Thursday, December 29, 2011

Tanda-tanda gangguan syaiton ketika tidoq

Assalamualaikum.


Dalam banyak2 mimpi kan, aku suka mimpi bila aku boleh terbang atau melayang. Sebab aku boleh pergi ke mana2 tempat yang aku suka (masa dalam mimpi tu lah). Tapi, rupa2nya baru aku tahu yang sebenarnya kalau kita mimpi kita terbang atau terawang di udara maknanya ada gangguan syaitan. 

Yang aku tahu tu sebab aku terjumpa dalam iklan rawatan terapi Al-Quran Darul Hikmah kat paper Kosmo. Dia tulislah tanda2 gangguan syaiton ketika jaga & tidur. Aku rasa tertarik nak kongsikan pasal tanda2 gangguan syaiton ketika tidur yang ditulis dalam iklan tu. 

  1. Sukar tidur di waktu malam
  2. Sering terkejut/seperti disentak sesuatu ketika tidur terutamanya waktu hampir terlelap mata
  3. Sering mimpi terjatuh dari tempat tinggi
  4. Sering mimpi binatang seperti ular
  5. Sering mimpi ditindih sesuatu
  6. Sering mimpi orang yang sudah meninggal dunia
  7. Sering mimpi bayi/kanak-kanak kecil
  8. Sering mimpi menyusu bayi
  9. Sering mimpi masuk ke tempat kotor / najis
  10. Sering mimpi masuk ke tempat yang sunyi seperti rumah kosong
  11. Sering mimpi lemas dalam air
  12. Sering mimpi buang air besar dalam makanan /  periuk
  13. Sering mimpi terbang di udara / di awangan
  14. Sering mimpi  dikejar hantu
  15. Sering mengigau ketika tidur
  16. Sering mimpi diugut oleh seseorang
  17. Disergah seseorang ketika tidur
  18. Nampak bayangan lembaga ketika tidur
  19. Mengasah gigi ketika tidur
  20. Terdapat kesan-kesan lebam selepas bangun dari tidur


Dalam 20 jenis gangguan ni, yang aku pernah / selalu alami ialah
  • Sering mimpi terjatuh dari tempat tinggi
    • memang akan tersentak dan dada dupdap2 la lepas kena ni
  • Sering terkejut/seperti disentak sesuatu ketika tidur terutamanya waktu hampir terlelap mata
  • Sering mimpi orang yang sudah meninggal dunia
    • arwah Wancik aku
  • Sering mimpi terbang di udara / di awangan
  • Sering mengigau ketika tidur
    • aku tak sedar bila aku mengigau, tapi roomate aku lah selalu dengar aku ngigau kekekeke

Alhamdullilah la dalam banyak2 tu aku tak pernah kena tindih masa tidur, tapi adik aku selalu kena. Dulu kan, masa kecik2 selalu kalau balik rumah tok wan aku, bila tidur je kat rumah dia mesti akan alami bad dream yang sama je. Masa dalam mimpi tu situasinya aku dekat stesen keretapi K.L yang dulu punya tu. Lepas tu, mesti mimpi hantu2 yang sama je. Tapi sekarang tak dah, sebab jarang tidur kalau balik kampung, tok wan dan tok dah takde huhu.

Dari pembacaan aku lah, mimpi tu terbahagi kepada 3;
  1. Mimpi yang baik, iaitu khabar gembira yang datang dari Allah.
  2. Mimpi yang menyedihkan, iaitu mimpi yang datang dari syaitan; dan
  3. Mimpi yang datang dari bisikan diri sendiri.

Wallahualam...




Jadi, sebelum tidor tu...


  • Baca Al-Fatihah 3kali. Sesudah dibaca hembus ke hadapan dan ke kanan serta ke kiri.(Boleh dipraktikkan untuk
  • Paling kurang pun 1 kali Al-kursi. Sebaik-baiknya Al-kursi dibaca 3x atau 7x sebelum tidur.
  • Baca lah doa tidur dan Selawat serta Mengucap Kalimah Syahadah sebelum tidur kerana dibimbangi ketika tidur roh kita tidak dapat kembali ke jasad kita..(meninggal dunia).
  • Ambil Wudu' @ air sembahyang kerana Iblis dan Syaitan tidak berani mendekati orang yang ada air sembahyang.
  • Baca 3x Surah Al-Ikhlas. Baca Surah Al-Falaq 1x dan Baca Surah An-nas 1x.


9 comments:

amy azuha said...

selalu mmpi tjatuh n tersentak..yg kne tndih tue mintak jauh lah wuuu

Qib said...

zaman kecik selalu le kena jatuh tersentak tuu.. sekarang jarang3

daffodils mone said...

salam.sy selalu mimpi tempat kotor, mimpi makan, mimpi budak kecik, mimpi anjing..tp xda la dpt gangguan2 masa sedar.minta dijauhkanla.

pwincess said...

Saya selalu terkejut semasa mula mula nak lena . Dengar org pggl nama , ketuk pintu .

Cik Ummi said...

sejak akhir2 ni sy asek mengigau gelak2..
sbb tu la skrg tgh google segala benda sal mengigau dan terus smpai sini.. hehe
thanks for sharing ! :)


p/s: uuUUuu.. sy dah ckupkan kuota follower. lucky no.100 ! yay ! haha

Farah azmi said...

aku slalu kna tindih,,mimpi terbang,ng tersentak bile nk lelap mata...

Farah azmi said...

aku salau kena tindih sampai aku nmpak lembaga hitam, tersetak bile nk lelap ng mimpi terbang...adakah kemungkinan aku nih nk kena buatan org???

Unknown said...

Ntah!! Tapi aq syor kan aka supaya ambil wuduk dan baca al-fatiha dan 3 qul sblum tidoq yea 😊

Rhian69 said...

Assalmualykum , semua tanda2 kt atas ni sy dapat... tue hanya gangguan syaitan kah atau berkemungkinan buatan org?????

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...