Friday, November 26, 2010

Cara nak ajar kucing berak...

Tunggu! kite belum habiskan ayat lagi. Cara nak ajar kucing berak di tempat yang sepatutnya jika tak mahu kucing berak merata dan berbau satu rumah.

Bagi uolss yang simpan kucing dalam rumah dan mahu kucing uolss tu berak atau dalam kata lainnya qada hajat hohoho... di dalam bilik air ada 1 petua yang kite nak kongsi dengan uolss uolss sekelian alam.

Huhuhu penat tau kite tangkap gambar-gambar ni semua. Nasib baik kucing-kucing rumah kite semuanya kurang kasih sayang jadi mereka suka je bila kite mempergunakan main-main dengan mereka hihihi.

OK uolss, sila scroll ke bawah untuk membaca cara-caranya. Euwww poyonye kite. Cekidauut~~

PESANAN PENAJA: Petua ini tidak dijamin keberkesanannya sebab penulis (tiba-tiba penulis pulak) pon baru saja mencubanya. Kesannya mungkin berbeza-beza ye. Trimas. 



Petua untuk Elak Kucing Tak Terlatih Berak/Kencing Merata (yang direkomen oleh Wancik)

1. Cari di sekitar rumah anda atau di mana-mana kedai runcit berdekatan, the penyapu lidi. Haha tak pon cari dekat rumah atuk anda. Tipulah kalau dekat rumah atuk anda tak de benda ni.

Mentang-mentanglah penyapu lidi ni olskool, perlu ke edit nak olskool jugak??


2. Cabut/ambik sebatang je lidi dari penyapu lidi tu. (suruh cari penyapu lidi macam nak guna semua je...)




3. OK. Sekarang kita ambik target kita. Seekor kucing. Bukan seekor cipanzi atau ape ape saja lah. Tapi seekor kucing. Kalau boleh biarlah yang umur sekitar 5 bulan ke atas. Kecik sangat payah nak ajar. Tak paham bahase. 
Empunya badan suruh censored kan. Dia malu. Jatuh saham nanti.

Yang ini kecik sangat tau. Tunggu dia beso sikit baru ajar. Sementara nak tunggu dia besar tu. Pandai-pandai kome le. Huahaha


 4. Lepas itu, ambik balik lidi sebatang tadi. Ukur sama panjang dengan ekor kucing tadi kemudian patahkan ikut panjang ekornya.

Macam gini...

Haa..patahkan...

Tengok balik sama panjang tak. Agak-agak aje. Tak payah la guna pembaris  pulak.

TIBA-TIBA ADA SOALAN: Kalau ekor pendek macam ni, lagu mana nak ukur?? JAWAPANNYA: ZzzZZz....Boleh je kot. Try dulu. +,+


5. Pergi ke tempat yang kita nak kucing itu melampiaskan nafsunya contohnya bilik air/jamban. Kendian, cucuk/pacakkan lidi tadi dekat tempat tersebut.  
Contohnye.

Bawak kucing tadi ke tempat itu. Cakap baik-baik dengan dia macam gini "Awak kencing/berak dekat sini ek. Kakak dah tandakan tempat ini eksklusif untuk awak sorang je tau. Tak mau berak-berak tempat lain yekk."

Jika kucing itu kurang faham, mintak ibunya@kucing yang lebih faham dengan bahasa manusia untuk explain pada dia.


6. Lepas itu, uolss wait and see je lah. Esok lusanya kalau cadar atau karpet anda tidak diberaknya, maknanya dia berak dekat tempat tadilah tu. Cuma satu je, anda kena percaya dengan diri anda, dan percaya dengan kucing itu. Cakap dengan ikhlas pada dia. Insyaallah dia akan ikut kata kita. ^_^

Oh-Em-Ji busuknyaaaa! Taik cayaqqq



TESTIMONIAL PENGGUNA

"Dulu masa saya baru import Oiyo masuk rumah, dua kali dia buat onar atas katil saya. Sekali berak sekali kencing. Memang muka Oiyo tu muka tak boleh dipercayai. Hampeh betul. Lepas itu makcik saya beri tahu saya tentang petua hebat ini dan saya pon cubalah. Alhamdullilah menjadi. Oiyo dah mula berak dalam bilik air dan bukan atas cadar saya lagi. Sekarang Oiyo dah boleh dipercayai heee. Cuma satu je lah, saya terpaksa jirus poo poo dia hari-hari, baunya jangan cerite la, lalat pon pengsan. Saya harap lepas ni ada pulak petua nak ajar kucing berak dalam mangkuk jamban lepas tu flush sendiri. Mesti lagi convenient. Heee" -Penulis sendiri


Daripada...


Hinggalah...


Kalau uolss uolss sekelian alam ni ada jugak petua pasal kucing, sharing is caring la dengan kite ekkk..Mekasih...
Hehehee...selamat mencuba ye!!


NOTA TERSELIT: Ini pulak petua nak bela kucing. Dari pembacaan kite, kite rasa petua tersebut sangat "berguna". Silalah cekidaut di sini.

43 comments:

mia bouvier said...

weh.jadi ke?
huahuahuaaa

Rogayah Suparman said...

yeah it works....
buat masa ni la..hehe

Anonymous said...

yeah it works on my side too..
have tried this method for few years already...

tapi hati mau ikhlas la...bru jadi...

Rogayah Suparman said...

yeap have faith to your kitty then theyll listen to u ^_^

amy azuha said...

mcmmane nk pacak dlm bilik air mun??
haha

Rogayah Suparman said...

urm cari la mana2 lubang kecik...tepi2 dinding blik air xkan xde lubang kecik..hehehe xpon pacak atas tnah liat kew...pastu letak dekat b.air...hehehe

PinQib said...

hehe. mengaplikasikan teknik mengambil poto dalam entry.. waduh3..
nice header lol.

tengs for following.
follow balik..



hihi..
tengs.taw lawat belog shayer. nnt sy jengok lg.

Sory nak jengok entry lain x sempat.
take care, have a nice day..

Anonymous said...

kucing sy sngt annoying sbb di da tandakan bilik sy jd tmpt pembuangan hajat...ah!!!! jap lg nk try petua awak la....

Anonymous said...

klau toilet kita bsah msti dia tak nk mmbuang kt toilet..hmmm..mcm mne ye

Anonymous said...

Sekali dia dah poop kat mana2 tempat tu..kalau cuci tak bersih..dia boleh hidu bau lagi..tempat tu akan jd mangsa la smpi bila2..

hehe toilet saya pon selalu jugak basah..tp kucing saya tu sya dah biasakan dia poop je even basah..so dia dh ok la skrg..dia poop je dlm blik air even basah

RyuTsubasa said...

Kalau kucing yang tak ada ekor macam mana tu? Saya ada 3 ekor anak kucing, hanya 2 ekor jer yang tak ada ekor.

Anonymous said...

kalau kucing takde ekor..hurmmm sye pon tak tahu la nak buat macam mana...sorry ye =)

wan sgmt said...

cuba letak jaring jarang kat toilet duduk, letak lidi kat situ. agaknya kucing tu boleh berak kat situ tak? (bila kucing berak terus taiknya jatuh bawah ka dalam air.. ok tak cara tu?)

Anonymous said...

Ahaa bagus juga idea tu. Nanti boleh la cuba dekat Oiyo

Anonymous said...

haha...petua ni nmpknya bhasil.. nenek aku dulu pun gune cara ni la kasi kucing die buang hajat kt luar rumah... nenek aku cucuk lidi tu kat tanah bwn rumah... hehehe... alhamdulillah,berhasil.. selamat mencuba..

Anonymous said...

Saya baru je semalam beli seko kucen persian. nak ajo dia berak dalam toilet! tak sabo nak try cara ni.. tunggu ek kalo berhasil.. tengs for info!

Anonymous said...

salam...sy bru tbca cra2 ni..sy nk try laaa...aduuuiii,kucing kt uma manja2 tp suka melepaskan hajat kt tmpt y tersembunyi...huhuhu..penat nk mncarinyee...btw,thanks bg tips

Anonymous said...

Memey menjadi lha.i bela kucing pn da lama n byk.sume ikt

Unknown said...

Pening lah jga kucing ni. Nk buang tak smpai hati, tp bila dia berak merata rata, kite yang menjga kucing ni yang disalahkan. Mcm mna ni. Btul ke petua ni? Nk cuba la.

Unknown said...

Kalau lebih seekor kucenk, dorang bleh share ke tempat tu dgn menggunakan lidi masing2?

LIYANA SYAZWANI SULAIMAN said...

assalamualaikum.. saya ada 6 ekor kucing, perlu pacakkan 6 batang lidi ke? :)

Rogayah Suparman said...

@Liyana: hehe maaflah saya pon tak pasti sebab saya tak pernah try untuk kucing yg byk. tapi boleh je kalau nak pacak 6 batang sekali pun hehe

Anonymous said...

kalo kucing umur 8 minggu boleh ke diajar.

Nurfarah said...

Kelakar tp blh cb petua ni. Tp kucing sy ibunya mmg berak dlm bilik air n automatik anaknya pun yak dlm blik air juga hehehe

Nurfarah said...

Kelakar tp blh cb petua ni. Tp kucing sy ibunya mmg berak dlm bilik air n automatik anaknya pun yak dlm blik air juga hehehe

bro brutallica said...

Kita semua tahukan kucing kita berak ikut time setiap hari.(kalau nk lari time pun,x lebih dari sejam).ok,ni petua dia.kalau kucing kita berak merata,sebelum cuci tu,ambil sedikit najis dia dan letakkan kat mana kucing kita perlu berak.bila dah sampai time berak,kurung ja kucing td kat tempat anda letak najis dia td n kurung buat seketika.cubalah.insyallah sy dah berjaya.kucing sy dah x berak merata lg.(petua ni sesuai untuk anak kucing yg berumur dari sebulan ke atas).

bro brutallica said...

Kita semua tahukan kucing kita berak ikut time setiap hari.(kalau nk lari time pun,x lebih dari sejam).ok,ni petua dia.kalau kucing kita berak merata,sebelum cuci tu,ambil sedikit najis dia dan letakkan kat mana kucing kita perlu berak.bila dah sampai time berak,kurung ja kucing td kat tempat anda letak najis dia td n kurung buat seketika.cubalah.insyallah sy dah berjaya.kucing sy dah x berak merata lg.(petua ni sesuai untuk anak kucing yg berumur dari sebulan ke atas).

Anonymous said...

Kalau guna lidi boleh x?

Anonymous said...

mmg jadi kat kg wat cara ni tp pacak kat tanah. ni nk pacak mana dlm toilet...hahha yg suh amik kucing suh ckp dgn kucing tu yg x leh blah..klakar

BLOG EYJA said...

terima kasih sangat! ya Allah, comel gilossss kucingnya. thanks :)

manika said...

terima ksih ye ..mmg saye da buntu dgn anak2 kt umah...thanks!!!

Unknown said...

Nk cari lidi.... Nk cari lidi..... Siap la ko beto!!!

Wan Azwan said...

Tq for info..

che dai said...

Nak cuba. Harap menjadilah. Tq.

bmnsolution said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Salam Semua,
Masalah kucing suka membuang merata2 ni memang menyakitkan hati. Lebih2 lagi kalau yang membuang tu kucing jiran atau kucing liar.
Mungkin saya boleh share satu cara untuk mengatasi masalah ini. Boleh gunakan satu produk dari Jepun ni , produk menghalau
kucing " rat repellent unique odor". Letak je produk ni. Dia akan keluarkan bau yang menjadikan kucing tak selesa dan segera beredar.
Yang penting murah, mudah & tak seksa binatang. Saya ada lihat produk ni di jual di laman web ni http://www.tenringgitshop.com.
Harap dapat selesaikan masalah semua. Tq

Anonymous said...

klu pakai lidi satay boleh x?? nk cari penyapu lidi kn blk kg la plak..

Unknown said...

Mcm manAnk pacak kalau lidi pun kau suruh patahkan

Rogayah Suparman said...

Ko dah kenapa Azmi Kumiri. Jangan la patah pendek sangat. Pandai2 agak la jon.

Unknown said...

saya baru nak ajar kucing tumpang berak kat bekas, harap2 menjadi

Aleeya said...

Haha,lawak btl entry ni..kucing sy pulak kalau xde tong membuang dia(sy modified tong simpan brg yg bertutup n buh cat litter jd jamban dia)die sggup thn 1 hari xkencing n berak..dilema sungguh..igt nk ajar die berak dlm toilet,tgh mgumpul ilmu ni..huhu,xdayo den nk cebok ank pastu nk cuci jambn dio plak 😝😝

Anonymous said...

Satu cadangan yang baik!!

Anonymous said...

Way cool! Some very valid points! I appreciate you penning this article and the rest of the site is also very good.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...