Walaupun sekarang ni sudah bukan zaman demam televonela Latin macam Rosalinda ayamo...ayamo! tapi tak pe lah. Sape suruh cerita the Orphanage tu bahasa Spanish, kan aku dah terikut-ikut. Uno dos tres cuatro, I know you want mayh! You know I want chah!
El Triángulo Amoroso <3 <3
El Triángulo Amoroso atau maksud lainnya Cinta Tiga Segi atau The Love Triangle atau Sankaku Kankei dan yang sewaktu dengannya bermaksud hubungan romantik yang melibatkan tiga individu(?). Aku ada sebuah cerita nak kongsi tentang cinta tiga segi ni. Bukan melibatkan celeb-celeb atau orang-orang persendirian, tapi melibatkan weng-weng (kucing) aku.
Tak kisah la pasal maknanya tu. Masalahnya sekarang bukan aku yang terlibat dengan kisah cinta ni, tapi kenapa aku sibuk-sibuk nak cerita??? Argghhh kenapa aku emo ni??? Takde lah, aku sebenarnya dah tak sanggup melihat kemungkaran di depan mata tiap-tiap hari. Tak sanggup aku tengok mereka bermesra-mesraan dan meraba-rabaan depan aku. Jadi, aku nak cerita la kat sini untuk meluahkan ketidakpuasan aku yang terpendam ni memandang weng-weng tu tak paham apa aku cakap.
Ceritanya bermula begini........
Blackie ialah seekor kucing jantan berwarna hitam pekat yang sangat hawwwt |
Maru pula ialah seekor kucing betina yang boleh diconsider sebagai GRO yang suka "menjual aset" di merata-rata. Bukan itu saja, Maru juga kuat berceloteh dan membangkitkan kemarahan semua orang dengan kencing kat atas badan orang yang sedang tidur. Kesian orang tu... |
Kentoi adalah pelakon tambahan dalam telenovela ni. Beliau adalah seekor kucing jantan bertompok hitam putih yang dah besar tapi masih kurang pandai menjilat bulu dan tiap kali dia jilat bulu, bulu dia akan jadi disaster. Kurang dapat susu ibu mungkin. Kurang bercakap dan suka menyendiri. |
Pwincess Oiyo adalah anak kucing hyper yang kuat makan dan kuat kencing atas beg-beg leather yang mahal saja. Beliau tak de kena mengena dengan telenovela ni. Saje nak masukkan jugak. Hehe. |
Maru sangat sukakan Blackie. Cinta pandang pertama katanya. Apa yang dia "nampak" pada Blackie pon tak tahu lah. Walaupun Maru GRO, tapi Blackie tetap cinta hatinya buat selama-lamanya.
Maru suka betul menyendeng dekat Blackie. Terjilat-jilat tengkuk Blackie, terbaring-baring atas Blackie, ternyaw-nyaw kat Blackie. Blackie tak kisah pon. (Aku yang kisah! Euww pelishlah...Menyampah mak tengok ;-\)
Blackie nampak tuff dan cool. Dia buat macam takde benda yang jadi sekeliling dia. Walau se-despo-mana-pon Maru kat dia, Blackie tetap cool. Dia melayan je Maru tu. Biasalah, GRO kan.
Di suatu sudut yang lain pula....
Kentoi yang pendiam menaruh hati pada Maru. Mungkin dia fikir jodoh bagi yang pasif adalah yang aktif. Jadi, Maru adalah yang terbaik untuk dirinya memandangkan dia belum pernah berjumpa kucing betina se"aktif" Maru.
Kentoi hanya bersabar melihat karenah Maru dan Blackie yang sentiasa berkepit di mana-mana saja. Dia hanya menahan penumbuk gebunya untuk sampai ke muka Blackie kerana dia tahu Blackie tidak menghargai Maru sebagaimana dia menghargai Maru.
Di suatu Sudut Nyonya yang lain lagi.....
Walaupun zahir Blackie kelihatan begitu cool dan macho, tapi batinnya tersiksa kerana dalam hatinya ada taman. Taman apa? Haa itu yang kita tak tahu.
Disebalik wajah kusam dan hitam Blackie, sebenarnya dia menyimpan perasaan suka pada Kentoi (Ten ten ten ten!!!!) Dia cuba mengontrol perasaannya yang membuak-buak pada Kentoi. Dia sedar, nafsunya songsang. Dia tak boleh dedahkan perkara ni pada weng-weng lain terutamanya pada Wan Nazrul & Wan Berani kerana jika mana-mana antara gangster kampung ni tahu, Blackie akan jadi bahan lawak sehingga 7 keturunan.
Blackie pasrah. Dia tahu yang dia tak patut meneruskan niatnya untuk menyukai Kentoi dan menjadikan Kentoi surirumahnya. Berdosa besar. Disebabkan itu, dia terpaksa melayan Maru yang gatal itu. Dia berharap agar perasaannya terhadap Kentoi akan hilang suatu hari nanti.
Blackie perlu pergi jauh. Dia tidak dapat bertentang mata dengan Kentoi lagi. Jadi, dia berpindah ke Blok H iaitu blok dihadapan Blok E yang sedang dia diami. Blackie pun pergi membawa hati yang lara.
Dua hari selepas itu, ibu-ibu angkat Blackie iaitu Yaya dan Rogayah (penulis sendiri) ternampak Blackie sedang cuba membunuh diri dengan melompat dari tingkat satu blok H. Mereka pon berlari-lari sambil melaung-laung nama Blackie dalam hujan untuk menyelamatkan dia. Blackie yang sedang sedih dan pilu terus terpandang mereka dan tiba-tiba dalam benak hatinya berkata-kata, "Oh ibu...kau disiram bayu pagi..." Dia terus berhenti dari melompat dan mengundurkan dirinya. Ibu-ibunya terus merangkul Blackie dan membawa dia pulang ke Blok E.
Sesungguhnya hanya ibu-ibunya yang paling memahami perasaan Blackie. Disebabkan itu, Blackie tidak sanggup untuk menggadaikan nyawanya selain dari memikirkan perbuatan itu adalah sangat berdosa. Blackie tidak mahu ibu-ibunya sedih atas pemergiannya.
Blackie bertaubat. Dia menjadi lebih matang dan nafsu songsangnya terhadap Kentoi makin hari makin pudar. Dia gembira dengan hidupnya sekarang bersama-sama dengan ibu-ibunya di Blok E. !Q@q2q2q2q2q2q2q2q2q2q2q2q2q2q2 <--- Blackie tekan keyboard ni sebab dia nak sambung sendiri cerita ini. Tapi dia tak sedar yang dia tak pernah menghadiri mana-mana kelas menaip.
~~TAMMAT~~
Plot keseluruhan cerita ini. Sila klik untuk resolusi besar. |
8 comments:
lawak bodooooohh aku baca tergelak2 tak benti kot..hak100... aku terbenti lame sikit kat gambar maru dgn rmbut blondeyh tu..mwahahahahaha.. comel blacky type keuboard..hik2..
haha gler drama swasta..bahaya blacky dtg blok H..kn jtuh ati kat kinky kan
yaya-nape? cm seswai ek dia pakai wig tu? dasar GRO..haha
amy-blackie bukan jatuh ati kat kinky aje, dah nak jatuh bangunan dah tadi...haha
eeh..Maru bodosh.xsuke maru.penggatal.aku sokong hubungan terlarang tu. Wahahahahhaa
walaupun entry ni panjang berjelaa..aku xjemu la nak bace..kalau aku bace je mesti ikut nada hang..ngah3x..serius kalau jadik movie..konpem box office dowhh...
mia- tadi GRO tu baring kat lubang tepi pintu b.air kan. rasa cam nak sepak je biar jatuh ke bwh..haha
anak pacik zain - haha nada aku macam mana? kalu jd live-action aku amek ko jd watak blackie..hahaha
menarik blog ini, dapat menghilangkan bosan yang melanda.
haha ek? thanks blogbosan...
Post a Comment