Bagi yang 1st time baca entri ni, sila klik sini untuk sequel pertama telenovela ini. hohoho..
Blackie hidup serba bahagia dengan ibu-ibunya sekarang walaupun ibu-ibunya kerap memanggilnya “kain buruk” atau “kain lap kaki” atau “entiti hitam”. Tapi, Blackie tahu ibu-ibunya ikhlas menjaganya jadi dia tidak ambil hati.
**zaasssss flashback!!! Berbalik kepada saat Blackie membawa diri ke Blok H dahulu…**
Blackie berkenalan dengan seekor lagi kucing betina. Namanya Kiki Kweemie anak emas Amy Azuha atau nama panggilannya Ibu. Perkenalan itu tidak dijangka-jangkakan. Blackie rasakan ada suatu perbezaan pada Kiki yang membuatkan dia merasakan perasaan yang berlainan bila bersama Kiki. Kiki tidaklah secantik dan segedik Maru, tapi Kiki seekor kucing yang independent dan berdikari (tak sama ke tu?). Kiki mempunyai personaliti yang mysterious dan sangat unpredictable. Itu yang membuatkan Blackie suka pada Kiki kerana Blackie belum pernah berjumpa kucing lain yang mempunyai perwatakan mysterious seperti dia. (Moralnya di sini: lelaki tak suka perempuan gedik yang terhegeh-hegeh nak dekat dia, dia lagi suka perempuan yang jual mahal ;-).)
**zasssss fastforward!!! Pada ketika ini…**
Sekarang Blackie lebih kerap meluangkan masanya bersama Kiki di Blok H. Blackie sudah merasa kan perbezaan pada dirinya. Nafsu songsangnya sudah straight kembali (connect-kan ayat ni dengan perkataan “Return” di atas, anda akan faham). Sesekali Blackie ada terfikir tentang jantina sebenar Kiki. Dia takut jika Kiki sebenarnya seekor kucing jantan kerana Kiki sangat adventurous dan survivor tak seperti kucing-kucing betina lain yang hanya tau maintain cun. Tapi Blackie yakin yang Kiki adalah betina kerana cara jalan Kiki seperti Catwalk (apekah?).
Hubungan Kiki-Blackie semakin rapat sekarang. Mereka main bersama, tidur bersama (ada ke Amy?), bergurau bersama, makan bersama dan berkongsi tips-tips mendaki gunung bersama. Ibu-ibu Blackie pon gembira akan perubahan Blackie sekarang dan merestui hubungan mereka berdua (perlu ke masukkan jugak pasal ibu-ibu dia ni? Sibuk je).
Pada suatu hari yang tenang, Kiki dilanggar motor. Leg injury. Kiki tak dapat berjalan, dia hanya mengesot-ngesotkan badan. Ibu Kiki sangat risau, jadi dia membawa Kiki berjumpa veterinar. Sebelum berangkat ke vet, ibu Kiki meletakkan Kiki di dalam sangkarnya, Blackie ada di situ. Mereka hanya memandang antara satu sama lain. Blackie sangat risaukan Kiki. Kiki katakan dirinya masih OK. Tapi Blackie kenal Kiki, dia tidak mahu Blackie risau. Dari air muka Kiki saja sudah menggambarkan keperitan yang dirasai. Ohh betapa sucinya cinta mereka.
Malam itu, Kiki tidak lalu makan, tapi dia mahu kencing. Kiki turun ke bawah untuk mencari port kencing sambil mengesot-ngesotkan badan. Betapa dia tidak mahu menyusahkan ibunya sehingga sanggup mengesot turun tangga. Sambil mengais-ngais pasir, Kiki rebah. Dia sudah tidak mampu lagi. Blackie tiada di sisinya untuk membantunya. Tapi apa daya Blackie jika dia berada di situ? Blackie tidak mampu menggonggong Kiki naik ke atas, ini kan memapah Kiki….
3 comments:
just so u know, kiki xlah seliar mane nak compare dgn yoyo. pengalaman satu mlm menjaga kiki, kiki waaaaayyyyyy behaved and manja dari yoyo yg bajet pwincess tuh. eh, yoyo yg kejar n blasah mak cik si paws enam tu. habes gangster katenye. hahahaha
wooo..kiki dgn blcky..dpat ank half itam half putih la nnty haha..
yaya : yup2 i pnye kiki ekceli sgt manjerrr mcm ibunyer :PP
kiki independent...
oiyo manja ulat..
tapi dua2 suka kencing atas katil....huahauahua
Post a Comment