house
location
livingbedroom

Tempat dia memang terbaekkk bai. Nyaman, indah, suci murni. Best gila duduk situ. Siap ada 3 4 buah basikal boleh guna wooo. Asal aku eksaited sangat pasal beskal ni?? Biasa la dah lama tak naik beskal, eksaited arrrrr. Tri-scooter pon ada tau jangan main-main. Serius cambest, tak pernah jumpa sebelum ni. Hohoho gila gelabah minah ni pehal???

So tanpa membuang masa, marilah kita mengcekidaut gambar-gambar yang disedut dari kamera bro aku. Jeng jeng jeng tak suprise pon....

Kolam renang air masin. 


Bestkan tempat dia? Cakap best cepat. Dah la siap ada bilik karaoke lagi. Yang ni tak tahan ni. Tapi malangnya aku tak sempat nak nyanyi satu lagu pon sebab tak reti nak pilih lagu. Hampeh betul. Lepas tu, cousins aku yang juara karaoke jamban pulak yang conquer tempat karok tu sampai hujan-hujan dah.

Swimming pool dia best tau. Sebab dalam. Takat dada kot. Tapi air dia masin la. Tak tau la kenapa. Dah banyak sangat "ramuan asli" masuk dalam air tu kot. Yewwwwww. Aku ni suka kolam yang dalam-dalam tapi tak reti berenang. Anak-anak sedara aku yang kecik-kecik pon pandai gila berenang, kuak lentang, kuak kupu-kupu, doggy style, duyung style, dugong style semua reti. Memalukan betul -_-'....

Bila pagi-pagi, air dia sejuk gila babeng. Aku tak sanggup nak mandi. Tapi aku mandi jugak la. 2 hari 1 malam dekat sana rasanya memang tak cukup. Sepatutnya 5 hari 4 malam baru cukup kot hahaha. Buat pulak family gathering yang julung-julung kali diadakan. Nak luangkan masa dengan sedara mara tak cukup kot 2 hari je. Tapi nak buat macam manakan, semua orang dah ada tanggungjawab masing-masing, so nak cari masa yang sesuai tu agak susah la.

So, hari Ahad tu program tamat family aku terus gerak ke Bentong untuk hantar aku ke rumah Yana. OK nanti aku update pulak cerita aku dekat daerah Bentong yang suatu ketika dulu terkenal dengan penjenayah kejam iaitu Bentong Kali a.k.a P. Kalimutu hehehehehe.

4 comments:

amy azuha said...

bestnyer..! dah lme x wat family gathering camni..winduuu

Anonymous said...

yup. memang best. lagi2 bila buat dekat tempat yg best cam nih..heheh

Qib said...

rasa geli plok bc tmpt part air masin tu.. eishh

Latest Entries
|Hadiah dari Nuffnang!|
|Cara Picit Jerawat Paling Seronok!|
|Mintak Kongsi Ilmu boleh? |

liyana said...

biasela...kat bentong memang banyak tempat beesh2 ni...hihihihihi :p

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...