Sunday, November 14, 2010

oh yeah oh yeah ! !


Esok last paper weh. Paper PJM3102 a.k.a Pergerakan Asas a.k.a Pendidikan Jasmani dalam bahasa mudahnya. Diingatkan bahawa ini adalah paper yang tuff sebab ini kursus minor aku. Jadi ianya penting. Penting.

Tapi.....................

Persediaan untuk paper ini buat masa sekarang ialah ZERO. KOSONG. ILEK.

Kruh....Kruh....Kruh.....ngantuk ngantuk....tido ah jap gi.

Pastu pastu dah habis exam esok boleh balik kampung terus. Yuiiiiiiiiiii !!

Bersama aku, akan dibawa balik esok ialah si gemok yang bernama Oiyo. Hahaha Oiyo ni bulu je kembang tapi otak kecik. Tak tau la dia boleh dapat sijil kelulusan untuk duduk dalam rumah ke tak. Rasa-rasanya tak dapat kot. Sebab sijil tu WanCik je yang boleh bagi kelulusan. WanCik ni sangat picky. Kucing-kucing kampung, tak berdisplin, kuat berak merata, kuat makan, kuat bising, tak reti mengampu, dll akan direct ditempatkan bersama kucing-kucing lain dekat luar. Hahaha padan muka Oiyo biar dia rasa sikit pengalaman kena belasah dengan kucing-kucing betina macam mana.

Dalam ramai-ramai kucing yang cuba untuk dapatkan sijil kelulusan itu, hanya sekor je yang lepas. Nama dia Tinky. Tinky memang dapat privilege la bila dapat duduk dalam rumah. Lagi-lagi dengan WanCik. Diberi makan udang besor setiap hari, dipuji dengan kata-kata pujian (apekah?), kebenaran untuk tido dekat WanCik tiap-tiap malam dan sebagainya. Pergghhhh memang lemak.

Nak duduk dekat luar rumah dengan kucing-kucing betina menopause yang garang bukanlah sesuatu yang benda mudah jugak. Sila baca entri terdahulu ini untuk memahami situasi yang berlaku pada kucing-kucing newbie.



Jadi Oiyo kena kuatkan semangat tau. Mummy tau Oiyo ni lembab sikit. Berak pon tak reti lagi. Kalau Oiyo ni manusia mesti dah kena masuk kelas pemulihan macam Mummy kena masa darjah 3 dulu. Oleh itu, Oiyo kena berlagak baik depan WanCik, jangan berak merata, jangan cakar-cakar plastik ubat WanCik dan jangan kencing atas sejadah WanCik. Ini PENTING. Harus Oiyo ingat. Kalau Oiyo ingkar, Mummy kena letak Oiyo dalam cage je. Biar padan muka Oiyo.

Dan 1 lagi point penting Oiyo. Jangan suka-suka hati je merayau macam yang Oiyo buat dekat maktab ni. Sebab maktab dengan taman Mummy lain. Taman Mummy banyak hanjing. Takut Oiyo kena bentak dengan hanjing nanti sampai Oiyo sakit jantung mati. Tak dapat la ibu-ibu Oiyo jumpa Oiyo dah lepas ni. Heeee.

Ok Oiyo, that's all. Good Luck! Mummy cayang Oiyo even bulu Oiyo tak comel.


**kenapa post ni tiba-tiba jadi macam surat untuk kucing ni pulak?


"Ppppfffttt..."

5 comments:

maCy said...

oh serious my class xblaja lgsg pj. ase na mati na ngadap paper satg~

INTAN said...

ololorr kasih syg seekor ibu dgn seekor anak >.<
so sweeeeeeeeeeet

Mei said...

wah jeles!

Rogayah Suparman said...

haha "seekor" ibu? hareemmm...

amy azuha said...

oyeo duta "qiut"

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...