Assalamualaikum.
Dengan ini, saya Rogayah Suparman bukan nama sebenar ingin menyahut seruan Blog Pilihan Malaysia dengan memarketkan diri sendiri di blog tersebut sebagai salah seorang guru pelatih dari IPG KSAH, Sg. Petani, Kedah.
Saya tak suka mencapub tapi kali ni saya nak try lah mencapub sikit. Hal ini kerana saya dari IPG KSAH, so aaaada IPG K-SAH??? (ada saya kisah?) Hoho just kidding =P
Sebelum tu saya nak bagi tau kepada admin Blog Pilihan Malaysia, bahawasanya IPG & maktab ialah institusi yang sama. Cuma sekarang orang dah tak panggil maktab, kerana dah di naiktaraf jadi IPG (Institut Pendidikan Guru). Tapi, ramai orang yang tak tahu IPG tu nate gapo tapi tahu maktab tu nate gapo. Jadi, saya ingin menyeru kepada kalian semua untuk menggunakan perkataan IPG instead of maktab kerana maktab is so lame hehehe kidding!
Ini masa semester 2 foundation (2009). Lokasi: Galeri Petronas, KLCC |
OK ini lah gambar kumpulan saya. Taim ni semester 3 foundation (2009). Lokasi: Sekitar kampus |
Ni masa sem 1 degree (2010) kat dalam kelas. Kelas PERMANENT kami paham tak??? |
Ni masa sem 2 degree (2010) Yang belakang tu mural kat dinding kelas saya. Penat tau kitorang cat. Hoho |
Baiklah, saya sebenarnya seorang guru pelatih...
Beropsyen: Pendidikan Seni Visual (Major), Pendidikan Jasmani + Bahasa Melayu (Minor)
Tarikh daftar di IPG: Julai 2008
Sekarang dah: Semester 3
Nama kumpulan skrg: PISMP P3H (PISMP = Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan)
Ahli kumpulan ada: 21 orang (4 jate + 17 tino)
Dekat sekolah nanti saya akan mengajar anak-anak @ adik-adik anda subjek: PSV @ PJ @ BM insyaallah
Selain itu saya: pelajar no.2 paling tinggi dalam kelas saya (bila pakai heels saya jadi no.1 yayyy) & paling tak suka bersukan
Bagi yang ambik kisah dan tak paham kenapa saya baru semester 3 sekarang tapi saya daftar pada Julai 2008 adalah kerana dari Julai 2008 - November 2009 (3 sem) saya kena ambil kursus Program PRA-Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) dulu untuk melayakkan saya ambil kursus Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) pulak lepas tu selama 8 sem bermula Januari 2010 - November 2013. Jadi, sekarang Januari 2011 saya dah semester 3 PISMP. 5 semesters to go yeah!
OK enuff is enuff pasal benda-benda yang susah nak diexplain tu.
Selama 2 tahun lebih menetap di Sg. Petani, Kedah ni saya dah terer cakap slang utara naaaa. Bukan saja utara malah slang Kelantan pon saya boleh ahak ahaks. Yang ini tak dikira sebagai kenangan manis la.
Antara bittersweet banana leaf memory selama berada di aaada IPG KSAH? ni....
Manis
- Jumpa pelbagai jenis orang. Ada yang boleh di buat kawan dan sebaliknya. Pertama kali berkawan dengan kawan-kawan yang menggunakan loghat selain dari loghat Perak. Komplikasi + seronok belajar loghat negeri lain. Kadang-kadang tu sampai bergaduh sebab istilah yang negeri tu dan negeri ni pakai tak sama.
- Pergi Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS), dapat alami sendiri perasaan jadi cikgu. Susah weh but sweet la sebab dapat kad raye dari student. Hahaha 1st time seyh ^_^
- Paling best ialah membelanjakan duit elaun. Hello? Siapa yang tak suka bila elaun masuk tu memang tipu ar.
- Dapat ceburkan diri dalam bidang yang aku suka; seni, teater, tarian, kelab fotografi dan menghabiskan duit.
- Kenal erti sebenar persahabatan ^_^
- Pensyarah di IPG memang chillex. Sempoi gila. Tapi yang strict tu strict la jugak.
- Belajar dekat IPG tak se-tension belajar di universiti. Tapi jangan sesekali kata nak masuk IPG ni senang. Hanya yang bertuah je boleh masuk hahaha.
- Walaupun infrastruktur dekat IPG tak sehebat di universiti tapi bagi saya dah cukup baiklah. Cuma ada jugak kekurangan yang rasanya perlu diperbaiki.
- Bila Jabatan PSV IPG KSAH lulus MQA (M'sian Qualifications Agency) dan tahun 2011 ni Jabatan PSV IPG KSAH akan menjadi pusat rujukan untuk unit PSV di semua maktab di seluruh M'sia. Bangga seyh.
- Makanan dekat Kedah ni semuanya murah-murah. Tapi bila dah murah sangat tu, terasa mahal pulak bila taim-taim elaun baru masuk, pihak kantin naikkan sikit harga makanan jadi RM3.50 untuk nasik putih + sayur sikit + ayam goreng + teh ais. Wahaha mahal kot tu!
Hohoho ni assignment masa semester 2 foundation, buat catan flora. Saya buat bunga lily warna merah tu. Dah jual kat sorang lecturer, En. Azizi. Rasa sayang pulak jual painting pertama ni. Wuwuu.... |
Pahit
- Bila kumpulan saya kena jumpa Pengarah & Timbalan Pengarah untuk setelkan masalah kumpulan kitorang. Hohoho tak pernah-pernah lagi satu kumpulan kena mengadap Pengarah & Timbalan. Tapi sekarang masalah tu dah setel lah, hopefully.
- Sejak masuk IPG, kena serangan gastric bertalu-talu setiap awal sem. Sampai sekali tu kena ward 3 hari kot tak ingat lah.
- Dah takde dah pengalaman pahit. ceq tak buleh nk recall la...
Ekceli tak banyak pon pengalaman pahit selama kat sini. Alaa gadoh-gadoh dengan girlfriends tu biasa la. Kawan mana yang tak gadoh? XOXO gossip girls.... Plus belajar dekat IPG ni kurang stress. Even stress pon pandai-pandai la bawak diri.
Ni masa pertandingan pidato Kemerdekaan yang kumpulan kami anjurkan |
OK. Tentang perubahan yang saya inginkan dalam sistem pendidikan negara kita ni, hurm rasanya sistem tu dah elok. Sebab sistem pendidikan kita bertunjangkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang mana memang holistik dari setiap segi. Cuma yang perlu diperbaiki sekarang ini ialah individu yang berada di bawah sistem pendidikan itu sendiri iaitu Kementerian Pelajaran, Pihak sekolah, cikgu-cikgu dan semua yang bergelar pendidiklah. Kena tanamkan azam dalam diri untuk mengubah cara pemikiran masyarakat kita sekarang bermula dari kanak-kanaklah. So, takdelah budak-budak ni bila dah besar nanti jadi doktor jual surat MC, jadi polis makan rasuah, jadi engineer buat bangunan mudah runtuh, jadi akauntan makan duit haram ataupun jadi cikgu cabul murid sendiri. Maksudnya, janganlah intelek je tinggi, tapi sivik tak dak.
cantik tak kad matrix saya?? |
Nota terselit: Kepada mana-mana KSAHan dan tak ksah la dari mana-mana IPG pon yang ada blog, bolehlah marketkan diri sendiri melalui Blog Pilihan Malaysia dalam segmen Sahabat Blogger : Pelajar IPG/Maktab Perguruan. Uolss yang dari IPT boleh join jugak =)
14 comments:
hehe
lawak giler ayat ko.
salute
maktab is sooooo LAmE
Akhirnya. Confession| Untuk orang SINGLE|
waa...go! go!..PSV hehe
QIB & AMY - korang buat lah jugak! hehe
wah...
cm ceria jerk kelas tu..
huhuuh :)
@cikgu fikri - aa'ah kelas ktorg mmg sumenya cergas2 belaka..haha
perghh..mcm kenal.hahhaa.
xsangka xsangka
jalan-jalan cni. follow kamuu. salam perkenalan dari IPG tengku ampuan afzan. :))
hai. trimas follow...keep on followin' haha tiba2...
timah,card matrix ko muke innocent je an
aaa well, disbbkan nak masuk maktab...eh silap..IPG kenalah buat muka inesen..hoho
Owh dah tukar IPG ek skrg...orite2. Semoga Selamat berjaya dalam profesyen perguruan...
My recent post ►Filem - Lie To Me
@ ►AdamXis◄ - yes. trimas2. sama la jugak untuk awak. selamat berjaya dlm ape jua bidang yg awk ceburi =)
salam...hai semua...salam perkenalan...
nice to read ur story bout u n ipg....
http://zubir5588.blogspot.com/2011/01/saya-pelajar-ipg-kampus-pendidikan.html#links
salam,saya zaidi mustaffa..saya tertarik dgn crita diatas..saya bukan pelajar/bekas pelajar ksah..saya stay dekat area ksah,bandar putri jaya...tp saya cuma nak share:
1. selama study kt ksah,adakah kewangan anda stabil walaupun dapat elaun???
2. adakah anda ingin mencari pendapatan sampingan??tetapi adakah wajar anda nak cari part time 7E,MCD,KFC sedangkan anda adalah org terpelajar...sudah tentu anda mahu mencari part time yg komitmennya rendah dan hasil yg menarik...tanpa mengabaikan pelajaran..
3. Ramai pelajar dah rebut peluang ini,sekiranya anda berminat dgn peluang ini call 019-4719471 zaidi mustaffa..saya pasti membantu anda...
Post a Comment