Friday, December 31, 2010

OMG B'day I sama dengan Hayley uolsssss

Oh yeah, kitorang dilahirkan pada 27 Disember. Detik paling bersejarah yayyy !

Cuma bezanya Hayley lahir awal 2 tahun dari I kalau tak kami jadi kembar lain warna dah. Bukan aje warna kulit malah warna rambut juga berbeza. Hohoho. 

Eh, tau ke Hayley mana yang aku tengah labonkan ni?? Hayley Williams (Paramore) la opcos, my sistah. Hahahhaa mesti Sae jeles!

Ekceli, I just came back from KL. Sampai-sampai terus bukak FB nak tengok wallposts orang wish selamat hari jadi la apa lagi. Dengan FB aje, u can get like hundreds of ppl wishing u Sun Yat Fai Lok! and wishing for your happiness and prosperity and longevity and bla bla bla.

For me, hadiah tak penting tapi hadiah berupa wang penting, yang penting orang-orang yang paling dekat dengan kita ingat hari jadi aku dan sanggup berjaga sampai pukul 12 tengah malam semata-mata nak wish b'day.

Trimas-daun-keladi-tahun-depan-wish-lagi kepada yang ingat b'day aku even aku tau FB yang ingatkan korang. Tak pe tak pe T_T~

Itu aje entri pasal b'day. Booooo dah la tulis lambat. Dah 30hb doblas la wey. Dah masuk angin dah b'day ko lolx. So what? who cares?? Canci aku umur aku dah cukup 20 ding ding! LMAO

Tuesday, December 21, 2010

^_^ (Senyum angkat kening)

Assalamualaikum yawll! 

Ingat tak hari tu (aiceceh statement bajet femes je) aku ada masuk itu contest bikin header untuk Cik Qila's blog : Story of My Life.

Dan inilah header yang aku buat tu...




So, header yang warnani ni dah menang oh yeah! Tapi menang tempat kedua la *facepalm*. But its ok, tempat kedua pon dapat hadiah jugak hehehe! Aku anggap itu hadiah birthday aku la sebab birthday aku just around the corner. Trimas Cik Qila and Eternity Hijab sebab pilih saye!

Aku interested nak join kontest ni bukan ape. Sebab hadiahnya ialah gypsy shawl. Aku tak pernah pakai/beli gypsy shawl ni. Sebab tu la bila ada peluang nak dapat free ni aku rembat cepat-cepat hohoho. Pathetic tak? Hehehe malangnya 1st place jatuh dekat seorang lelaki. Apekah *_* ???

Btw, nak ucap thanks jugak kepada cik itu gadis sebab promote contest ni, kalau tak aku tak tau hehe. OK lah, kalau nak tengok header lagi 4 orang pemenang tu lain sila klik sini.

Monday, December 20, 2010

As I expected.

Sem lepas banyak main jadi aku bersyukurlah dalam banyak-banyak main tu Allah permudahkan aku nak menjawab exam. Ditambah lagi doa dari mak dengan abah. Nak kata result gempak tak de pon. Biasalah bagi student yang sederhana macam aku ni. Can't expect higher la sebab setara itu je aku study, setara tu jelah aku dapat. Alhamdullilah atleast dapat naik 0.01 dari sem lepas XD lmao; 3.54 tapi yang pastinya subjek major aku yang PSV tu tak pernah dapat A+ siul. Aku sedih ar macam ni tsk tsk tsk...



***************************



FYI, dari 20 - 26 Disember ni bertempat di Balai Seni Lukis Negara (BSLN), sebuah art fest iaitu Rantai Art Festival 2010 yang bertemakan "Gravity" akan diadakan di sana. Ini first time Rantai buat dekat BSLN tak silap aku. Sebelum ni diorang buat dekat Red Bungalow sebelah KLCC tu every year. Tapi tahun ni buat dekat BSLN pulak. Aku expect gempak la kot this year.

Schedule hari Rabu 22nd December ada photography talk by Sue Anna Joe. Siot ar tak dapat pergi =(

Sape-sape yang free boleh la datang jenguk stuff artsy fartsy dekat sana. For more info visit here and here.



Sunday, December 19, 2010

Kenapa takut kucing?

Yeah, kenapa takut kucing? For me there's no reason for us to freak out when it comes to KUCING. I've stumbled upon a Facebook group call "Kami Takut Kucing (Felinophobia)" just now. Group for those yang takut kucing dan ada fobia pada kucing. Hahaha lawak pulak bila fikir balik, kenapa diorang takut dengan kucing yea. Kucing dah la comel, berbulu, tak makan orang lepas tu kucing boleh dipegang tak macam anjing hehehe. 

tak cukup comel lagi ke??

Felinophobia ni merupakan satu penyakit takut dengan kucing. Selain tu, dikenali juga sebagai Ailurophobia (sometimes spelled Elurophobia or Aelurophobia) kenapa susah sangat nak sebut??? Orang yang mengalami fobia kucing ni selalunya ada simptom macam ketakutan terlampau pada kucing sampai ada satu kes tu tak berani langsung keluar rumah sebab takut sangat kucing.

Menurut orang-orang takut kucing yang aku kenal, diorang kata diorang fobia dengan kucing sebab pengalaman kena kejar or cakor or kena geget or kena kencing dekat muka (hehe tak de lah) masa kecik kecik. Ada jugak yang geli kucing sebab geli tengok perut kucing. Haha ini sangat lulz. 

Aku ada seorang kawan, satu family dia takut giler kucing. Ada sekali tu, kucing masuk rumah diorang, mak dia, dia, kakak adik dia suma lari naik atas meja sebab tak berani nak halau kucing tu ROLF !! Lawak giler kot pesal la sampai cenggitu sekali. 

Nama saya Kitty Galore, menakutkan sangat ke saya??

Selain tu, ada jugak yang tak berani pegang kucing. Sebabnya, dari kecik mak abah tak pernah bagi bela kucing. Bila jumpa kucing tu macam jumpa badut. Tak berani dekat hehe (aku la tu). Tapi orang-orang yang macam ni, bila dia dah biasakan diri dia pegang kucing nanti dia tak takut dah la. 

Cuba korang baca ni...


Yup, memang ada sesetengah orang sengaja membuatkan kita benci dengan kucing melalui cerita-cerita yang kucing ni jahat. Instead, diorang sering bandingkan yang anjing baik & kucing jahat. Macam tak adilkan? Contohnya, cerita Cats vs. Dog (2010). Kucing yang jahatkan? Bukan aku nak kata aku tak suka anjing, cuma itulah ideologi sesetengah individu yang nak kita jadi tak suka kat kucing. Ini cuma pendapat aku, janganlah ada mana-mana pihak yang ter-offense pulak. 

Tak salah kalau takut dekat kucing. Cuma satu aje, setakut mana pon kita dengan kucing jangan sesekali seksa diorang. Kekadang tu sedih sangat dengar cerita ada dumbass simbah air panas dekat kucing sebab kucing tu curik lauk ke wsoever. Kucing kena potong semua tangan kaki lah sebab buat perangai. Dah nama pon binatang, kalau kita buat dia macam tu apa lebihnya kita daripada dia? Ada satu video tu, bitch mana tah pijak kucing dengan heels, aku tak sanggup nak tengok. Bagi aku, penderaan binatang tu sangat sangat tak boleh dimaafkan.
Pelik jugak aku ni, sebab kekadang tu bila aku tengok muvee, scene orang tengah perang sambil sorang tu tengah tunggang kuda, dia kena bunuh tak pe, jangan kuda dia mati jugak. Kalau kuda dia mati aku akan jadi emo gila-gila. Habis tu, aku ni tak berperikemanusiaan ke? Berperikebinatangan kot?

Nama saya Kitty Galore. Adakah saya sudah kurang menakutkan??

Friday, December 17, 2010

My 100th post

You read the questions, then type you answer into Google Images and then put one of the image representations on your blog. So, here goes....

Age on your next birthday?





Place I would like to visit?




Favorite place?




Favorite object?




Favorite food(s)?






Favorite color(s)?





Favorite animal?





Name of past pet?



Where I live?





1st Grade Teacher?



-_-'




Middle name?

Animal Shelter =)




Bad habit?

 easily get... 





College major?




Favorite holiday?




*yang ada (s) tu aku tambah sendiri je huhuhu.
 Wanna try? Copy and Paste la apa lagi!

No offense yah, George Bush =)

Assalamualaikum y'all!

Hari ni tak de kerja so rembat la this picha from Sae.

Don't know what's gonna come out hehe

OK here we go...



Choose yer month of Birth
        December : I took a crap on


Choose yer Birth day
        27 : George Bush (>,<)


Choose the color of the Tee you are wearing now
        Black : Because I'm sexy


Well, let see....

I took a crap on George Bush because I'm sexayh.


Hahahaha well said. How bout yours?

Wednesday, December 15, 2010

I lap u lah Amir Khan !!

Bukan nak mengata, cuma berkata-kata hehe aku rasa kan, daripada tengok cerita-cerita yang tak ketahuan macam cerita-cerita dekat channel 132 tu (bukan semuanya tak ketahuan tau), lebih baik layan cerita hindustan. Cerita hindustan sekarang ni tak main la scene-scene stereotaip dah macam golek-golek atas padang, nyanyi lagi banyak dari belakon, sekali kena tumbuk bunyi macam kena hempap traktor, hero tak mati-mati or what-so-ever-lah. Kebanyakannya dah gunakan perspektif filem-filem Hollywood dalam membikin filem. So, jangan cite lah, filem hindustan memang hebat-hebat sekarang. Kalau teringin nak tengok silalah berkunjung ke mana-mana cawangan Lotus Five Star cinema bila-bila free.

Nak kata filem hindustan ni best sampai member aku si Chong Ka Mei tu pon layan seyh. Huhu hebat tak orang cina layan hindustan? Ke aku yang tak tahu diorang memang layan hindustan? Hahaha ntah lah aku pon tak tau!

Ekceli, aku nak gebang pasal 3 filem hindustan paling Wow Vogueh De Vass! yang pernah aku tengok. Aku pon bukannya fan girl filem hindustan ni. Mana-mana filem yang aku rasa best, aku layan. Jadi, 3 filem ni memang tak rugi 3 jam kau layan 18 kali pon tak pe (jangan buang masa kerna masa itu emas). 

Yang first sekali, Ghajini (2008). Ini 1st time sejak filem terakhir sekali aku layan; Mohabbatein. A friend of mine yang suggest cerita ni. Bunyi macam cerita tamil je, aku dah kurangkan expectation aku. Tengok-tengok, hah bapak gerek cerita ni. Ganas nak mampos wa cakap lu. Tak layan ar tumbuk bunyi hempap traktor beb. Dah la heronya Aamir Khan pulak tu I loike! Wah tengok tu badan Aamir Khan yang ketak-ketak siap 8 packs lagi waaa cair seyh. Cuba korang google 8 packs, keluar gambar Aamir Khan dengan Shah Rukh Khan wooo >,<.

Ghajini ni cerita pasal seorang mamat ni, kena bedal sampai hilang ingatan. Disebabkan itu, dia mengalami short term memory lost, cuma boleh ingat 15 minit je, lepas tu, lupa balik. Dalam asyik dok lupa tu, mamat ni teringin nak balas dendam dekat orang yang bedal dia dan bunuh bini dia. Jadi, macam mana orang yang kuat lupa boleh buat plan nak revenge kalau dia asyik lupa je? Haaa saksikanlah!!!
 
4 setengah bintang untuk Ghajini



Nombor dua dalam senarai ialah Taare Zameen Parr (2007). Cerita ni pensyarah aku yang suggest. Dia kata sesuai untuk subjek kitorang sem lepas iaitu Kreativiti Kanak-kanak. So, dia pon tayang la cerita ni.

Filem arahan Aamir Khan ni mengisahkan tentang seorang budak kecik yang bernama Ishaan. Ishaan hidup dalam dunianya yang penuh dengan imaginasi tapi sorang pon tak pernah hargai dia. Daripada mak bapak dia hinggalah cikgu-cikgunya. Sampailah Ishaan kena hantar ke sekolah berasrama penuh, barulah ada seorang cikgu sementara yang dapat mengecam kehebatan budak ni dalam bidang seni. Cikgu tu tak lain tak bukan abang Aamir Khan lah. Encem siot cikgu Ram Shankar dalam cerita ni. Kalaulah ada cikgu seni yang kacak dan caring macam ni memang tak de student yang tak suka pendidikan seni punyalah wahahaha !!

Bagi ibu bapa, cikgu-cikgu atau bakal cikgu Pendidikan Seni Visual or tak kiralah cikgu opsyen apa pon, cerita ini patot anda tonton KERANA. Yaaa kerana cerita ini membuka fikiran tipikal ibu bapa dan cikgu-cikgu yang tak peka dengan kreativiti kanak-kanak masa dorang kecil. Sesuailah dengan tagline filem ni "Every child is special". Dah, malas nak membebel panjang. Nah aku bagi

4 setengah bintang jugak untuk Taare Zameen Parr


Nombor tiga dan yang terakhir sekali dalam senarai jatuh kepada 3 Idiots (2009). Dah terbukti filem ni memang cambest sebab telah menggondol The Best Film award 2010 dalam Filmfare Award. Tak cukup dengan itu, semua orang aku jumpa cerita pasal cerita ni best. Tapi yang sadisnya aku bukanlah diantara yang awal tengok cerita ni, dan aku sedih sebab tak dapat join kawan-kawan berlawak pasal cerita ni sebab satu apa pon aku tak tau sob sob...

Berkisar tentang 3 orang sahabat yang sama-sama engineer tapi sekor-sekornya dedo tahap gaban. Lepas tu tiba-tiba seorang dari mereka ni hilang. Lepas tu bermulalah perjalanan mereka untuk mencari mana hilangnya member diorang tu iaitu semestinya Aamir Khan jugak lalala....

Apa-apa pon cerita ni memang lawak gila, lawak yang berilmiah. Nangis-nangis aku tengok cerita ni lawak punya pasal ke sedih punya pasal aku pon tak tahulah. Satu je yang aku tak kan lupa, Ranncchoddas Shamalaldas Chanchad. Hehehe nak tahu? Tengok lah dulu. Ngeee.

 
 5 bintang yeah untuk 3 Idiots !!



Disebabkan filem-filem di atas sangat best, jadi saya pon mengambil langkah untuk menyokong filem-filem (Aamir Khan) hehe dengan menge-like di Facebook. Hahaha saiko tak?? Tak kan? hehe. Seraya itu menjadikan saya die-hard-fan filem-filem Aamir Khan dengan tiba-tiba.

  
Oh, saya terlupa. Ada satu lagi misi yang belum diselesaikan sebelum menjadi kipas-susah-mati Aamir Khan. Iaitu dengan................
Menge-like FB beliau yayy!

Nota terselit: Buat masa ni hero hindustan yang paling aku minat Aamir Khan dengan Shah Rukh Khan tak lain tak bukan. Kalau ada yang lagi hensem dan tuff dari diorang pon tak boleh tanding bakat diorang belakon aku rasa. Hehehe korang pulak? Minat sape?

Monday, December 13, 2010

Again???

Assalamualaikum.....

Hahahaha hari ni sehari suntuk aku buat benda ni. Benda apa? Ni haaaa header baru nih. Sekali dengan background ni. Penat wooo buat haaa penat giler.... Habis tu sape yang suruh buat? Hehe tak de sape suruh. Sajalah nak try test actions, brushes, fonts baru. Kat mana lagi nak praktikkan ilmu mengedit kalau bukan dekat sini.

Tak larat dah nak kira berapa kali aku tukar layout blog ni. Well biasalah, blog tak market so banyaklah masa nak mengedit layout daripada melayan peminat-peminat.

Tengoklah berapa lama boleh tahan template baru ni. Sebulan? Seminggu? Sehari? Haaa itu yang kita tak tahu....

Cukup-cukuplah tu membebelnya. Tengkuk dah rasa macam nak herot dah ni. Mengantuk pulak tu (yawn....)

Adioszehhhhhh~

Thursday, December 9, 2010

Kucing kucing rumah saya sangat schweettt

Dalam family tree belah abah aku, tak de family yang tak bela kucing. Dari atok aku sampailah ke anak-anak cucunya. Semua ada bela kucing. Kami semua sayang kucing. Dari kucing bulu kembang-kembang sampailah ke kucing kampung bulu lekap serta kucing kurap. Tak de hal punya, semua kami bela. Bagi aku, rugilah pada mereka yang tak bela kucing, sebab kucingkan sahabat nabi ;-). Itu satu. Satu lagi eventho kucing tak sepandai anjing, tapi kucing bersih. Heeee. Fakta mengatakan kucing tidur 16jam sehari ok tak de kena mengena. 

Walaupun aku tak berkesempatan lagi membela kucing bulu kembang atau yang berharga 2k ke atas tapi aku tetap sayang kucing-kucing kampung dekat rumah aku.

Aku pon tak tahu lah sape yang kejam sangat bubuh caption macam tu.... sob sob..

Yang ni nama dia Zombie. Kenapa? Sebab tengok tu rahang dia senget sebab kena langgar motor. Kesian dia T_T

Wuuuu ini paling kesian dalam koleksi kucing aku. Nama dia apa ek?? Aku lupa la. Aku cuma ingat kurap dia je. Serious shit teruk gila, kitorang dah buat macam-macam tapi tak baik-baik sampailah dia mati sebab sakit kurap tu. Waaa tak boleh lupa ar cara dia mati....sedih siot.... tsk tsk...


Walaupun diorang kuat makan dan tak pernah kenyang, aku tetap sayang diorang.

Sekor sekornya perut stokin


Walaupun 4 ibu sekali beranak 16 ekor anak kucing, tapi sekor je yang survive, aku tetap tak kan buang diorang.
Ini baru separuh...

Dah, enuff dengan walaupun...

Kucing-kucing aku ni kan, kadang-kadang tu macam paham je aku cakap, kadang-kadang buat tak paham je. Aku pon tak paham la. Fakta mengatakan kucing paham bahasa manusia, cuma ia suka buat tak tahu je. Hehehe jadi kucing memang paham apa yang aku cakap.

Bercerita tentang paham tak paham diorang ni. Aku ada satu cerita...

Kucing-kucing rumah aku, paling takut dengan wancik. Paling tau. Ular pon diorang tak takut, tapi dengan wancik diorang takut. Tapi wancik takut dengan ular. So, macam mana tu??

Ada sekali tu kan, dulu la, kucing aku yang nama Pendek ni suka betul masuk rumah. Kitorang panggil dia pendek sebab dia petite je. Dan sangat laju. Bila nak masuk rumah, dia akan usha line clear ke tak dulu. Line clear itu bila wancik tak de or bila wancik tengah buat kerja. Orang lain dia tak kisah. Lepas tu, vrooooooooooooooommmm dia pecut masuk dalam rumah. Kadang-kadang berjaya kadang-kadang kantoi dengan wancik. Sekali wancik tempik "HEPPPPP!!!!", dia terus stop! numb...terus lari keluar balik. Sekali tu, baru 5 langkah masuk pintu, dia nampak wancik. Kecut terus...Pendek terus mengundur pelahan-lahan keluar bajet wancik tak perasan la hehehe. Memang wancik tak perasan pon. Bagos bagos cerdik jugak ko ek.

Seingat aku umur Pendek ni dah dekat 10 tahun kot? Kalau masuk sekolah dah darjah 4 seyh

Ada sekor lagi yang takut gila dengan wancik. Fergie (anak Pendek). Fergie ni hahaha LOLZ gila ar. Lawak pon ada kadang-kadang tu. Dia ni ikut perangai mak dia suka sangat masuk rumah. Aku lah yang manjakan sangat dia ni, tu yang lemak tu. Dia ni pon petite jugak tapi versi kurus sikit. So, muatlah kalau dia nak masuk ikut pintu grill rumah aku tu.

Like mother like daughter ahak ahak

Cara nak panggil dia ni masuk rumah senang je. Aku panggil "Ferrrr....Ferrr....Ferrrr...." nama dia banyak-banyak kali lepas tu dia datang ar terus panjat grill masuk. Hahaha sian dia. 

Fergie ni kan, suka betul masuk rumah taim orang solat Maghrib. Selalunya, waktu Maghrib & Isya' kami solat berjemaah dekat ruang tamu. Dah tentulah wancik akan solat jugak. So, waktu tu lah yang paling tepat untuk Fergie masuk rumah hehehe. Kitorang memang agak dah kalau taim tu je pasti dia akan masuk. 

Semalam before solat, mak aku cakap, "Sat lagi bila abah dah angkat takbir mesti Fergie masuk" Hahaha memang masuk pon terus lari nak sampai dapur dah. Dia masuk-masuk aje ingatkan wancik tengah solat, padahal wancik tengah pakai telekung. Hahahah kantoi lagi. Wancik tempik ar "HEYYYY!!!" Fergie terus jadi tak tentu arah, terus lari balik ke pintu grill. Terus duduk diam. Tak gerak  langsung sampai kami habis solat. Kamu punya pasal la Fer, tak kusyuk aku semayang...

Si Fer ni kan, kalau kita angkat letak dia dekat depan wancik, sikit punya ketaq dia. Mengerang-ngerang takut punya pasal. Letak dekat orang lain apoh pon idak. Hahaha punya kuatnya aura kegarangan wancik tu sampai kucing pon takut. LOLZ

Hahaha itu aje cerita pasal kucing-kucing aku yang paham bahasa tapi saja buat-buat tak paham. Uolss yang bela kucing tu mesti ada cerita yang menggelikan hati pasal kucing gak kan? Kongsi fa cai la dengan aku. Hehehe

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...