Friday, December 2, 2011

Running Man

Dah jadi macam satu keperluan pulak. Setiap hari mesti kene layan variety show dari Korea ni; Running Man


Semua ni pengaruh dari die hard fan Korea iaitu classmates aku sendiri. Aku pon memang suka Korea, tapi tak tahulah kewujudan cerita ni sampai la kawan aku si Akma Liyana ambik cite ni dari episode 1-57 dari classmate aku. Start dari tu, memang takde benda lain dah, mesti cakap pasal Running Man (RM). 

Mula2 Yana yang ngajo aku tengok cerita ni, last2 aku sorang je yang jadi peminat separuh mati sampai sanggup download episode 59-70 even internet lembab (sekarang ni tayang kat SBS ep. 71 kot?) Kalau dulu, aku rasa nama2 orang korea ialah nama yang paling susah nak ingat, tapi sekarang ramai jugak artis korea yang aku dah kenal. Dan yang paling tak tahan sekali, dulu aku rasa muka perempuan korea semua sama je sebab dorang buat plastic surgery, tapi sekarang aku dah boleh bezakan semua tu. Satu pencapaian cemerlang aku rasa =P

RM ni ekceli satu game show main kejar2. So, best sangat ke cite ni? 


Nak tau best ke tak best tengok lah gambar kat atas ni. Ni masa shooting RM dekat Hong Kong untuk episode 72 dua hari lepas. Kalau tak best tak kan seramai ini peminat HK datang berkumpul semata2 nak tengok celeb2 Korea main kejar2. Betapa kuatnye penangan RM ni kan...

Bila aku dengar lagu I Swear (All 4 One) mesti teringat Big Nose Hyung.
Bila dengar lagu Saint Agnes and the Burning Train (Sting) mesti teringat Gwang Soo.
Bila dengar lagu Pretty Boy (M2M) mesti teringat Joong Ki.
Bila tengok je perkataan Sparta mesti ingat Jong Kook. 
Dan banyak lagi lah!

Satu je yang best bila tengok cerita korea ni, dorang ni kan, macam tau je apa yang penonton suka tengok. Artis2 dorang, semua comel2 kacak2 (tak kisah lah plastic surgery ke tak). Dressup dorang yang macam anime tu memang sesuai dengan diorang je. Kalau bagi orang melayu ke, orang indon ke buat stail macam dorang, dah jadi like.. geli jerrr (bagi aku lah). Lagu2 diorang, banyak yang best2 dari yang mellow sampai la yang head banging.

Huhu dah tersasar dari cerita sebenar pulak. Kalau rasa bosan ke, ini lah pengubat paling mujarab bagi aku, tak keluar peluh, tak keluar duit cuma buang masa je sebab ko takkan berhenti lepas tengok satu episod je, mesti kena sambung lagi hehehe. Gerenti pecah perut wa cakap sama lu.

Disebabkan aku dah terlampau terpengaruh dengan ape2 saja yang berkaitan dengan korea, tiba2 aku simpan angan2 nak bercuti dekat sana. Wow, pergi pulak taim winter, boleh pakai trench coat, boots dan snow cap teheeee~~ K lah, itu je nak yang nak direpekkan. Babai!!

*pic cr to the owner*
From left; Jae Suk holding hands with Sunflower Big Nose Hyung - Flower Joong Ki on Gwang Soo's back - Cute Blank Ji Hyo - Kim Jong Kook and the two kids HaHa & Gary. Soooo cuteeeeee~!

2 comments:

amy azuha said...

hihi cam xcye je skg moon layan korea lani..dulu ami bukak lagu korea msty ckp " amiee, npe bukak lagu korea gue ngak faham kok "

hehe org korean mmg best!! ^^

liyana said...

hahah..tula cakap xsuke lg..lame2 tersuke dah..gue enggak da masa nak layan lagi...sebok urusin hal rumah tanggew....hehehe..nnti dowaktu lapang,gue tontoninnya...heheh..wahh dah donload tuh hek engkaaaa

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...