Yosh! Aku dah dapat idea nak buat painting apa untuk tugasan projek kali ni. Wah! sungguh brilliant idea aku kali ni. Takde sape boleh celen punya lah. Huahuahuha. OK tipu.
Diberikan tema "Warisan Budaya", so ikut suka aku la nak buat budaya apa pon. Waka Waka pon bisa aja deyh. Jadi jadi jadi, aku nak buat karya imitasi je lah. Sebab Plato kata "seni itu satu peniruan" so memang molek sangat ah dengan jiwa aku yang kuat meniru ni.
Idea satu
"Tari Gebyar Duduk", Hoessein Enas
Stailkan catan ni. Aku cukup suka catan Hoessein Enas lagi-lagi potret. Mula-mula aku pilih catan ni, so aku pon try la sketch gambar perempuan ni. Bila lama-lama tengok rasa cam seram pulak pasal mata dia tu terjegil kan. Sekali dia toleh kat aku, mau pengsan aku. Memang "menjadi" lah karya ni sampai buatkan si gagah macam aku ni takut sampai tak jadi nak pilih karya ni (tak mampu nak buat tu cakap je la). Dah, tak mau tengok lama-lama. Takot.
Idea kedua
"Mystic Gamelan", Auke Cornelis Sonnega
Yang ni lebih mudah berbanding yang tadi. Mudahnye dari segi konsep yang digunakan la. Yang ni lebih kepada semi-abstrak kot. So berbanding karya H.E yang super realism tadi tu, better aku amek jalan mudah sikit hehehe. Tapi, karya ni bukannye senang sangat pon, banyak main dengan reka corak yang mampu memuntahkan.
So, nak pilih yang mana ni?? Dua dua pon susah. Bajet terer sangat. Nanti tak jadi membaziaq canvas. Dah la ada sekeping je. Tapi, aku suka yang atas tu, tapi yang tu susah gila. Yang bawah pon susah jugak. Hoooooohoho ya ampun, nolongi guey!!
No comments:
Post a Comment