Tuesday, September 27, 2011

Kerja kerja

Assalamualaikum!!

K. Hari ni nak share sikit la hasil kerja projek aku untuk sem ni. Bagi kursus major PSV aku, kena hasilkan dua buah arca (sculpture) iaitu arca assemblaj & air pancuran. Tak teragak agakkan banyaknye arca kena buat sekali kan? Tapi nasib baik la air pancuran tu kerja grouping so takde lah tensi sangat. 

So, yang assemblaj sculpture tu aku buat arca puting beliung. Tema yang diberi ialah ekspresi. Aku blank mula2 tak tau nk buat apa. Sampailah satu hari tu pensyarah aku tanya aku nak buat apa, tiba2 terpacul kat kepala otak aku pasal nak buat tornado. Tornado dan puting beliung tu sama la saja nak bagitau ;P

Pom prang pom prang pom prang.... Jadilah benda alah kat bawah ni.


Ni la dia. Nampak murahan tapi susah gile nak buat sampai berbirat birat tangan aku sebab dawai2 tajam tu. Ntah lah, tapi aku tak berapa suka dengan hasil kerja aku ni. Senang cerita aku memang tak suka lah buat arca.

Yang air pancuran pulak, aku berganding lengan dengan Pika dan Yana. Idea kitorg ialah wall fountain. So, kami pon buat la wall fountain sebab orang lain tak buat cam tu. Bajet rare lah. Lepas tu hambek hang, bapak susah la nak buat. Dari masalah gam tak melekat sampai la masalah air tak keluar la, air merecik2 lak. Macam-macam. Tapi alhamdullillah, berkat kesabaran dan kewibawaan cewahhh kami bertiga jadilah jugak wall fountain ni. Oh tak lupa jugak sekalung penghargaan kepada abahnye Pika yang teruk2 tolong buatkan fountain ni. Trimas ya Pika and Pacik Usop.


Berbanding tornado tadi, aku lagi suka yang ni. Sebab...... aku lagi suka buat kerja grouping kot berbanding kerja individu. Sebab kerja individu tension siot. Semua aku kena pikir sensorang. Penat jiwa ok.

Ok la itu je. Bai!

Friday, September 2, 2011

UWS the 5th roll


Thursday, September 1, 2011

Gambar raya tahun ini.


Hah. Cincai je aku edit. Nape aku edit cam ni pon tak tahu la. Cadangnye nak buat stail la sikit. Lepas tiba2 mood hilang terus jadi malas. Ok bai. Salam Aidilfitri dan Selamat Hari Merdeka! Chiaow~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...