Wednesday, March 16, 2011

Semak itu seni.


Haa ni la sebabnya kenapa aku malas sangat nak mulakan kerja. Semuanya akan jadi berantakkan dong bila kerja dah start. Ini baru 1/4 dari bilik aku, bahagian lain tu belum tunjuk lagi. Aku ni bila buat kerja tu, kalau tak semak, tak sah. Mesti semak even kerja tu simple je. Aku memang suka menyemakkan keadaan dan menyemakkan kepala.

Bilik aku lah studio aku. Buat kerja semua atas lantai je, tak main la guna painting easel ke, atas meja ke. Hahaha down to earth la bak kata orang lol ada kena mengena ke?? Painting 5 technique in 1 ni baru siap 80% la kot lebih kurang setelah mengambik masa selama sehari + tido kejap + online + makan dan makan + nonton TV dan sebagainya. Dah la saiz A3 je, ambik masa sampai sehari nak buat, lembab gila noob woii. Hoi ko pehal panggil aku noob?? Aku bukan budak AD, terer, boleh siapkan painting dalam sejam je. Yeke budak AD? eheks...

Bila boring je masa tengah buat keje, aku tinggal je semua benda then pergi la goreng ayam ke, main dengan Oiyo ke, tengok TV ke saaaaaaaaaampai la ke malam barang-barang yang bersepah tu tak berkemas. Haa sekarang dah pukul 11.13pm, barang-barang dalam gambar ni masih tak berkemas. 

Esok cadangnya nak sketch sikit untuk painting En Anand. Nasib baik la abah jumpa canvas lama arwah Wancik punya. Kalau tak kena tunggu balik maktab la baru boleh buat catan tu. Al maklum le canvas tertinggal dekat maktab. Benda paling penting sekali boleh lupa nak bawak balik. Ape yang lu pikir ha bai???

OK la bai, selamat malam bai, aku nak layan Tangled jap lagi bai. Bye~!

2 comments:

amy azuha said...

wahh..sme la kita..bsepah itu seni..
moon lukis z0mbie ke ap tue huhu

Rogayah Suparman said...

adikk moon kata tu mcm smoker dlm game L4dead..hahaha

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...