Saturday, January 22, 2011

Blackie; my cool ass superhero.

Sedang menaip entri ni, kedengaran suara-suara nyaring kucing-kucing jantan rumah aku sedang berperang mulut. Kucing rumah aku semua baik-baik, jambu-jambu, gay-gay belaka. Cuma bila taim ada kucing lain especially jantan datang rumah, kucing-kucing jantan rumah ni terus jadi protective gila. Kononnye nak jaga kawasan dia la. Haptuihhh padahal nak tunjuk kuat, sedangkan diri sendiri gay. Hahaha. Jahatnye aku.

Ohh ya, nak dijadikan cerita 2 hari lepas aku bawak balik ke rumah Oiyo and Blackie dari maktab sebab hari Ahad ni semua kucing-kucing yang bermastautin dekat maktab akan di buang. Jadi, aku selamatkan yang aku sayang dulu hehehe. Harap-harap yang lain tu akan O.K je bila dah dibuang nanti T_T. 


Disebabkan datangnye dua ekor kucing yang bernama Oiyo dan Blackie ni, kucing jantan rumah ni jadi tak tentu hala lah. Oiyo selamatlah sebab dia duduk kat dalam. Blackie aje yang tak selamat sekarang sebab dia kena duduk luar dengan kucing-kucing lain. Blackie kena tempuh sesi orientasi kucing-kucing baru la maksudnya. 

Antara yang paling over dalam mencari gadoh dengan Blackie, si Chotes la. Chotes ni dulu pendatang haram. Kena belasah lebih kurang seminggu dengan makcik-makcik kucing dekat rumah lepas tu OK la. Sekarang ni dia dah besar, dia rasa macam nak balas dendam pulak. Hehh macam situasi kat asrama lelaki la uolss. Ikuti peraturan menjalani orientasi kucing-kucing baru di sini.

Whateva it is, Blackie kena tetap maintain cool OK. My Blackie sentiasa cool bai. Hari 1st sampai rumah, kena hambat lari kejap pergi rumah jiran, esoknya balik rumah balik dengan semangat berkobar-kobar nak menentang Chotes, Chotoih dan Adek. Good Luck Blackayh!! Seminggu lagi olrite la korang. =)

Saksikanlah pergaduhan mulut antara Blackie dan Chotes. Wakakaka lawak seyh yang kucing lain tu nyebok-nyebok pehal? Ntah apa la yang korang gaduhkan sampai herot-herot kepala tu. Mungkin begini...

Chotes: Woiiii, mike datang sini toksoh nak buat macam ini ghumoh mike. Udoh le ade rantei. Mike ni gay ke??? Tak sedor diri mike tu itam legam, apoh pon tak nampok. Balik kedoh le woiiii!

Blackie: Amboi kuang jaq mulot hang ni kan. Aku pakai rantai ja, tapi aku tak gay macam hang. Hitam-hitam pon straight, hang ada?? Hang tu aku tau la dulu kena pedabi jugak, tu pasai la hang duk sebuk nak cari pasai dengan aku. Booooo!

Chotes: Cilakak. Main kasor mat. Bla bla bla bla bla!!







2 comments:

zubir othman said...

hebat btul2 kucing tuh,..cz dijaga oleh orang yang hebat hek3....semoga diorang berjaya tempuhi alam orintasi...hehheehheehhee

jom singgah my blog:

http://zubir5588.blogspot.com/2011/01/jom-join-my-new-friend-of-blogger.htm

Rogayah Suparman said...

haha tuan dia rilek je...kucing2 dia yang bajet hebat..hahaha

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...