Saturday, July 30, 2011

Bagaimana gadis beragama Islam memalukan agamanya sendiri.

Assalamualaikum. 

Tadi, aku terjumpa dekat FB satu link post dari group Rosmah Mansor, sila minta maaf pada umat Islam via Sozcyili.blogspot.com. Entry dekat blog tu pasal gambar dekat bawah ni, sila scroll bawah sekarang.


Astagfirullah... Takde ke secubit rasa malu wahai kaum Hawa woiii... Aku rasa macam tak percaya pon ada. Sebab ada jugak perempuan MELAYU ISLAM siap BERTUDUNG nak pergiperjumpaan lesbian ni. Yang lagi tak boleh blah ialah...


Kau nak mintak maaf dekat sape? Ayat kau tu sesuai la kalau kau post dekat wall event "Program Ambang Ramadhan" ke. Ini? Kau rasa menyesal sebab tak dapat attend perjumpaan bodoh dan dah tentunya berdosa pulak tu. 

Macam yang aku baca dekat blog Sozcyili tu, tak pasti sama ada event ni betul2 atau pun sesetengah individu sengaja mereka event ni untuk mengaibkan atau men-troll sesiapa. Aku tak kisah la kalau bangsa lain nak buat event macam ni. Yang aku tak boleh terimanya, orang Islam kita sendiri tanpa rasa malu click button I'm Attending tu dengan niat memang dia nak attend event ni. 

*Long sigh....* 

Lagi 2 hari kita nak masuk bulan Ramadhan. Cuba la sucikan sikit hati tu. Buat perkara2 yang baik. 

Aku bukan nak memburukkan mereka2 ni dan anggap diri aku baik, tapi aku rasa macam mereka ni dah terlampau berani nak memburukkan Islam, agama mereka sendiri. OK lah, aku malas nak blabbing panjang pasal hal ni, nanti aku jadi emo. Jadi, korang pikirlah mana yang baik @ buruk. Aku cuma nak berkongsi pandangan je. 

Sempena nak menyambut Ramadhan kali ni, jom kita layan video ni. Biar pun pendek, tapi mesej yang disampaikan sangat la bermakna.  Moga kita boleh buka hati untuk jadi insan yang lebih baik di sisi Allah dan jadikan bulan Ramadhan ini sebagai titik tolak perubahan kita tu. Amin. 


Thursday, July 28, 2011

Cover The Lazy Song yang paling cute

This is seriously cute! Sebelum ni tengok orang cover lagu Lazy Song ni version orang dewasa. Tapi kali ni version kanak2 rebena la pulak. Hahaha layan jangan tak layan.



Can't stop smiling watching this. Tapi, lagu ni agak tak sesuai la bila kanak2 rebena yang nyanyi kan. Lagi2 part "Have some really nice girls, and some really nice TOOOOTTTTTTT" tu. 

But it's OK. They doing it just for fun. Dan aku tak puas hati betul la kanak2 seusia diorang ni dah boleh buat pergerakan macam orang dewasa. Psikomotor diorang sangat bagus. I loikeeee.

K la bai!

Wednesday, July 27, 2011

Majalah IPG KSAH pertama selepas 18 tahun.

Assalamualaikum.

Tahun ini Exco JPP yg aku pon tak ingat nama ape tah akan menerbitkan majalah IPG KSAH pada tahun ni. Mulut aku tak henti2 tersalah sebut majalah sekolah instead of majalah IPG. Standard ar, dah terbiasa sebut majalah sekolah hehe.

Agak berbeza dengan majalah maktab pada 1993 dolu yg macam majalah sekolah, kali ni kami nak ambik pendekatan yg agak moden la sikit dari segi editing, layout, content dan macam2 lagi lah. 

Jadi, kami geng2 Pendidikan Seni Visual ni telah diberi tanggungjawab sebagai penyunting, editor dan jurugambar untuk  majalah ini. Berbekalkan sedikit pengalaman menggunakan software Photoshop dan Corel serta knowledge pasal photography, kami pon menerima la tugas tu. Aku pulak telah dilantik sebagai penyunting bagi majalah ini. Wait, penyunting tu apa tugas dia hah? Ahhh layankan aje la hahaha....


So ini lah barisan jawatangilekuasa yang akan bersama2 menjayakan Majalah IPG KSAH sesi 2010/2011 ni. Harap2 dapat hasilkan yang terbaik la kan, since dah 18 tahun IPG KSAH takde majalah sendiri. Kesian. 

K Bai!

Tuesday, July 26, 2011

Aku rabun.

Assalamualaikum. 

Dalam family aku yang pakai spek mata cumalah mak dan abah aku je. Adik beradik aku 7 orang, semua tak pakai spek mata termasuk la aku. Maksudnye family aku ni mempunyai penglihatan yang agak baik jugak lah. 

Tapi malangnye, semalam aku pergi check mata then aku dapat tau yang aku ni rabun. Dan memanglah aku rabun sebab terlampau suka tengok screen komputer lama2. Juga silau aku tinggi kerana terpaksa memandang muka Safwan Mahzin tiap2 hari. Ok gurau je Wan ek hihik. 

Nak tak nak terpaksa jugak buat spek mata sebab tak mau power aku naik lagi. Ahhhhh aku tak boleh terima kenyataan yang aku kena pakai spek mata. And it cost RM258 total! Tapi tak pe lah, comel gak aku pakai spek. Nampak ilmiah sikit krohkrohkroh.....


Eh wan, cover sikit silau boleh? hehehe joking.

Thursday, July 21, 2011

Memo Kolej Kediaman IPG KSAH paling ntah pape.....



Yooooohhh.... Tajuk memo tu tak payah nak sarkastik sangat boleh? Siap ada tuan punya kucing lagi...Lepas tu siap mention lagi "kucing kesayangan anda". Perlu kewwwww??? Hahahaha... 

Ekceli kucing2 dekat Blok E tu tak bertuan pon. Kami kasi makan je sebab kesian nengoknye ibu beranak kecik tu. Mesti pihak asrama paham punye kan, sebab tu sampai sekarang dah 21 Julai tapi takde tindakan pape pon dikenakan pada kucing2 yang comel dan suka kencing dan berak merata tu. 

Aku paham ramai yang rasa tak selesa sebab kucing2 tu suka berak, kecing, makan ikan atas kasut orang tapi nak buat macam mana kan, kita ni berkongsi hidup dengan makhluk2 lain jugak. Aku sendiri pon geli sebab kucing2 tu asyik kencing berak depan pintu bilik aku, tapi bersabor je lah kan. 

Kalau ye pon pihak kolej kediaman nak pindahkan kucing2 tu, silalah, sebab untuk kebaikan semua orang jugak. Tapi, kalau nak pindah, biarlah pindah kat tempat yang banyak sikit sumber makanannye so takde la perut kucing2 tu kembung dengan cacing je.

K la babai!

Sunday, July 3, 2011

Gluteus dan peha ku yang kesakitan

Sempena sambutan Hari Guru IPG KSAH pada 28 Jun 2011 yang lepas, Kelab Siswa Budaya Teater IPG KSAH telah membuat persembahan pentomin (lakonan tanpa suara) yang didedikasikan khas buat guru2 di luar sana. Pentomin ni pasal pendidikan di Malaysia dari zaman sebelum merdeka dan selepas merdeka.

Walaupun ambik masa seminggu je untuk berlatih, alhamdullilah semuanya berjalan lancar. Even, skrip asal yang kitorang dapat tu sangat membosankan dan terlampau banyak ayat karangan, namun kitorg berjaya mewarna warnikan pentomin tu.

Watak aku? Mula2 aku nak jadi nelayan, so aku act la tebar jala macam betul2. Lepas tu, direktor tak bagi sebab ganas sangat perempuan jadi nelayan. So, aku nak jadi pemburu pulak dan aku act lah macam tengah menembak. OK tak sesuai jugak perempuan keje nembak burung. Last2 sekali aku pilih petani aje sebab nak jadi mak bidan atau anak yang innocent tak sesuai dengan perawakan aku yang seganas boye di lautan ni.

Watak kedua pulak, aku jadi budak sekolah zaman R. Azmi. Hahaha teringat gambar makcik2 aku masa sekolah dulu pakai tudung lipat sampai atas kepala sebab nak bentukkan tudung jadi bulat pastu tudung tu diikat macam riben dekat bawah dagu alolololo comel je. Eh, makcik2 aku dulu pakai tudung ke pergi sekolah?

Mode R. Azmi = ON

****

Aku tak suka bersukan. Tapi, minggu ni asyik kena bersukan je. Sebenarnya dari minggu lepas dah. Mula2 kena main badminton yang Jabatan PSV anjurkan sekadar untuk "merapatkan silaturahim". Lepas tu main Futsal Piala Ketua Jabatan anjuran Jabatan PSV jugak. Lepas futsal ada larian 1 Murid 1 Sukan. Yang ni semua sekolah kat Malaysia kena participate. Nasib baik la lari dalam kawasan kampus je hahaha kalau tak konfem aku berlari atas katil je. Lepas lari kena main bola baling pulak sebab group aku dah diberi game tu oleh pihak penganjur, so terima je la. Hadooiii takde ke game lain yang korang boleh bagi? 

Aku lagi prefer game yang tak memerlukan aku keluarkan peluh kesayangan aku ni. Main bowling ke, memanah ke, karaoke ke, bola tampar ke, chess ke. Ok bukan chess. Aku bodoh main chess. Aku lagi lagi lagi prefer kalau tak main langsung. Sebab kalau badan yang tak fit ni tiba2 nak di-fit-kan, sakit2 dan sengal2 badan la yang akan terjadi. Macam sekarang. Peha, bontot, tangan, semua sakit. Sakit baii nak daki tangga. Nasib baik bilik aku kat tingkat satu je. 



OK BAI!

Friday, July 1, 2011

Sucks tetap sucks

Tak menyeramkan. Langsung.

Aku pon tak tau kenapa aku boleh tergerak hati nk menonton filem ni. Antara sebabnye ialah
  1. Filem Melayu, pengarah tak glemer = LAME 
  2. Pelakonnya tah sape tah. Tak femes. Ada dua tiga kerat yang tak reti belakon. Sangat irritating bila tengok diorang belakon. Lagi2 watak sorang perempuan tu sangat2 eyesore tengok dia asyik dengan kameranye tapi tangkap gambar pon tak reti. Lepas tu buat2 muka lampi tak faham orang sembang apa. Tension aku tengok lagi2 sebab she reminds me of someone yang mmg aku tak in sangat. 
  3. Perlu ke Uncle Seekers tu menyibuk jugak dan bajet cool dan bajet terrar dan bajet pro dan segala-gala yang bajet lah. Suruh dia belakon dalam filem ni takkan menaikkan rating lah weiiiii. Cukup2 la penipuan dalam rancangan Seekers dia tu. 
  4. Tolong jangan kata ni filem ni adalah real story. Aku tengok muka uncle seekers tu pon aku dah tau filem ni bukan betul pon.   
  5. Please la. Ada ke mana2 university kat M'sia ni tawarkan course Paranormal Study? Assignmentnya, kau kena shoot hantu kat mana2 rumah atau istana terbiar. Kalau tak jumpa hantu, grade exam kau jatuh. Disebabkan kau taknak kena repeat paper, kau pon cari la jugak hantu kat istana tu. Last2 kau pulak yang kena bunuh ngan "penunggu" istana tu. Tak ke buang masa je kau amek course tu. Sakit je dapat.
  6. Jalan cerita lembab. Dari awal sampai habis takde hantu yang keluar. Tak habis2 scene pintu tingkap tutup sendiri, scene pompuan gedik lari2 jerit2. Baca ayat Kursi sekali pon aku tak dengar.   
Not worth to watch.

Aku ada terbaca yang Penunggu Istana ni memakan kos RM600k nak membuatnye. Persoalannya di sini, berbaloikah?? Jalan ceritanya pulak seakan2 filem The Blair Witch Project (1999). Jumlah kutipan TBWP ialah USD 248 Juta (worldwide) dan memakan hanya USD 500k je sebagai modal. Masa tu memang la orang rasa filem itu real sebab takde sape pernah terpikirkan idea nak buat filem macam tu. Nak dibandingkan dengan sekarang, orang semua dah tau dah pasal konsep filem yang macam nih.

Dah tu, ada pulak yang percaya cite ni betul. Kalau ye lah filem ni betul, menyiarkan filem ni untuk tontonan umum pon dah dikira mengaibkan si mati. Kau rasa keluarga orang yang kononnya kena bunuh dalam filem ni akan bagi ke orang tonton anak dia kena bunuh? Eh, K-mon arrrrr people. BTW, ada je aku jumpa FB diorang tu. Hahaha.

Pendapat aku, daripada korang membazir 82 minit korang menonton filem ni, baik korang nonton filem Seru. Sebab konsepnya lebih kurang dengan filem P.Istana yang tah pape tu cuma korang takde lah sampai nak memaki hamun termuntah darah nonton filem Seru ni.

Babak dalam Seru. Darah kaler pink. 

Nota terselit: rata2 filem seram melayu memang sucks dan tak wajar ditonton especially bila yang belakonnya ialah uncle seekers. Tunggu saja keluar di Astro Ria waktu Raya nanti dan jangan bazirkan RM9.00 utk beli filem2 ni dekat Astro First. TQ.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...