Monday, January 31, 2011

3 Layer Tea sedap la giler !


Waaaa ini merupakan crave terbaru aku. Memang jahat teh ni. Originated from Kuching, Sarawak, rasa dia lemak tapi tak manis, rasa macam cendol tapi sedap lagi, part yang paling best sebab 3 layer dia tu la. Sejuk je mata memandang. Refresh the tekak ya know...

Selama ni nampak tak pernah teringin nk order, tapi semalam tiba-tiba buang tebiat nak try rasa pulak. Mapley Vanggey dekat Ipoh punya 3 layer tea memang superb ah (sebab tak pernah rasa kat tempat lain lagi hahaha) walaupun yang dia bagi tak sama macam yang dalam gambar sob sob. 

Harga dia mahal la sikit dalam RM2.50 - RM3.00 segelas. Well, bagi aku takpe bayar mahal sikit asalkan sedap. Kalau orang yang bayarkan lagi la sedap weweee. Jika tak sedap mintak je yang baru. Minum sampai sekerat gelas, pastu mintak baru cakaplah tawar ke, nanti mamak tu kasi yang baru hehehe. Jangan buat, dosa. 

Mesti hampa kata kat aku, "Booo la weh, orang lain dah tak heran dah, banyak kali dah minum, ko baru nak minum hahaha!" Eh, hello, dekat K.Kangsar ni aku rasa takde pon jual 3 Layer Tea lagi, sebab tu aku lambat sikit. @_@



Nota terselit - Kini sedang bimbang memikirkan keselamatan pelajar-pelajar Malaysia di Egypt. Doakan semoga Allah lindungi mereka dari sebarang kecelakaan dan semoga mereka cepat dipindahkan ke tempat yang lebih selamat tak pon bawak balik M'sia terus je. Amin. 

Baca beritanya di sini

Thursday, January 27, 2011

Nikon F3 : mimpi baru saya

Bila tiba masa dan ketikanya, aku akan beli mimpi baru aku ni. 

**Wish list updated**


Tak banyak pon, cuma ini...



Dan juga ini...




Seterusnya akan terhasil lah kombinasi yang voila! 




Tapi buat masa ni kerja dok telan ayaq lioq ja la. -_-'

Vintage Instinct: Contest Cipta Logo

Hai semua. 
Hari ni aku nak promote satu contest cipta logo. Contest ni dianjur oleh sebuah online shop iaitu Vintage Instinct (VI). VI ni jual segala macam jenis handbag & purse vintage. Semua lawa-lawa seyh. Disebabkan sekarang ni pon mood aku memang more to vintage stuff jadi aku pon dengan senang hatinya nak join contest ni.  

OK. Setelah meluangkan beberapa jam mendezain logo untuk VI ni........

dan inilah hasilnya.......



Hehe OK ke? Ada can ke nak menang? Hurm ntahlah. Kita tengoklah keputusan juri nanti cewah. Ngeeeee.

FYI, logo ni boleh dikira 95% ciptaan aku sendiri tanpa mencilok mana-mana logo dari Google atau Devianart hohoho agak-agak ar saiko nak mengaku sampai cenggitu sekali. Kecuali gambar perempuan tu aku rembat dari google sebab nak masukkan lagi unsur vintage dalam logo aku ni. Kalau letak muka aku sendiri, memang tak vintage langsung ar wakaka.

Logo ni simple je. Tapi makan berjam jugak nak buat sebab takde idea haha. Aku rasa lebih baik simple tapi mesej sampai. Sampai ke? Haaa itu yang kita tak tau. Hohoho

Enuff blabbering. Kalau korang nak usha barang-barang vintage yang VI jual boleh la klik sini yooo. Tak pon, kalau korang nak join contest ni boleh tengok dekat page FB VI je, tak pon boleh lawat blog VI di sini.


Saturday, January 22, 2011

Blackie; my cool ass superhero.

Sedang menaip entri ni, kedengaran suara-suara nyaring kucing-kucing jantan rumah aku sedang berperang mulut. Kucing rumah aku semua baik-baik, jambu-jambu, gay-gay belaka. Cuma bila taim ada kucing lain especially jantan datang rumah, kucing-kucing jantan rumah ni terus jadi protective gila. Kononnye nak jaga kawasan dia la. Haptuihhh padahal nak tunjuk kuat, sedangkan diri sendiri gay. Hahaha. Jahatnye aku.

Ohh ya, nak dijadikan cerita 2 hari lepas aku bawak balik ke rumah Oiyo and Blackie dari maktab sebab hari Ahad ni semua kucing-kucing yang bermastautin dekat maktab akan di buang. Jadi, aku selamatkan yang aku sayang dulu hehehe. Harap-harap yang lain tu akan O.K je bila dah dibuang nanti T_T. 

Friday, January 21, 2011

Benda yang paling menyakitkan hati sekali bila....

Aku percayakan kau, kau buat taik dengan aku. Kau ingat dengan mintak maap tu boleh setel masalah la? Atleast, atleast step up la berani mengaku tu salah kau. Bukannya tunding jari dekat orang lain. Lepas tu bila kau ingat hangin aku dah hilang kau boleh buat tak tau je la? Tak de pon nak tolong cucikan balik taik yang kau dah sepahkan dekat aku. Aku cakap kau ni takde balls kang marah pulak. Aku pikir kau tu kawan aku je aku malas nak marah kau lama-lama. Tapi kau ni memang jenis yang muka tak malukan, marah ke nasihat sampai gugur-gugur gigi pon takkan lut punya. Tetap jugak dengan perangai bangang kau tu. Ingat orang suka ke?? 

Janganlah sampai semua orang dah nak fed up dengan kau nanti baru la kau betul-betul nak berubah. Dulu orang dah kasi kau peluang nak ubah sikap tu tapi kau ulang balik perangai annoying kau tu. Dulu dah kena isolate sekali kan, kau tau macam mana rasanya kan? Takkan kau nak kena pulau sekali lagi? 

Aku harap kau, ye kau baca benda ni. Sebab aku dan yang lain-lain rasa macam nak tengok muka kau pon tak larat dah. Ni kan lagi nak nasihatkan kau. Kami dah penat. Orang lain memang nampak macam kami ni selalu buli kau, selalu marah kau, selalu bahan kau, tapi kami cuma nak kau sedar yang kalau kau bawak perangai buruk kau tu sampai kau dah tua nanti, percayalah, kau akan hidup sensorang je nanti.

Wednesday, January 19, 2011

A Tribute to Kucing KSAHan.

Dengar cerita ada sesetengah individu tak suka kucing-kucing yang tinggal dekat kolej kediaman Adaaa IPG KSAH?? ni. Deyyy kecoh la lu tanggachi. Dari hari tu lagi muka korang je yang asyik complain pasal kucing ni. Cuba la paham perasaan kami yang sayang kucing-kucing ni sikit. Kesian makcik Meriam yang sayangkan Blackie, nanti kalau Blackie kena hantar tempat lain, takde sape nak teman makcik Meriam cuci tandas.

Yela, kami paham la yang korang tu allergic kucing. Kucing-kucing tu suka ngebom merata, ngebom atas kasut korang. Sebab tu korang tak suka kucing-kucing tu. Tapi dunia ni bukan milik kita je. Kita kongsi dengan makhluk tuhan yang lain jugak. So, kita kena lah consider 'mereka' jugak. 

Back in 2008, masa tinggal dekat kuaters IPG, ada sekor anjing kami bagi nama Browny. Ntah dari mana datang, dia suka lepak dekat kuaters tu. Rilek je kami bela kasi makan ape semua. Kasi makan je lah, pegang tak. Lepas tu ada orang complain, Browny pon kena buang. Sedih kami sampai nangis-nangis. Even dia anjing, selagi dia tak cederakan sape-sape, kami masih boleh terima dia. 

Dekat kampus ni aje ada dekat 18 ekor kucing kot. Antaranya ialah Blackie, Kentoi, Oiyo, Kiki, Wan B, Makcik + 6 newborn kittens, Stinky, Mamee + anak Mamee, Snoopy, kucing kelabu mulut bising dan Wan B versi betina. Semua kitorang kenal siap boleh kelaskan character kucing-kucing tu. Siap boleh buat comic strip pasal kucing-kucing tu. Haaa betapa akrabnya hubungan kitorang dengan makhluk berbulu tu. 

Yang dah mati/missing in action pulak ialah 
  • Bubu - mati beranak
  • Smelly a.k.a Abang - mati sakit
  • Wan Nazrul - M.I.A
  • Wan - tiba-tiba M.I.A dan dianggap mati jugak
  • Maru - mati beranak tak cukup bulan
Kubur diorang ada belakang Blok E. Walaupun dah takde, kenangan dengan diorang tetap kitorang ingat sampai bila-bila.

Jadi oleh itu dan walau bagaimana pun, nak tak nak aku kena selamatkan kucing-kucing ni. Tapi, malangnya aku tak boleh nak selamatkan semua sebab kalau nak bawak balik rumah aku 18 ekor kucing tu komfem pengsan mak & wancik. Jadi like how??? Perlu ke kami buat demonstrasi atau tunjuk perasaan??? Adakah kami perlu pasrah aje dan doakan yang terbaik untuk kucing-kucing tu. Ya, mungkin itu aje jalan terbaik. Tapi anak Makcik yang 6 ekor tu kecik lagi. Kalau kena buang nanti macam mana?? Dah la diorang tu rare sebab jari kaki & tangan ada 6 hehehe.

Nota terselit: Ini adalah luahan hati aku yang memang nampak macam berat sebelah. Memang nampak macam tak consider orang lain. Bukannya aku tak faham perasaan orang yang mengomplain tu, cuma aku perlu ruang untuk luahkan rasa sedih aku. Jadi, tak perlulah bagitahu benda yang aku dah tahu. Tenkiu.

Friday, January 14, 2011

Saya pelajar IPG KSAH, saya OK.


Assalamualaikum.


Dengan ini, saya Rogayah Suparman bukan nama sebenar ingin menyahut seruan Blog Pilihan Malaysia dengan memarketkan diri sendiri di blog tersebut sebagai salah seorang guru pelatih dari IPG KSAH, Sg. Petani, Kedah. 

Saya tak suka mencapub tapi kali ni saya nak try lah mencapub sikit. Hal ini kerana saya dari IPG KSAH, so aaaada IPG K-SAH??? (ada saya kisah?) Hoho just kidding =P 

Sebelum tu saya nak bagi tau kepada admin Blog Pilihan Malaysia, bahawasanya IPG & maktab ialah institusi yang sama. Cuma sekarang orang dah tak panggil maktab, kerana dah di naiktaraf jadi IPG (Institut Pendidikan Guru). Tapi, ramai orang yang tak tahu IPG tu nate gapo tapi tahu maktab tu nate gapo. Jadi, saya ingin menyeru kepada kalian semua untuk menggunakan perkataan IPG instead of maktab kerana maktab is so lame hehehe kidding!



Ini masa semester 2 foundation (2009). Lokasi: Galeri Petronas, KLCC

OK ini lah gambar kumpulan saya. Taim ni semester 3 foundation (2009). Lokasi: Sekitar kampus


Ni masa sem 1 degree (2010) kat dalam kelas. Kelas PERMANENT kami paham tak???

Ni masa sem 2 degree (2010) Yang belakang tu mural kat dinding kelas saya. Penat tau kitorang cat. Hoho


Baiklah, saya sebenarnya seorang guru pelatih...
      
        Beropsyen: Pendidikan Seni Visual (Major), Pendidikan Jasmani + Bahasa Melayu (Minor)
        Tarikh daftar di IPG: Julai 2008
        Sekarang dah: Semester 3
        Nama kumpulan skrg: PISMP P3H (PISMP = Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan)
        Ahli kumpulan ada: 21 orang (4 jate + 17 tino)
        Dekat sekolah nanti saya akan mengajar anak-anak @ adik-adik anda subjek: PSV @ PJ @ BM insyaallah
        Selain itu saya: pelajar no.2 paling tinggi dalam kelas saya (bila pakai heels saya jadi no.1 yayyy) & paling tak suka bersukan


Bagi yang ambik kisah dan tak paham kenapa saya baru semester 3 sekarang tapi saya daftar pada Julai 2008 adalah kerana dari Julai 2008 - November 2009 (3 sem) saya kena ambil kursus Program PRA-Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) dulu untuk melayakkan saya ambil kursus Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) pulak lepas tu selama 8 sem bermula Januari 2010 - November 2013. Jadi, sekarang Januari 2011 saya dah semester 3 PISMP. 5 semesters to go yeah!

OK enuff is enuff pasal benda-benda yang susah nak diexplain tu. 

Selama 2 tahun lebih menetap di Sg. Petani, Kedah ni saya dah terer cakap slang utara naaaa. Bukan saja utara malah slang Kelantan pon saya boleh ahak ahaks. Yang ini tak dikira sebagai kenangan manis la. 

Antara bittersweet banana leaf memory selama berada di aaada IPG KSAH? ni....


Manis
  • Jumpa pelbagai jenis orang. Ada yang boleh di buat kawan dan sebaliknya. Pertama kali berkawan dengan kawan-kawan yang menggunakan loghat selain dari loghat Perak. Komplikasi + seronok belajar loghat negeri lain. Kadang-kadang tu sampai bergaduh sebab istilah yang negeri tu dan negeri ni pakai tak sama.
  • Pergi Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS), dapat alami sendiri perasaan jadi cikgu. Susah weh but sweet la sebab dapat kad raye dari student. Hahaha 1st time seyh ^_^
  • Paling best ialah membelanjakan duit elaun. Hello? Siapa yang tak suka bila elaun masuk tu memang tipu ar. 
  • Dapat ceburkan diri dalam bidang yang aku suka; seni, teater, tarian, kelab fotografi dan menghabiskan duit.
  • Kenal erti sebenar persahabatan ^_^
  • Pensyarah di IPG memang chillex. Sempoi gila. Tapi yang strict tu strict la jugak. 
  • Belajar dekat IPG tak se-tension belajar di universiti. Tapi jangan sesekali kata nak masuk IPG ni senang. Hanya yang bertuah je boleh masuk hahaha.
  • Walaupun infrastruktur dekat IPG tak sehebat di universiti tapi bagi saya dah cukup baiklah. Cuma ada jugak kekurangan yang rasanya perlu diperbaiki.
  • Bila Jabatan PSV IPG KSAH lulus MQA (M'sian Qualifications Agency) dan tahun 2011 ni Jabatan PSV IPG KSAH akan menjadi pusat rujukan untuk unit PSV di semua maktab di seluruh M'sia. Bangga seyh.
  • Makanan dekat Kedah ni semuanya murah-murah. Tapi bila dah murah sangat tu, terasa mahal pulak bila taim-taim elaun baru masuk, pihak kantin naikkan sikit harga makanan jadi RM3.50 untuk nasik putih + sayur sikit + ayam goreng + teh ais. Wahaha mahal kot tu!
Hohoho ni assignment masa semester 2 foundation, buat catan flora. Saya buat bunga lily warna merah tu. Dah jual kat sorang lecturer, En. Azizi. Rasa sayang pulak jual painting pertama ni. Wuwuu....


Pahit
  • Bila kumpulan saya kena jumpa Pengarah & Timbalan Pengarah untuk setelkan masalah kumpulan kitorang. Hohoho tak pernah-pernah lagi satu kumpulan kena mengadap Pengarah & Timbalan. Tapi sekarang masalah tu dah setel lah, hopefully.
  • Sejak masuk IPG, kena serangan gastric bertalu-talu setiap awal sem. Sampai sekali tu kena ward 3 hari kot tak ingat lah.
  • Dah takde dah pengalaman pahit. ceq tak buleh nk recall la...

Ekceli tak banyak pon pengalaman pahit selama kat sini. Alaa gadoh-gadoh dengan girlfriends tu biasa la. Kawan mana yang tak gadoh? XOXO gossip girls.... Plus belajar dekat IPG ni kurang stress. Even stress pon pandai-pandai la bawak diri. 

Ni masa pertandingan pidato Kemerdekaan yang kumpulan kami anjurkan


OK. Tentang perubahan yang saya inginkan dalam sistem pendidikan negara kita ni, hurm rasanya sistem tu dah elok. Sebab sistem pendidikan kita bertunjangkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang mana memang holistik dari setiap segi. Cuma yang perlu diperbaiki sekarang ini ialah individu yang berada di bawah sistem pendidikan itu sendiri iaitu Kementerian Pelajaran, Pihak sekolah, cikgu-cikgu dan semua yang bergelar pendidiklah. Kena tanamkan azam dalam diri untuk mengubah cara pemikiran masyarakat kita sekarang bermula dari kanak-kanaklah. So, takdelah budak-budak ni bila dah besar nanti jadi doktor jual surat MC, jadi polis makan rasuah, jadi engineer buat bangunan mudah runtuh, jadi akauntan makan duit haram ataupun jadi cikgu cabul murid sendiri. Maksudnya, janganlah intelek je tinggi, tapi sivik tak dak.

cantik tak kad matrix saya??

Nota terselit: Kepada mana-mana KSAHan dan tak ksah la dari mana-mana IPG pon yang ada blog, bolehlah marketkan diri sendiri melalui Blog Pilihan Malaysia dalam segmen Sahabat Blogger : Pelajar IPG/Maktab Perguruan. Uolss yang dari IPT boleh join jugak =)

Sunday, January 9, 2011

Apa pula rancangan Freemason utk AJL sekarang?


Haha tak de kena mengena dengan tajuk. 
And I bet, betul cakap mamat tu.
Bagi aku pulak, aku tak heran pon AJL tu, sebab aku dah tak setaksub dulu bila dapat tengok TV. Bukan saja AJL, cerita lain pon aku dah jarang tengok. Got tons of better things to do then wasting it on some TV's crap. And Freemason's crap too. Hehe tiba-tiba.

Saturday, January 8, 2011

Awak tu kecik lagi tau tak?

Assalamualaikum.

Anda pernah tak alami pengalaman berhadapan dengan budak kecik yang terasa dirinya dewasa? Maksud aku budak bajet dewasa yang buatkan korang rasa menyampah pulak. 

Al-contohnya; Sorang budak kecik terasa diri fotografer yang ketor kepala nak beli DSLR sedangkan sekolah pon pakai kain blue black lagi. Tak pon budak 16 tahun yang suka buat hairflips terasa dirinya kacak asyik nak buat video clip dengan awek-awek hot je. Euuww puhleess la.

Oh ya, mungkin juga seorang budak sekolah rendah yang terlampau genius dalam berpok-pek-pok-pek dan terasa diri dia lagi pandai dari orang BESAR lain dengan slambernya nasihat orang benda yang orang dah tahu. Ada sekali tu kan, budak bajet dewasa ni cetuskan ayat yang sangat "dewasa" hampir membuatkan aku muntah. Cam ni ceritanya, aku duduk satu meja dengan budak ni, kamera dekat tangan aku, aku saje la nak tangkap gambar budak ni tengah syok nyanyi sengsorang untuk dijadikan bahan lulz (jangan ikut perangai aku). Aku pon tangkap gambar dia, erkkk rupa-rupanya dia perasan pulak dah. Alamak kantoi. Lepas tu nak tahu apa dia cakap? "Don't take my picture, it's my privacy." (dengan muka terasa diva). Hati aku berkata, "Wwwhat???" *speechless* Tapi aku jawab jugak, aku cakap "So what??" *evil grin*

Haissshhh aku rasa bebudak sekarang ni dah terlampau "genius" sampai dah jadi tahap kurang ajar pulak kadang-kadang tu sebab dia rasa dia lagi pandai dari orang dewasa. Heyy ingat rumah ko sorang je ke ada channel TV IQ ha?? Rumah aku pon ada, cuma aku pandai dari ko sebab tu aku tak perlu layan channel tu. Tsk!


 
Ini tak pe =)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...