Bukan nak mengata, cuma berkata-kata hehe aku rasa kan, daripada tengok cerita-cerita yang tak ketahuan macam cerita-cerita dekat channel 132 tu (bukan semuanya tak ketahuan tau), lebih baik layan cerita hindustan. Cerita hindustan sekarang ni tak main la scene-scene stereotaip dah macam golek-golek atas padang, nyanyi lagi banyak dari belakon, sekali kena tumbuk bunyi macam kena hempap traktor, hero tak mati-mati or what-so-ever-lah. Kebanyakannya dah gunakan perspektif filem-filem Hollywood dalam membikin filem. So, jangan cite lah, filem hindustan memang hebat-hebat sekarang. Kalau teringin nak tengok silalah berkunjung ke mana-mana cawangan Lotus Five Star cinema bila-bila free.
Nak kata filem hindustan ni best sampai member aku si Chong Ka Mei tu pon layan seyh. Huhu hebat tak orang cina layan hindustan? Ke aku yang tak tahu diorang memang layan hindustan? Hahaha ntah lah aku pon tak tau!
Ekceli, aku nak gebang pasal 3 filem hindustan paling Wow Vogueh De Vass! yang pernah aku tengok. Aku pon bukannya fan girl filem hindustan ni. Mana-mana filem yang aku rasa best, aku layan. Jadi, 3 filem ni memang tak rugi 3 jam kau layan 18 kali pon tak pe (jangan buang masa kerna masa itu emas).
Yang first sekali, Ghajini (2008). Ini 1st time sejak filem terakhir sekali aku layan; Mohabbatein. A friend of mine yang suggest cerita ni. Bunyi macam cerita tamil je, aku dah kurangkan expectation aku. Tengok-tengok, hah bapak gerek cerita ni. Ganas nak mampos wa cakap lu. Tak layan ar tumbuk bunyi hempap traktor beb. Dah la heronya Aamir Khan pulak tu I loike! Wah tengok tu badan Aamir Khan yang ketak-ketak siap 8 packs lagi waaa cair seyh. Cuba korang google 8 packs, keluar gambar Aamir Khan dengan Shah Rukh Khan wooo >,<.
Ghajini ni cerita pasal seorang mamat ni, kena bedal sampai hilang ingatan. Disebabkan itu, dia mengalami short term memory lost, cuma boleh ingat 15 minit je, lepas tu, lupa balik. Dalam asyik dok lupa tu, mamat ni teringin nak balas dendam dekat orang yang bedal dia dan bunuh bini dia. Jadi, macam mana orang yang kuat lupa boleh buat plan nak revenge kalau dia asyik lupa je? Haaa saksikanlah!!!
Nombor dua dalam senarai ialah Taare Zameen Parr (2007). Cerita ni pensyarah aku yang suggest. Dia kata sesuai untuk subjek kitorang sem lepas iaitu Kreativiti Kanak-kanak. So, dia pon tayang la cerita ni.
Filem arahan Aamir Khan ni mengisahkan tentang seorang budak kecik yang bernama Ishaan. Ishaan hidup dalam dunianya yang penuh dengan imaginasi tapi sorang pon tak pernah hargai dia. Daripada mak bapak dia hinggalah cikgu-cikgunya. Sampailah Ishaan kena hantar ke sekolah berasrama penuh, barulah ada seorang cikgu sementara yang dapat mengecam kehebatan budak ni dalam bidang seni. Cikgu tu tak lain tak bukan abang Aamir Khan lah. Encem siot cikgu Ram Shankar dalam cerita ni. Kalaulah ada cikgu seni yang kacak dan caring macam ni memang tak de student yang tak suka pendidikan seni punyalah wahahaha !!
Bagi ibu bapa, cikgu-cikgu atau bakal cikgu Pendidikan Seni Visual or tak kiralah cikgu opsyen apa pon, cerita ini patot anda tonton KERANA. Yaaa kerana cerita ini membuka fikiran tipikal ibu bapa dan cikgu-cikgu yang tak peka dengan kreativiti kanak-kanak masa dorang kecil. Sesuailah dengan tagline filem ni "Every child is special". Dah, malas nak membebel panjang. Nah aku bagi
4 setengah bintang jugak untuk Taare Zameen Parr
Nombor tiga dan yang terakhir sekali dalam senarai jatuh kepada 3 Idiots (2009). Dah terbukti filem ni memang cambest sebab telah menggondol The Best Film award 2010 dalam Filmfare Award. Tak cukup dengan itu, semua orang aku jumpa cerita pasal cerita ni best. Tapi yang sadisnya aku bukanlah diantara yang awal tengok cerita ni, dan aku sedih sebab tak dapat join kawan-kawan berlawak pasal cerita ni sebab satu apa pon aku tak tau sob sob...
Berkisar tentang 3 orang sahabat yang sama-sama engineer tapi sekor-sekornya dedo tahap gaban. Lepas tu tiba-tiba seorang dari mereka ni hilang. Lepas tu bermulalah perjalanan mereka untuk mencari mana hilangnya member diorang tu iaitu semestinya Aamir Khan jugak lalala....
Apa-apa pon cerita ni memang lawak gila, lawak yang berilmiah. Nangis-nangis aku tengok cerita ni lawak punya pasal ke sedih punya pasal aku pon tak tahulah. Satu je yang aku tak kan lupa, Ranncchoddas Shamalaldas Chanchad. Hehehe nak tahu? Tengok lah dulu. Ngeee.
5 bintang yeah untuk 3 Idiots !!
Disebabkan filem-filem di atas sangat best, jadi saya pon mengambil langkah untuk menyokong filem-filem (Aamir Khan) hehe dengan menge-like di Facebook. Hahaha saiko tak?? Tak kan? hehe. Seraya itu menjadikan saya die-hard-fan filem-filem Aamir Khan dengan tiba-tiba.
Oh, saya terlupa. Ada satu lagi misi yang belum diselesaikan sebelum menjadi kipas-susah-mati Aamir Khan. Iaitu dengan................
Menge-like FB beliau yayy!
Nota terselit: Buat masa ni hero hindustan yang paling aku minat Aamir Khan dengan Shah Rukh Khan tak lain tak bukan. Kalau ada yang lagi hensem dan tuff dari diorang pon tak boleh tanding bakat diorang belakon aku rasa. Hehehe korang pulak? Minat sape?
2 comments:
Aamir khan is the best. Well dont forget to look for ghajini and tare zameen parr.
yeah. ada dah semua cerita tu. jom muvee marathon!
Post a Comment