Friday, July 1, 2011

Sucks tetap sucks

Tak menyeramkan. Langsung.

Aku pon tak tau kenapa aku boleh tergerak hati nk menonton filem ni. Antara sebabnye ialah
  1. Filem Melayu, pengarah tak glemer = LAME 
  2. Pelakonnya tah sape tah. Tak femes. Ada dua tiga kerat yang tak reti belakon. Sangat irritating bila tengok diorang belakon. Lagi2 watak sorang perempuan tu sangat2 eyesore tengok dia asyik dengan kameranye tapi tangkap gambar pon tak reti. Lepas tu buat2 muka lampi tak faham orang sembang apa. Tension aku tengok lagi2 sebab she reminds me of someone yang mmg aku tak in sangat. 
  3. Perlu ke Uncle Seekers tu menyibuk jugak dan bajet cool dan bajet terrar dan bajet pro dan segala-gala yang bajet lah. Suruh dia belakon dalam filem ni takkan menaikkan rating lah weiiiii. Cukup2 la penipuan dalam rancangan Seekers dia tu. 
  4. Tolong jangan kata ni filem ni adalah real story. Aku tengok muka uncle seekers tu pon aku dah tau filem ni bukan betul pon.   
  5. Please la. Ada ke mana2 university kat M'sia ni tawarkan course Paranormal Study? Assignmentnya, kau kena shoot hantu kat mana2 rumah atau istana terbiar. Kalau tak jumpa hantu, grade exam kau jatuh. Disebabkan kau taknak kena repeat paper, kau pon cari la jugak hantu kat istana tu. Last2 kau pulak yang kena bunuh ngan "penunggu" istana tu. Tak ke buang masa je kau amek course tu. Sakit je dapat.
  6. Jalan cerita lembab. Dari awal sampai habis takde hantu yang keluar. Tak habis2 scene pintu tingkap tutup sendiri, scene pompuan gedik lari2 jerit2. Baca ayat Kursi sekali pon aku tak dengar.   
Not worth to watch.

Aku ada terbaca yang Penunggu Istana ni memakan kos RM600k nak membuatnye. Persoalannya di sini, berbaloikah?? Jalan ceritanya pulak seakan2 filem The Blair Witch Project (1999). Jumlah kutipan TBWP ialah USD 248 Juta (worldwide) dan memakan hanya USD 500k je sebagai modal. Masa tu memang la orang rasa filem itu real sebab takde sape pernah terpikirkan idea nak buat filem macam tu. Nak dibandingkan dengan sekarang, orang semua dah tau dah pasal konsep filem yang macam nih.

Dah tu, ada pulak yang percaya cite ni betul. Kalau ye lah filem ni betul, menyiarkan filem ni untuk tontonan umum pon dah dikira mengaibkan si mati. Kau rasa keluarga orang yang kononnya kena bunuh dalam filem ni akan bagi ke orang tonton anak dia kena bunuh? Eh, K-mon arrrrr people. BTW, ada je aku jumpa FB diorang tu. Hahaha.

Pendapat aku, daripada korang membazir 82 minit korang menonton filem ni, baik korang nonton filem Seru. Sebab konsepnya lebih kurang dengan filem P.Istana yang tah pape tu cuma korang takde lah sampai nak memaki hamun termuntah darah nonton filem Seru ni.

Babak dalam Seru. Darah kaler pink. 

Nota terselit: rata2 filem seram melayu memang sucks dan tak wajar ditonton especially bila yang belakonnya ialah uncle seekers. Tunggu saja keluar di Astro Ria waktu Raya nanti dan jangan bazirkan RM9.00 utk beli filem2 ni dekat Astro First. TQ.

2 comments:

ARC™ said...

cerita ni bodoh, bangang dan tak seram. kalau aku yg opost ayat2 ko ni, mesti aku dpt komen "ko ni pembenci cerita melayu"

dah cte tu xbest nak cakap cmne lagi....tipu lak tu hahahhaha

Rogayah Suparman said...

haha tak kuasa la nk suck up filem melayu. kalau best kita puji la kan...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...