Wednesday, November 24, 2010

Imma tall guy, and its rare to be tall.

Tinggi aku 170cm/5"5inci. Berat 52kg. BMI 18. Underweight. Aku tak pernah diet. Sebanyak mana pon aku makan, berat aku still around 50+kg. High metabolism rate katanya. Aku tak suka sebab bahayalah bila metabolisme tinggi ni. Sebab kita asyik nak melahap je tak kisah berapa banyak kandungan kalori or what-so-ever dalam makanan tu. Senang bawak penyakit ya know. Arrrghh bek tu de topik.

Best ke jadi tinggi ni? Ramai orang yang teringin nak jadi tinggi. Sebab apa? Bila tinggi nampak cantik. Bila pakai baju sesuai je semuanya. Bila tinggi boleh jadi model photoshoot ye dak? Sebenarnya ianya lebih dari tu. Ada pros and cons-nya jadi tinggi ni. Hehehe antaranya...

Pros | Cons

1. Bila diri tengah-tengah crowd orang senang perasan kita/senang perasan orang. Tak payah jerit-jerit "Woiii woi aku kat sini woii. Kuang ajo tak nampak aku mentang-mentang aku pendek."
   Bila diri tengah-tengah crowd orang senang perasan kita/senang perasan orang. "Haaa tu dia, minah tu la yang rembat ayam free tadi, tu tu yang paling tinggi tu! Ligan dia cepat!!"

2. Senang nak cari baju/seluar. "Ohhh semuanya fit-fit aje. Tak payah try dekat fitting room. Tengok aje dah tau itu saiz i."
    Senang nak cari baju/seluar (antonim). "Adesss pehal seluar ni saiz 26 tapi singkat?? Cissss tak pasal-pasal kena pakai saiz 28. Longgar pulak tu dekat pinggang terpaksa pakai belt -_-" tak pon "Asal semua baju kurung aku kena tempah? Kenapa baju-baju kurung dekat kedai tak de saiz aku??"

3. Bila beratur masa nak rakam gambar kelas, dapat duduk tengah. "Owhhh i'm in the center of the werl..."
    Bila beratur masa nak rakam gambar dengan kengkawan, mesti rosak gambar sebab orang lain semua kecik-kecik molek. I sorang je yang panjang.
iiiiiii <--macam ni la. 


I yang tinggi ke uollss yang tak cukup tinggi? Ngeeee

4.   Kaki panjang. Langkau panjang. Lari laju. Tak de la kena geget dek anjing. Hahaha!
     Kaki panjang + tangan panjang. Asal ada barang-barang atas tempat tinggi, aku je yang kena ambilkan. Ini tidak adil wuwuwu....

5. Susahnya nak cari kasut. Saiz 8/9 kalau tak ada mesti dah habis. Apa ke ramai pulak orang-orang Mesia ni kaki besor??

6.  Kalau pergi event-event formal or pergi kelas sekali pon, susah nak bergaya sikit pakai high heels. Sebab rasa awkward orang lain semua dongak atas bila cakap dengan aku.

7.   Susah nak cari boipren (yang lebih tinggi atau sama tinggi at least). Terpaksalah bertukar angin cari nigga pulak. Haha! tak de lah.

8.   Orang akan senang ingat kita sebab kita tinggi. (Yang ni aku tak tahu la pro ke con)

Berkaitan dengan point no.8, aku ada satu cerita...

      Ada sorang lecturer English tu. Dulu dia pernah ajar kelas aku. Dah lama dia tak ajar, lepas tu dia ajar balik. Tak ramai la budak-budak kelas aku yang dia cam. Tapi aku dia cam. Nak tau dia boleh cam macam mana? He asked "Where's the tall guy?" The class silence. "Oh, I mean the tallest girl in the class." "There there she is." "Ooo ok-ok."

Aku senyum je la macam ni, "^_^". Dalam hati, "Hello?? Dia kenal aku sebab aku tinggi?"

Ekceli bukan lecturer tu je. Ramai je lagi yang cam aku sebab ketinggian aku. Apa rare sangat ke tinggi tu??

Satu lagi, semua orang (mana yang dah lama tak jumpa aku), asal jumpa aku je mesti akan cakap, "Tingginye kamu." dan ape ape ayatlah asalkan ada perkataan "TINGGI" tu. Boleh tolong cadangkan apa yang patut aku reply balik bila orang cakap macam tu? Aku tak de idea dah...

**Amacam? macam banyak cons jekk.... +,+'

Last one...

Haha boleh trace tak aku yang mana? Diri betul-betul tengah dah. Tapi saja pendekkan diri sikit so tak de la jadi yang paling tinggi. Hahaha


Moral of the story, aku tetap bersyukur dengan pemberian ni. Tinggi ke rendah bukan masalah besar, asalkan perut kenyang. Ahah!

5 comments:

amy azuha said...

gayah tinggi :PP
gopi kan ad, calon bf tue
..hehe

Rogayah Suparman said...

heee..gopi kerek tamau tegur kite da...

mia bouvier said...

hahahahha.aku setuju kalau muun dgn gopiii...hehe

saenadia said...

tmasuk dlm golongan tuh bler dgn kwn2 =.=

tapi tapi, nak ckp niee. gmba yg 1st tuhh nmpk anda mcm giant ouh. erh,

Rogayah Suparman said...

@mia - hehehehe aku setuju kau dengan pengarah kedua...hhua3

@sae - itu lah sapal..mmg mcm jaianlah...diorg tu pendek sgt nak buat camne..ngee

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...