Friday, March 18, 2011

Tanya Fahmi : Aku ni tak cantik ke?

Assalamualaikum dan selamat pagi cikgi! 

Hari ni cikgi nak bercerita tentang "Cantik". Setelah di tag atau dalam bahasa melayunya di tag juga (haha tak lawak pon) oleh Miss Congeniality iaitu Amy Azuha untuk segmen dari blog sape ni hah cikgi pon tak kenal la awak awak. Haaa blog Cerita Fahmi ni haaa...

Awak tau tak cantik tu apa? Omputih sebut cantik ni Beauty and the Beast, orang Korea sebut cantik ni Dangsin eun aleumdabseubnida wah panjang gila berbelit tongue cikgi menyebutnya. OK cikgi tau awak tak paham. It's OK. 

Bagi cikgi pulak, cikgi sebut cantik macam ni, Maybe it's Maybelline (sambil mengenyitkan mata). 

Apakah maksud kecantikan. Bagaimana seseorang itu boleh dikatakan cantik?
Semua orang pon cakap cantik tu subjektif. Tapi bagi cikgi bukan semua cantik itu subjektif. Haaa pernyataan cikgi ini disokong oleh teori di bawah ini....jeng jeng jeng saksikanlah~~~~

Haaa paham tak apa yg cikgi nak sampaikan sekarang? Maksudnya orang dalam dunia ni tak de pon yang betul-betul cantik. Cuma persepsi kita je yang kata mereka cantik. Kalau hidung penyek atau muka berkedut dijadikan trend masa sekarang, ramai yang akan buat pembedahan plastik memenyekkan hidung dan secara automatiknya persepsi kita terhadap cantik itu turut akan bertukar. 
Adakah kecantikan itu penting? Kenapa? 
Kecantikan tu tak de la begitu penting pada pendapat cikgi. Biar tak cantik, asalkan kemas dan muka tak monyok selalu hehehe. Sebab Allah pon tak memandang paras rupa, tetapi akhlak mulia seseorang. Dalam kata lainnya, cantik luar tak penting, cantik dalaman yang penting. Nak jadi cantik luaran senang je, tempek foundation sikit, calit lipstik, pakai blusher, eyeshadow sikit, sarung pulak selendang ala hana tajima, haaa cantik ar. Tapi nak cantik dalaman yang susah ni. Nak cari wanita yang cantik dalaman sekarang ni bukan senang. Ye dak?

Apa perasaan anda bila ada orang cakap anda tak cantik? 
Sentap ar. Sape tak sentap beb?? Hahaha tak pernah pulak orang cakap depan-depan kata cikgi ni tak cantik. Kalau dia nak kata belakang-belakang tu dia punya pasal lah. Cikgi tak heran pon sebab yang cakap tu pon tak tentu lagi cantik. Muahaha. 

Kongsikan satu tips kecantikan yang boleh dipraktikkan bersama. 
Ekceli cikgi pon tak tau la nak kongsi apa, sebab cikgi pon bukannye jaga kecantikan sangat. Cikgi rasa yang penting sekali ialah keyakinan. Walaupun tak berapa nak cantik, kalau yakin dengan diri sendiri, kita tak akan rasa low self esteem dan sentiasa rasa dihormati. Hehehe bak kata Loreal, Kerana dirimu begitu berharga ehehkss. 

Tag dua (tiga pon boleh la) orang sahabat blogger yang anda rasakan mereka cantik. Cantik keww??? Hahaha kidding =) 

Miss-Comunication | Liyana Sayesukehati
Miss-Understood | Setokin Sikin
Miss-ing in action | Mia Monroe


6 comments:

amy azuha said...

sy suka entri ney..! wkakaka fahmi mesti lagikk suka

PikaPiko said...

wuhuu..
kalo mcm 2..
sy cantik x cikgi??

Anonymous said...

Amy - haha kalau fahmi tu suka boleh dapat hadiah tak?? heee

Pika - mestila cantik. trend skrang kan hidung jambu..heheee

PikaPiko said...

huusshh..
btol2...
hdung jambu mhal taw...
hahaa

Qib said...

sy ni agak3 cntik x? hahahahhaha

Anonymous said...

@pinqib - cantik~ sape yg baca entri ni semua lawa2 cantik2 ngeeeee

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...