Saturday, July 30, 2011

Bagaimana gadis beragama Islam memalukan agamanya sendiri.

Assalamualaikum. 

Tadi, aku terjumpa dekat FB satu link post dari group Rosmah Mansor, sila minta maaf pada umat Islam via Sozcyili.blogspot.com. Entry dekat blog tu pasal gambar dekat bawah ni, sila scroll bawah sekarang.


Astagfirullah... Takde ke secubit rasa malu wahai kaum Hawa woiii... Aku rasa macam tak percaya pon ada. Sebab ada jugak perempuan MELAYU ISLAM siap BERTUDUNG nak pergiperjumpaan lesbian ni. Yang lagi tak boleh blah ialah...


Kau nak mintak maaf dekat sape? Ayat kau tu sesuai la kalau kau post dekat wall event "Program Ambang Ramadhan" ke. Ini? Kau rasa menyesal sebab tak dapat attend perjumpaan bodoh dan dah tentunya berdosa pulak tu. 

Macam yang aku baca dekat blog Sozcyili tu, tak pasti sama ada event ni betul2 atau pun sesetengah individu sengaja mereka event ni untuk mengaibkan atau men-troll sesiapa. Aku tak kisah la kalau bangsa lain nak buat event macam ni. Yang aku tak boleh terimanya, orang Islam kita sendiri tanpa rasa malu click button I'm Attending tu dengan niat memang dia nak attend event ni. 

*Long sigh....* 

Lagi 2 hari kita nak masuk bulan Ramadhan. Cuba la sucikan sikit hati tu. Buat perkara2 yang baik. 

Aku bukan nak memburukkan mereka2 ni dan anggap diri aku baik, tapi aku rasa macam mereka ni dah terlampau berani nak memburukkan Islam, agama mereka sendiri. OK lah, aku malas nak blabbing panjang pasal hal ni, nanti aku jadi emo. Jadi, korang pikirlah mana yang baik @ buruk. Aku cuma nak berkongsi pandangan je. 

Sempena nak menyambut Ramadhan kali ni, jom kita layan video ni. Biar pun pendek, tapi mesej yang disampaikan sangat la bermakna.  Moga kita boleh buka hati untuk jadi insan yang lebih baik di sisi Allah dan jadikan bulan Ramadhan ini sebagai titik tolak perubahan kita tu. Amin. 


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...