Wednesday, October 27, 2010

shit kuasa dua


Asal nak hujung-hujung sem aje, ada je barang-barang aku yang nak rosaklah, hilanglah, expiredlah. Waktu awal-awal sem tak nak pulak rosak. Time aku tengah kirap ni la nak rosakknya. 

List barang rosak/hilang yang perlu saya bersabar je buat masa sekarang
1. External Hardisk yang aku beri nama URIBABA. Kena format secara TOTAL sebab virus cam apa tah yang kuat gila dah infect hardisk tu. Kerugian = Semua kenangan manis dalam bentuk rakaman gambar & muvee-muvee kesayangan siap dengan subtitle yang didownload sendiri.

2. Maxis Berukband yang paling bongok. Aku tak tau la bodoh tiang apa la berukband ni. Dekat bilik aku tak dapat signal langsung. Bilik depan bilik aku dapat pulak. Cilakak. Buat perabis duit aku beli USB cable 10m semata-mata nak connect berukband tu dekat bilik depan. Tengok-tengok tak boleh jugak. Nasib baiklah  si Setokin Sikin bagi aku online dekat laptop dia. Lepas tu, semua log in box di semua website tertera email & password aku. Sabar je la ye. Hahaha. Kerugian = RM48/sebulan & RM50 beli USB cable sepanjang 10 meter.

3. Flash kamera aku. Adoiii ni paling sakit jiwa ar. Lepas ni aku takkan bagi pinjam kat sape-sape dah kamera  tu. Lebih-lebih lagi kat budak-budak kecik yang bajet dewasa. Dah la flash tak boleh repair. Nak pakai flash jugak kena beli kamera lain la.  Kerugian = Tak dapat nak dianggar kerana terlampau sakit hati.

4. Ultra Wide Slim dan KOLA filters aku. Tak sempat nak pegang/tengok dah hilang. Paling menikam jiwa la wa cakap lu. Berbulan-bulan aku tunggu barang tu sampai ke rumah dengan harapan yang berbunga-bunga. Tengok-tengok hilang. Dah la itu 1st time aku beli barang online. Kerugian = RM140 berserta kesedihan yang berpanjangan.

5. Duit elaun. Ya, duit. Aku pon tak tau la hilang mana duit-duit aku. Asal hujung sem je mesti habis duit elaun aku. Macam mana aku nak ber-holiday hujung tahun ni???

1 comment:

CiP FaRAh said...

hoho.. gila banyak duit habis..
sabaq no~....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...