Assalammualaikum.
Pernah tak korang rasa sendiri perasaan macam dalam filem Inception? Perasaan terperangkap dalam mimpi sendiri? Mesti pernahkan.
Aku sendiri pon pernahlah beberapa kali bermimpi peliks macam tu. Pagi tadi aku terkena lagi. Aku sedar yang aku bermimpi. Aku nak keluar dari mimpi tu, tapi tak boleh. OK macam ni ceritanya....
Masa tu, apa yang aku tau, aku dah ada dekat rumah aku. My actual home la dekat K.Kangsar. Perasaan masa tu macam betul la yang aku berada kat rumah. Aku buat aktiviti yang luarbiasa dekat sana tapi aku rasa macam benda tu aku dah biasa buat. Korang paham kan? Selalunya mimpi akan macam tu.
Lepas tu...bla bla bla....Aku sembang2 dengan abang aku. Tiba2 dia bawak keluar beberapa keping tiket wayang. Dia tanya aku "Kamu tak pegi tengok Transformers ke? Aku, Angoh dengan Nuar nak pergi tengok japgi". Aku pon tiba2 pelik, apsal abang aku tak beli tiket untuk aku sekali? Then baru aku teringat yang hari tu ialah hari Sabtu dan aku dah pon beli tiket wayang muvee Transformers tu dengan kawan2 aku iaitu Yana, Pinat dan Wan. Kitorang berjanji nak keluar pada hari itu (sabtu) tu dan tiket tu dalam pukul 1.30pm dan tempatnya ialah di Village Mall, Sg Petani!!
Masalahnye sekarang aku dekat K.Kangsar dan jam dah menunjukkan pukul 12 lebih. Macam mana aku nak kejo tiket wayang dekat Sg. Petani tu? Aku rasa macam benda tu important sangat dan aku perlu jugak pergi. Pada masa yang sama, baru aku tersedar yang aku ni tengah bermimpi. Jadi, aku pikir aku kena bangun jugak so aku boleh la kejo tiket wayang tu. Tapi aku tak tau macam mana nak sedar dari mimpi tu.
Aku pon ambik keputusan untuk call Yana. Aku capai henfon aku dan aku cari nombor Yana. Aku cari cari cari tapi tak jumpa2. Tension aku. Masa tetap berjalan. Risau satu badan dibuatnye. Aku cuba2 jugak cari nombor henfon dia dekat henfon satu lagi tapi tak jumpa jugak. Kalau dapat call Yana aku nak tanya dia soalan ni, "Betul ke aku tengah bermimpi? Tolong sedarkan aku. Kita kena kejar tengok Transformers ni."
Payah gila aku nak call Yana. Habis satu rumah tu aku round sebab dah jadi tak keruan. Tup tup aku terjaga dari tidur dan aku berada atas katil aku dekat hostel (Sg. Petani). Hari dah cerah. Aku tengok katil sebelah, Pinat dah takde dan ada seterika atas katil tu (selalunya kalau dia letak seterika atas katil tu maknanya dia baru lepas iron baju dan dah keluar lah) Aku pon nak belek la henfon kat sebelah ni, nak tau pukul berapa masa tu. Diorang dah keluar gi Village Mall dan tinggalkan aku sorang ke?? Tapi henfon pulak bateri kong, aishhhh bengang betul aku. Cepat2 aku pergi charge dan tengok2 jam menunjukkan pukul 9.15a.m. Huuuhhh lega....... Pagi lagi rupanya. Oh, baru ku teringat yang Yana dan Pinat pergi berlatih main futsal. Pagi tu aku dah dengar diorang bangun siap2 lepas tu aku tertidur balik dan aku lupa terus pasal diorang tu.
~~End of Story~~
Macam tu sekali mimpi kita boleh permainkan kita. Mati2 aku ingat yang aku dah terlepas tengok premiere Transformers (padahal benda tu bukan penting sangat pon). Tapi tahap mimpi dalam mimpi aku ni takde lah sehebat macam Inception tu. Yang tu lagi terrar.
Hah lagi satu. Dalam mimpi tu aku ingat hari tu hari Sabtu kan, tapi sebenarnya hari Rabu iaitu hari ini lah. Hehehe Transformers here we come! Kalau tak best, konfem aku banned sampai bila2 lah sebab membuatkan aku berpeluh2 dalam mimpi aku semata2 nak kejo tengok filem tu. ;P
1 comment:
dan saye pergi dgn harapan awak terjage dan memelok woody saye yg diletakkan di sblah awak..tapi hampa sume itu...awak xprasan langsungg...wuuu
Post a Comment