Friday, March 25, 2011

What's inside my handbag? Like seriously you wanna know??

Assalamualaikum yooo!

Hari ni cikgi, eh bukan cikgi tapi Cikgu Fashionista! a.k.a CF! nak menyelongkar, bukan menyelongkar almari korang tapi menyelongkar tas tangan CF! sendiri hahahaha! Kenapa CF! gelak CF! pon tak tau la. Takde sape nak tengok handbag CF! so kena la tengok sendiri je kan kan T_T. Setelah di tag oleh fashion police iaitu cik Amy Azuha dalam segmen terbaru beliau yang tak berapa nak baru iaitu "What's inside my handbag" dengan sukacitanya CF! pon nak tunjuklah menatang apa yang ada dalam beg CF! 

Before ni geng-geng fashionista the scarflets (aww) pon ada buat segmen macam ni. Tapi, barang-barang diorang pon fashionista macam diorang gak ah. Barang-barang CF! murah-murah je. CF! berani tunjuk sebab CF!!!!!! (WOI PENATLAH NAK TULIS CF!!!! NI BANYAK-BANYAK KALI!! DAH ARR TAK NAK TULIS DAH) tau takde sape pon nak baca blog aku ni hahaha.

OK inilah stuff yang mostly mesti ada dalam handbag aku. Tak banyak kan. Tapi yang peliknya beg aku mesti berat. Apa yang berat pon tak tau la... Aku susun barang-barang ni ikut keutamaan la.

 
1. Wallet bajet koboi kesayangan gueyh - tak de ni tak boleh kuar rumah.
2. Henfon besar kedabak bayar tak habis lagi - kena bawak selalu so nanti bila singgah kat tempat yang ada wifi, boleh la jadi wifi-whore bajet macam kat umah nanti tak boleh je online.
3. Ultra wide slim pepel kesayangan gueyh - lightweight, easy to use no need to switch on or off just prettt-prett-prettt and snap.
4. Filem - ada kamera takde filem tak jadi citer gak.
5. Kola filter - guna dengan UWS tadi atau DGcam pon boleh untuk dapatkan effect colour tone yang cambest.
6. Compact powder - muka cepat berminyak so kena pakai selalu =(
7. Shade - selain dari nak melawa bajet celeb hollywood pakai ini untuk elak silau.
8. Lipstik - takut bibiaq kering kena la pakai ni.
9. Oil control film - elok untuk kulit berminyak macam aku ni so bila tangkap gambar bawah terik matahari nanti takde la nampak "glowing" sangat muka tu hehehe.
10. Hand sanitizer - sesuailah digunakan masa lepas makan nasik ganja dekat ipoh tu. Takpon nasik campur + sambal belacan terbaeekkk punyalah bau.
11. Plaster luka - bila kaki melecet memang kena pakai ni. So, keje aku setiap kali pergi Watson beli menatang ni je.
12. Kunci bilik - ini penting. Tapi kenapa aku letak kat nombor last sekali pon aku taktau la. 


Untuk meletakkan barang-barang yang sikit tapi berat nanang ni memerlukan sebuah bag yang besar, kuat dan tahan lasak.

 
Roxy brook bag; beg kesayangan aku. Tapi sekarang dah buruk & kaser-kaser dah bulunya. Trimas kerana berkhidmat dengan saya selama ni ^^
OK enuff pasal barang-barang dalam beg aku. Sekarang aku nak tunjuk koleksi lembu kesayangan aku pulak. Aku suka kumpul barang-barang lembu sejak dari sekolah menengah lagi. Aku rasa lembu ni comel. Tapi bukan lembu betul la. Lembu kartun la. Masa dekat sekolah dulu sampai lapik meja pon nak kena ada lembu. Bekas pensel pon lembu hua hua, ada gak bercadang nak deco bilik tidur punya wallpaper corak lembu new zealand yang hitam putih tu hahaha. Tapi tak tercapai la hajat tu.

Oh, ada satu lagi binatang yang aku suka jugak kumpul. Binatang ni haram bagi semua umat Islam tapi aku rasa dia kiut. Huuu jahat kah aku?? Tapi aku tak de la beli yang sebijik-sebijik bentuk "dia", sikit-sikit je hehehe.


1. Tabung moo-moo : Tabung ni besar tau, siap berbunyi "mooooo~" lagi bila masuk duit. Tu yang aku suka tu heeeee.
2. Mousepad moo-moo : Beli tapi jarang guna sebab tak best hahaha.
3. Album gambar moo-moo : Hadiah b'day dari kawan-kawan. Comel sangat tehehe.
4. Pengepit moo-moo : Hadiah dari Pinat. Aku buat kepit gambar.


5. Tempat letak henfon piggy : Hadiah dari Chong. Lama dah ni, since sekolah menengah lagi aku simpan.
6. Keychain moo-moo : Hadiah dari Cokie masa semester 1 tak silap. Dah retak sikit hehe.
7. Keychain felt moo-moo : Hadiah dari Yana. Aku design sendiri woooo.
8. Ini nama dia apa tah aku pon tak ingat tapi something untuk letak tangan masa guna mouse : Piggy jugak hehee comel kan.

Jadi, kenapa aku suka dua menatang ni? Sebab dua-dua ada hidung besau berwarna pink tehehe. Sekarang aku nak tag korang pulak. Show off la stuff yang korang suka kumpul macam stem ke (ada ke orang kumpul lagi benda ni??), keychain ke, barang curi ke hehe, kasut ke, barang-barang leopard print ke, "spare-part" ke oppppssss kalau ada boleh la tunjuk jugak hahaha.

OK saya nak tag kengkawan saya dulu, saya wajibkan anda, ye anda! yang telah ditag ni untuk menjawab segala persoalan tadi hohoho!
Amy Azuha
Pika Piko
Setokin Sikin
Miyaa Monroe
Lee Anne Na

2 comments:

yaya said...

woih saje je nak tag aku kan? aku mane ade kumpul pape... huk3... takkan nak cite sal kumpul plastik byk2 yang kalo2 ada kegunaan tu? xsemenggah lah weyyy..hahaha

PikaPiko said...

beb...
aku kumpul spare part ada la...
hahaa...
xkn nak ltak gmbr dlm blog kot..
kantoi la nnti ..

wakaka:P

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...