Sunday, September 5, 2010

Kudos buat cikgu Fatimah!

Assalamualaikum dan selamat pagi cikgu!!

OK. Semua sila simpan buku teks bawah meja dan tongkat dagu, agak-agak macam nak terlentok sila cepat-cepat cover. Hari ni cikgu Fatty nak bercerita sikit. Bukan bercerita tentang sikit, tapi bercerita sikit.

Cikgu dekat Cheras sekarang ni. Baru balik dari Batu Pahat semalam.

Ali: Cikgu buat ape kat Cheras n B.P cikgu???

Cikgu buat PBS dekat B.P. Nama sekolah dirahsiakan. Cheras umah makcik cikgu. Cikgu nak bershopping dekat KL ujung minggu ni. Jeles tak Ali?

Abu: Jadi jadi jadi, seronok tak cikgu?? Adakah tak seronok seperti yang digambarkan dalam entri cikgu yang terdahulu?

Wah...power ayat awak ni Abu, cikgu bangga. OK. Meh cikgu cerita pasal PBS cikgu yang terbaru ni. Dengar ya (dalam nada Safwan Mahzin Al-Besari).......

Hari Pertama
       Sampai sekolah dalam pukul 7.15pagi cikgu terus pergi assembly. Assembly hari tu lama jugak ar. Sampai ada budak yang terceri-beri sebab tak tahan sangat lama beno kena diri. Makan sahur pedas sangat agaknya. Bukan aje budak yang tak tahan, cikgu pon rasa ketor lutut sebab dah lama tak berdiri lama segitu. Tapi cikgu cover je. Maintain juga even dah berfeluh-feluh cayaq mekap.

        Sambutan cikgu-cikgu dekat sekolah tu baik beno. Ramah-ramah mesra gitu yaw. Cikgunya tak ramai pon, dalam 20 lebih je kot. Iye ke? Ntah la cikgu Fatty pon tak ingat. Sesungguhnya sekolah tu adalah sekolah yang muridnya tak berapa nak ramai. Bukan kurang murid ye. Setiap tahun ada 1 kelas sahaja. Jadi, semua sekali ada 6 kelas. Haaa senang nak ngajo gitu.

        Bangunan nye pula ada 1 saja dan 2 tingkat. Fuhhh lagi senang kerja cikgu, tak de la berfeluh-feluh panjat tangga.

Ah Pek: Cikgu cikgu kenapa cikgu malas sangat???? 

Amboi-amboi kamu ni, suka-suka je kata cikgu malas. Cikgu bukannya malas, cikgu tak rarat. Puasa kan. Kamu tak puasa mana kamu tahu.


Hari Ketiga
Ahmad: Nape tiba-tiba hari ketiga cikgu? Mana hari kedua???

Sebab hari kedua tu cuti la Mat. Merdeka. Kamu tak sedar ke? Dah teruk dah kamu ni. Ish ish ish....

        Hari ketiga tu cikgu masuk kelas tahun 4. Cikgu ajar budak-budak buat aktiviti mencorak. Hasilnya sungguh memberansangkan. Cikgu bangga. Cikgu ajar diorang main chess jugak tau. Biasalah cikgu kan ahli kelab chess. Perlulah turunkan ilmu kepada orang lain.

         Oh btw hari tu cikgu dapat kad raya tau. Ada la budak tahun 2 bagi. Alololo comey sangat. Cikgu dah nampak dia dengan kawan dia intai-intai dari tingkap bilik guru, pastu sengih-sengih masuk dalam terus jumpa cikgu. Dia tanya "Assalamualaikum cikgu, Puan Fatimah yang mana satu?" Dalam hati cikgu berkata-kata, Puan Fatimah? Ada cikgu dekat sini nama Puan Fatimah ke? Tapi kenapa dia tanya? Dia tak kenal ke Puan Fatimah yang mana satu? Erkkk ohh rupa-rupanya Puan Fatimah tu cikgu Fatty la. "Haa sayalah." Cikgu jawab setelah sekian lama budak tu menunggu. "Sape bagi ni?" Cikgu tanya. "Saye lah." jawabnya. "Ohh ok-ok. Terima kasih. =)" kata cikgu. Budak yang bernama Juliana tu pon beredar dengan senyuman. Aiceh. Hihi. 

Isi kadnya begini....
        "Assalamualaikum cikgu Fatimah. Selamat berkenalan. Saya Nurul Juliana binti Azri. Saya pelajar murid tahun Dua Mulia." (OK. Sedikit pembetulan, jika dah gunakan pelajar, tak perlu la tambah murid.)
        "Pecah kaca, pecah gelas, sudah baca, tolong balas." (Inilah ayat cliche bagi budak-budak sekolah rendah bila kasi surat dekat sape-sape. Cikgu pon macam itu juga dolu-dolu ^_^)

        Cikgu sungguh terharu. 1st sebab cikgu dapat kad raya dari budak yang selama ni cikgu tak pernah dapat. 2nd sebab ayat dia memang bagus. Tatabahasa ok. Penggunaan huruf besar pon bagus. Cikgu masa darjah dua kena masuk kelas pemulihan sebab lembab sangat. T_T


Hari Keempat
         Cikgu pakai baju ceklat haritu. Cikgu masuk kelas tahun 3 buat aktiviti menggambar. Tajuknya "Keluarga Saya" Tapi kebanyakan budak-budak lukis rumah instead of keluarga dia. Mungkin arahan cikgu tak betul. Tapi tak pe. Semua diterima. Semua cantik-cantik.


Hari Kelima
        Hari tu cikgu pakai baju hitam pulak. Setiap hari Jumaat sekolah tersebut akan adakan bacaan Yassin. Tapi hari tu pihak sekolah jalankan Majlis Khatam Al-Quran untuk bebudak tahun 6. 

        Disebabkan hari tu hari terakhir cikgu berPBS, semua kerja disetelkan pada hari tu. Tangkap gambar dengan Guru Besar segala. Oh btw, guru besarnya sangat sempoi. Cikgu suka. Sebelum kami berangkat pulang, dia siap tunggu dan lambai kat kami sampai la kami keluar pagar. Huuu cikgu terharu untuk kali kedua.


______________________________|||||________________________________



Kesimpulannya, PBS kali ni sangat best. Unexpected. Tak macam yang cikgu bayangkan sebelum pergi ke sekolah tu. Jika diberi peluang kedua buat PBS di situ, memang cikgu akan terima. =D

Itu saja. Terima kasih. Cikgu out dulu!

Alhamdullilah dan terima kasih cikgu!!


Hari pertama cikgu Fatty pakai baju hijau. Cikgu sukalah papan hitam, olskool gitu.


Hari kedua cikgu pakai baju kaler biru dan bername tag.


Cikgu tengah ajar budak-budak buat corak tak terancang. Arifnya muka cikgu. ;-]


Ni yang cikgu punya. Macam lembu terbang tak? Cakap ye cepat.



Ini yang tengah dijemur. Belum ditambah rupa.
Katak dalam kolam serta berudu yang berenang-renang.


 Aladdin yang baik dan Jin yang jahat. Cikgu tanya tuan punya karya kat mana Aladdinnya. Dia kata Aladdin dah kena makan dengan Jin. Oh patut la tajuknya begitu.


Dua ekor ikan kap. Cikgu buatkan satu, satu lagi tuan punya karya buat. Cikgu rasa dia buat lagi cantik dari cikgu punya.  =\


Happy Crab. Seekor ketam dari sudut pandangan depan. Say cheeeesee


Twin Butterfly. Yang ni belum siap lagi. Yang dah siap lagi cantik.




Bahagianya muka cikgu tengok kamu semua main catur. Cikgu bukan reti pon sebenarnya. 



 Inilah rakan-rakan se-onar-an cikgu. Muka nak suci je. Wawawawa

5 comments:

yaya said...

hey awk!! bahagia ke kt rumah sy? weee

amy azuha said...

giler kreatif dak2 skolah ney..!

Rogayah Suparman said...

yaya- seronok laaaa...hari2 kenyang...ngahaha...

amy- mmg pon...cikgu nye pon kreatif juge...ngehehe

safwanmahzin said...

like your postt..hahaa name saye pon ade terselit..terharunyeee...wuaaaaa..tapi besz laaa.....xmacam cikgu wan nyeee.....ape ntah yang mengarutnyeee time post2 2uh..=)

Rogayah Suparman said...

cikgu wan bajet nak buat update PBS setiap hari..tp bosan jerk..hehehe jgn mare

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...