Sunday, July 3, 2011

Gluteus dan peha ku yang kesakitan

Sempena sambutan Hari Guru IPG KSAH pada 28 Jun 2011 yang lepas, Kelab Siswa Budaya Teater IPG KSAH telah membuat persembahan pentomin (lakonan tanpa suara) yang didedikasikan khas buat guru2 di luar sana. Pentomin ni pasal pendidikan di Malaysia dari zaman sebelum merdeka dan selepas merdeka.

Walaupun ambik masa seminggu je untuk berlatih, alhamdullilah semuanya berjalan lancar. Even, skrip asal yang kitorang dapat tu sangat membosankan dan terlampau banyak ayat karangan, namun kitorg berjaya mewarna warnikan pentomin tu.

Watak aku? Mula2 aku nak jadi nelayan, so aku act la tebar jala macam betul2. Lepas tu, direktor tak bagi sebab ganas sangat perempuan jadi nelayan. So, aku nak jadi pemburu pulak dan aku act lah macam tengah menembak. OK tak sesuai jugak perempuan keje nembak burung. Last2 sekali aku pilih petani aje sebab nak jadi mak bidan atau anak yang innocent tak sesuai dengan perawakan aku yang seganas boye di lautan ni.

Watak kedua pulak, aku jadi budak sekolah zaman R. Azmi. Hahaha teringat gambar makcik2 aku masa sekolah dulu pakai tudung lipat sampai atas kepala sebab nak bentukkan tudung jadi bulat pastu tudung tu diikat macam riben dekat bawah dagu alolololo comel je. Eh, makcik2 aku dulu pakai tudung ke pergi sekolah?

Mode R. Azmi = ON

****

Aku tak suka bersukan. Tapi, minggu ni asyik kena bersukan je. Sebenarnya dari minggu lepas dah. Mula2 kena main badminton yang Jabatan PSV anjurkan sekadar untuk "merapatkan silaturahim". Lepas tu main Futsal Piala Ketua Jabatan anjuran Jabatan PSV jugak. Lepas futsal ada larian 1 Murid 1 Sukan. Yang ni semua sekolah kat Malaysia kena participate. Nasib baik la lari dalam kawasan kampus je hahaha kalau tak konfem aku berlari atas katil je. Lepas lari kena main bola baling pulak sebab group aku dah diberi game tu oleh pihak penganjur, so terima je la. Hadooiii takde ke game lain yang korang boleh bagi? 

Aku lagi prefer game yang tak memerlukan aku keluarkan peluh kesayangan aku ni. Main bowling ke, memanah ke, karaoke ke, bola tampar ke, chess ke. Ok bukan chess. Aku bodoh main chess. Aku lagi lagi lagi prefer kalau tak main langsung. Sebab kalau badan yang tak fit ni tiba2 nak di-fit-kan, sakit2 dan sengal2 badan la yang akan terjadi. Macam sekarang. Peha, bontot, tangan, semua sakit. Sakit baii nak daki tangga. Nasib baik bilik aku kat tingkat satu je. 



OK BAI!

4 comments:

amy azuha said...

haha sme lah..x ske xtvt yang buatkan diri bpeluh :P tapi moon terel apa maen bola baling..senang je grab bola

Unknown said...

comel ikat reben tdung 2..hehe
i xske bersukan..tp paksa rela jelah..
;)

Dr. Bentara said...

suka bebeno tu

liyana said...

alalala..meymey ngat yer enyom2 cam tooo...hahahaha....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...