Friday, January 18, 2013

Street Art of Georgetown

Salam.

Selalunya kalau dulu pergi Penang dengan kawan2 jarang la pergi area Georgetown. Maksud aku area pekan tu sendiri. Kalau pergi pon, pergi area Gurney, Komtar macam tu je. Haha sebabnya sekor2 buta jalan. Noob gila rasanya. Hari tu plan nak pergi Bukit Bendera siap print map lagi bajet boleh membantulah, last2 sesat lepas tu give up pergi Queensbay je sebab itulah tempat yang paling senang nak ingat jalan. 

Tapi kali ini, dengan adanya bantuan GPS, kami mampu mengubah segalanya. Ktorang bersemangat nih nak cari lukisan jalanan kat area Georgetown. Benda tu dah lama dah ada kat situ sejak awal 2012 lagi. Tapi, nak perginya tak sempat sampai dah terkopek dan makan dek hari dah catnya. Tempatnya mudah je nak cari, tak payah pakai gps pon boleh. Tapi noob punya pasal, so kenalah pakai jugak.

Dah lah. Malas nak tulis. Layan je gambar2 nih


Yang dah terkopek catnya ni namanya Children on Boat. Faktor cuaca la yang menyebabkan cat dia tanggal. Aku malas nak upload gambar full dia, korang nak tengok sila google hahaha.

Penat jugak lah berjalan sepetang tu. Berfeluh keti mak haha. Macam main explorace pun ada. Tapi memang seronok. Worth the penat lelah lah boleh cakap. 

Artis yang lukis semua mural ni ada sorang je. Nama dia Ernest Zacharevic sorang warga Lithuania. Nak kenal sila google sendiri.

Kalau nak pergi, meh sini ceq habaq mai lokasinya. Mural ni ada merata2 so korang kena berjalan sikit lah. Elok lah pergi time petang sebab kalau tak nak jadi nigga. Drive je ke arah Georgetown, haa tempat dia dekat area jeti feri. Dekat area Shell dekat2 dengan jeti tu. Paham ke idak? Tak paham pandai2 la google maps ke tanya orang2 dekat situ hahahaha. Nampak beno tak ikhlasnye bagi tunjuk arah ;P

Haaa ni aku nak suggest. Tempat yang paling aku rasa awesome ialah dekat Jetty Chew. Lokasi mural Children on Boat tadi. Dekat tepi pantai. Aku tak pernah tahu yang dekat penang ada perkampungan atas jeti macam tu. Lokasinya..... alaaahhh pandai2 la ko cari hohooho.

Ok. Yang seterusnya ni semua gambar posing ktorg je. 



Entrance Chew Jetty



Haa kat sini Chew Jetty. Belakang tu mural Children on Boat.



Yang terbaru sekali dekat sana. Ada public sculpture lagi uolssss. Baru je bubuh taun lepas kot. Sama jugak la dengan mural2 sekelian alam tu, arca2 tu pon ada berselerak dekat area pekan Georgetown tu. Pandai2lah uols cari hehehe. 





Motif harimau bertahi lalat sebesar gajah??
Disebabkan badan tak fit lalu pancit dan tak larat nak melangkah lagi mencari semua arca dan mural, kami pon stop lah. 

K itu je nak cerita. 

Bai! 




3 comments:

yaya said...

iolss terase berbangga dengan gambar iolss berdua dgn boipreng itew. terima kasih uhols. hee

Rogayah Suparman said...

ahakss.. kira hadiah 4th anny la tu.. kui3x

liyana said...

yeyohh erlu ewww nk berbanggew tu..hahaahah nk buat jugaks laa..hewhewww

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...