Salam.
Hari ni nak tulis sikit pasal sekolah praktikum aku kali ni. Takde lah nak cerita pasal sekolah sangat pon sebenarnye. Haaa semester ni selama 3 bulan aku & Norakma Liyana erlaii ditempatkan dekat SK Kota Kuala Muda, Kota Kuala Muda, Kedah. Kalau nak sebut shortformnya SKKKM haa sampai beberbelit lidah.
Orang sana panggil Kota Kuala Muda ni as Kota je. Kalau nak pegi pekan, dorang panggil pekan Kota. Tak silap lah haaha aku pon tak pasti. So, apa yang bestnya dekat sini?
Kota ni satu masa dulu femes dengan cerita pasal tragedi Tsunami taim 2004 dulu. Siap ada dorang buat sculpture sebagai memperingati tragedi tsunami tu. Nak tau google sendiri haha.
Bagi orang2 yang suka hidup kat bandar mungkin tak suka la sebab sini kawasan kampung. Tapi bagi pencinta alam macam aku (sejak bila pulak nih?) memang suka la duduk kat sini (dude, seriously?). Hahaha okay fine takde la suka sangat, tapi aku suka part sawah padi dengan pantai dekat sini lah.
Sebab tu lah, aku dan rakan sepraktikum merangkap BFF iaitu cikgu Liyana erlaii pergi mengabihkan masa petang kami dekat sana even muka dah berlemoihh baru balik sekolah habis petang haaaaa..
Ktorg pergi jalan2 dekat pulau Sayak sambil kongsi semangkuk mee udang lepas tu main2 tangkap gambo dah macam lesbo je. Huahuaa.. Lepas tu pegi pulak jalan2 dekat tepi sawah padi amek angin petang. Fuhh memang seronok suasana kampung kat sini.
Aku rasa effect filter dalam apps Vignette ni terlampaulah stailohhh sebab effect dia macam pakai lomo baiiii.. I likeeee..
K dah itu je.
Bye.
No comments:
Post a Comment