Gembira tengok kumpulan super senior aku a.k.a cohort pertama Degree in Visual Art Education (Hons) sudah tamat belajar baru-baru ini. 5 tahun setengah diorang spent dekat IPG KSAH alias ada mak kisah? hehe. Waktu intake dorang dulu IPG guna nama Maktab Perguruan Sultan Abdul Halim lagi uolss, tak lama lepas tu upgrade jadi Institut Perguruan Sultan Abdul Halim. Lepas lepas tu lagi, tukar Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Kampus Sultan Abdul Halim. Dan yang last sekali (present..harap-haraplah) tukar pulak Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim (IPG KSAH). Empat nama sekali tukar wooohh.
Dari yang macam ni.
Jadi macam ni. Hurm lebih kurang jek cuma jalan besar sikit. Hehe.
Kumpulan aku pulak ialah cohort 4 yang mana ada 2 lagi cohort atas aku yang belum lepas lagi. That mean, cincai-cincai kira ada lagi 2 tahun setengah lagi untuk aku bergumbira dan berfoya-foya dekat Ada IPG Kisah? ni. Fuuhhh tak lama lagi perjalanan kite mengkome weyhh. Tup tap tup tap (air menitik) dah 2 tahun dekat sini. Tak rasa pon masa tu berlalu macam tengah minum Each-A-Cup srot srot srot tiba-tiba srot straw kosong.
Aku bukannya tunggu "bila la aku nak habiskan study ni, penat lah..." tapi aku tak nak grad cepat-cepat sebab aku suka studi dekat Ada IPG Kisah? ni berbanding dengan bila dah start jadi cikgu beneran dan mengajar. Sebab ianya memang lagi exhausting kerna tanggungjawab kita akan jadi lebih berat. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Hidup as student memang seronok sebab masa itulah kita boleh cuba pelbagai benda yang kita teringin nak cuba. Even takde duit pon, still boleh bergumbira tanpa perlu fikir "O-Em-Ji, bertimbun lagi paper exam yang belum di check!" atau "Kenapa semua jawatan setiausaha dekat sekolah ni aku yang kena pikul??" atau "18 tajuk dalam silibus tak habis lagi! Matilah gueyyy..." (yang ini jangan diikut, tak baik.)
Geng-geng TESOL NZ pon dah nak gerak Nu Zilen dah awal tahun depan. Jeles seyh. Mesti dorang gumbira sebab boleh pakai baju sejuk dan menikmati 4 musim setiap tahun sambil bermain snowball dan berbaring atas daun-daun kering macam cerita Sonata Musim Salju. Awwww.
Kat bawah ni gambar-gambar aku dengan classmate/kengkawan di Ada IPG Kisah? selama 2 tahun berada di sana. Diorang ni lah yang sentiasa bersama-sama aku time nak berjoli sakan mengabiskan duit elaun kerajaan bagi. Berjoli sakan membeli barang-barang stadi yekk. Ngee.
Tengok tu akakk' kita yang paling tinggi mengalahkan lelaki tu. Tajamnye kening. Almaklumlah cina saloon salah trim. Ini masa sem satu ni. Bergaya bukan main perempuan ni. Biasalah sem satu...LOL |
Besarnya gueyhh? Ini masa sem 2. Panjat rooftop Dewan Munsyi sebab dah tak de kerja sangat dah. |
"Hahhaha gelak jgn tak gelak gegel..Ahaaa! (gaya Ms. Braganza)"
Ini pulak masa sem 1 degree. Sudah pandai akakk' pakai tudung Solehah yekk.
Aww maintainnye shawl akakkk' Akakk' dah tua dah. Sem 2 degree sudaahh. Muka pon matang giteww. |
Banyak dah perubahan yang berlaku. Diri aku dan orang-orang disekeliling aku. Kurus ke berisi. Berisi ke kurus. Single ke In a relationship. Suci ke tak-suci-dah. Rendah ke tinggi. Pandai ke (ter)lebih pandai. Hidup ke mati. Eh tak tak yang ni takde ok. Tak kenal hinggalah kenal hati budi masing-masing. Mana yang dulu cover-cover baik sekarang dah nampak taring. Taring ape? Haaa itu yang kita tak tahu tu....
Tapi, dalam banyak-banyak yang berubah. Ada satu je yang tak berubah. Matlamat kita. Untuk menjadi seorang pendidik giteww. Bukan pendidik yang hanya tau menunggu paycheck setiap bulan, tetapi pendidik yang mampu melahirkan bangsa yang hurrrmmmm errkkkkkk...... HAA! Seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek, dan sosial seiring dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Clap clap clap mekasih mekasih...
4 comments:
xpasal each a cup pun mashuk jugak.hoho
ol da best..
sy punyer lg 4 taun oooo
@mia- hahah mesti punye...kedai each a cup dekat ipoh taktau la bukak ke belom..huuu
@shazika- thank you, awak 4 taun lagi? baru masuk yea? gud luck to u!
Hi,
Nice photos.
But why you Malaysia people look childish. Like our small children.
Regards
Post a Comment