Saturday, October 29, 2011

Entri untuk Safwan Hensem

Assalamualaikum.

Aku tak tahu pasal ape tapi aku baru je lepas pakai blusher kat pipi. Dan aku tak mandi lagi. Mungkin sebab aku tengah tengok video Kim Jong Kook nyanyi, dan aku rasa aku perlu pakai blusher supaya manalah tau kalau dia nampak aku dari sana, so biarlah muka aku semiak la sikit. wtf??

Ekceli, hadirnya entri kali ni sebab aku nak jawab tag dari Safwan Mahzin (malas nak link nama ko la wan, nama sape2 pon aku malas nak link =P ) Disebabkan tak selalu kena tag macam ni so aku macam rajinlah jugak nak menjawab soalan tag macam ni *berapa banyak macam daaaaaaaaa*. 


11 perkara tentang aku
  1. Aku dilahirkan pada 27 Disember 1990. Berbintang kude dan zodiak capricorn (kamben). 
  2. Aku suka makan ayam. Mak dengan abah aku dengar perkataan ayam je dah polak, tapi anaknye tak bosan2 makan ayam. 
  3. Aku suka menyanyi karaoke, suka berlakon, suka menari dan aku teringin sangat nak belajar menari kalau dapat peluang.
  4. Short tempered. Aku senang marah tapi aku cepat cool down. Aku tak simpan dendam dengan orang lama2. Dan sekarang aku cuba belajar jadi seorang yg lebih jujur dengan perasaan aku dan aku nak luahkan je kalau aku tak puas hati (dengan cara yg betulah =) )
  5. Aku ni pemalu orangnya. Tapi aku cuba overcome rasa malu tu dengan buat2 tak malu. So, bila aku cakap kat orang yang aku ni pemalu orang tak percaya. 
  6. I'm ambitious and competitive. Kalau aku suka satu benda tu, aku akan belajar sampai dapat. Tapi kalau aku tak suka, lain pulak jadinya. 
  7. Aku seorang yang pentingkan friendship. Aku tak boleh hidup tanpa kawan.
  8. Aku jugak seorang yang pentingkan family. Aku sangat bergantung kepada family aku. Heeee 
  9. Aku hormat pada orang yang hormat aku. I can be mean if u want me to.
  10. Suka berangan. Macam2 benda aku angankan, tapi tak tahu la boleh capai ke tidak. 
  11. Mood aku memainkan peranan besar dlm perkara yang aku buat, kalau mood aku baik, semuanya cemerlang je, kalau sebaliknya memang fail la. Susah aku nak explain tapi itulah dianya =P

Soalan2 dari Safwan
  1. Nama Penuh - Fatimah Munirah binti Ahmad
  2. Tinggi berapa - 170 cm 
  3. Suka blog yang macam mana - I like people who blog about...
    • Isu semasa
    • Ilmu agama
    • Pengalaman tinggal di luar negara
    • Fesyen
    • Politics
    • Sarkastik
    • Blog shop
    • Celebrities 
    • Foods 
    • Perkara2 yang tak pernah diketahui
    • Serta, blog tu mestilah ada layout yg kemas, keterbacaan yang jelas, takde pop-up2 window yang nak mintak penyepak, enable fungsi right click to open link in new tab!, penulisan yang menarik tak macam blog aku ni, dan fun to read itu sahaja. 
  4. Apa pandangan korang terhadap aku - Safwan bagi aku, dia ni seorang yang... (jeng jeng mesti ko tak sabar nak bacakan Wan)
    • Straight atau lurus. Tapi tak berapa nak lurus la kekadang tu, macam sengaja buat tak paham pon ada. Hehehe. 
    • Baik. Senang nak di suruh sarah. Boleh jadi orang gaji yang cemerlang kan, wan? hehe. 
    • Fun to be with. Dia suka bersembang, so kalau lepak dengan dia takde la rasa boring sebab aku ni bukannye ramah mesra dan suka bersembang sangat. Kadang2 tu terlampau "ramah" pulakkan? Hehehe
    • Annoying. Perangai dia yang tak matang tu kadang2 bikin hati ini panas aje. Tapi tak kisah la sangat sebab dah biasa dengan perangai dia tu, so jangan la ambik hati kalau aku "ter"hangin kadang2 tu ek.
    • Secretive. Kan2? Aku rasa macam aku dah kenal sangat dengan ko, tapi sebenarnya banyak lagi benda pasal ko yang aku tak tahu. 
  5. Nak aku buat header untuk blog korang tak? - Yewww. Soalan ape kah ni? Soalan mintak puji ka?? Hahah tak pe lah trimas aje, header aku dah cukup lawa.. Ngeeee
  6. Pandai memasak tak? - Tak. Cuma pandai masak nasik, jerang air, goreng telur, masak megi, goreng ayam dan juadah yang aku suka makan je. 
  7. Selalu kalau cuti bangun pukul berapa? - Hurmmm... Perlu kah soalan ini? Mesti hg dah takde modal nak tanya ape kan? Bangun pukul 11 pagi lah. Kadang2 boleh lanjut lagi ke pukul 1 tengah hari. Sekian. 
  8. Pernah datang Pdg. Besar? - Daaa. Mestilah pernah. Kawan kite si Sfwn Mhzn kan duta Pdg Besor, mesti la pernah pergi.
  9. Komen tentang blog aku - Well. Blog ni pada mulanya aku yang buatkan cantik2, siap buatkan chatbox lagi jangan main2. Lepas tu, tuannya iaitu Sfwn dengan sampai hatinya tukar layout lain. Penat je tau. Jadi, tak mau puji ah blog hg. Wekk
  10. Ape perasaan bila kena tag? - Biasa je. Ape ko nak aku terloncat2 kegembiraan ke??
  11. Lagu favorite korang? - Buat masa ni aku suka lagu One Man - Kim Jong Kook *hensem dan cool* and lagu baru pulak hurmm Stereo Hearts  - Gym Class Heroes.

Baik. Puas hati dah Safwan Mahzin? Aku jawab dengan penuh jujur dan ikhlas. Btw aku malas nak tag orang lain sebab aku bukannya rapat pon dengan followers aku ahaha. Ok Bai~

Spartaaaaaaaa!!

4 comments:

safwanmahzin said...

TQ MOON...BFF 4 EVER

liyana said...

nk jugak letak kim jong kook..huhu

amy azuha said...

hehe lawak la yg explanation pasai wan tue..gelak guling2 bace..moon cpat la update sal the sims hehe

Anonymous said...

Safwan - heheh u're wc ma friend.

liyana - mewstiarhhhhh...xpernah lagi bubuh gambar bf kite ni dlm blog..1st time tau..hehehe

Amy - ok amieee..nnt moon apdet bila tenet laju k! hahaha

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...