Thursday, April 21, 2011

Assalamualaikum, 

Dikesempatan ini saya, Rogayah Suparman ingin mengucapkan takziah kepada rakan saya yang ayu iaitu Ekin di atas kehilangan harta kesayangannya baru-baru tadi. Purse yang diberi nama Kulit Encik Tan milik Ekin telah disahkan hilang dan dipercayai telah dirembat di kafe maktab tengah hari tadi. Menurut mangsa, pursenya itu mengandungi banyak dokumen2 penting seperti I/C, kad bank, kad TESCO, kad Each-a-Cup serta lesen memandu kelas D dan B2 (L). Mangsa telah membuat laporan polisi di balai polis (bersama saya) petang tadi dengan menaiki nuat-nuat kepunyaan rakannya iaitu Ainun.

Apa yang lebih mengharukan mangsa ialah sebelum kejadian tersebut, henfonnya pula rosak dan tak mahu berfungsi. Henfonnya merajuk dengan si mangsa kerana si mangsa telah menggores perasaannya dengan mengatakan mahu men-trade-in-nya dengan henfon Nokia N8 yang mana tidak secanggih Nokia E7 yang mempunyai papan QWERTY (sila tengok keyboard anda skrg dan tengok butang Q,W,E,R,T,Y ni sederet rupa-rupanya!!! OK fine...aku baru tau nama qwerty tu datang dari 5 huruf pertama dekat keyboard..fine fine...)

Sekarang, Ekin secara automatiknya telah menjadi minah indon. Dia tidak mempunyai henfon, wallet pula telah dirembat orang dan malam ni dia kena merempat dekat bilik aku sebab room-mate dia Yana balik kampung dan dia takut nak tidur sorang2 huhuhu ciannye dia.......Oh kejap, dia tidak boleh menjadi indon sepenuhnya kerana dia masih punya MUNCHY (motor kesayangannya) serta rakan-rakan yang sedia membantu jika polis ingin menangkapnya (sbb ingat dia adalah pendatang haram) dengan memberitahu bahawa Asikin adalah kawan saya dan dia bukan orang indon, tok.

So Ekin, janganlah bersedih k. Setiap yang terjadi tu ada hikmahnya (cewah nasihat orang baekkk punyaaa). Even pun awak indon saya tetap akan kawan dengan awak. Huahuahua...Ok2 enough! Nanti esok kita buat lah apa yang patut kalau Kulit Encik Tan tu masih tak dijumpai. 

Lepas tu aku dah taktau nak taip apa dan sekian, terima kasih!!!

5 comments:

yaya said...

Kau sedar tentang QWERTY sebab kau tulis dia kan? kan? hohoho. Okay, terima kasih kerana membuat entry untuk saya. terharu rasa. Lepas ni, tak dapatlah panggil kulit encik tan dah. wuuuu rindu dia nanti. huwaaaa... nak kulit encik tan jugak.takmo purse lain... huk3.

amy azuha said...

kesian giler kat kawan kita tue..ami kan pernah kena dulu..s0, pernah rasa cam ekin kena ney..mintak2 dpat kulit en tan balik hehe

liyana said...

hehehhe..lawak tp sian la woii...
cian ekin...kepada si pencuri! memang tebako la tangan tu..

Anonymous said...

moralnya disini jgnlah beli wallet yg menyerupai kulit orang. nnt susah nak cam tu tangan orang ke purse. kah kah kah...

liyana said...

woit...cik tan tak bersalah dalam hal ni...wuuu......sebelum exam nnti pakat ramai2 mintak maaf sbb slame ni mengutuk sir di belakang mahupun di depan sir..hahahaha

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...