Friday, April 29, 2011

Ini pendapat aku.

Mengucap mengucap...

Makin lama makin menyampah pulak dengan sifat bangga diri kau tu.

Orang ada benda stail, kau pon nak ada jugak.

Tolonglah. Jadilah diri sendiri.

Bila kau kemaruk sangat nak jadi orang lain, kau takkan jadi punya.

Orang akan puji kau depan-depan je. Belakang kau? Hmmphh.

Saturday, April 23, 2011

Situasi2 di bilik air (hostel) yang bikin semua orang panas hati.

Saya ada satu soalan. Anda dah mandi ke belum? Saya belum mandi lagi sebab dari tadi saya tunggu bilik air tapi orang tak keluar2. Begitu hangen rasa diri ini. Tapi apa boleh buat, bukan bilik air saya. Kalau bilik air saya lama dah saya tutup lampu bilik air tu biar dia takut lalu dia terus keluar bilik air tanpa sempat menyarung towel. Hah padan muka.

Biasalah, duduk dekat hostel ni memang banyak kena bersabar. Lebih2 lagi perkara yang berkaitan dengan penggunaan bilik air fuhh ayat macam karangan. Aku memang tak boleh bab2 bilik air ni. Memang banyak peristiwa dah. Biasalah, orang yang hygenic macam aku ni memang particular sikit pasal bilik air ni. Hehehe hah pape je lah. Jadi sekarang, aku nak senaraikan 5 situasi di bilik air hostel yang bikin aku panas hati.


1. Basuh tuala wanita dalam bilik air. 

Kau mandi dekat bilik air second. Dia pulak mandi bilik air 1st. Tengah syok2 kau syampu2 tetiba kau terhidu bau hanyir yang familiar. OMG darah dari tuala wanita sedang mengalir dari b.air 1st melalui bilik air kau. Bau jangan cerita ar. Sakit pulak mata memandang. Apa ke bongok sangat kamu ni boleh pulak basuh pad dalam bilik air hah??? Kot ye pon basuh la dalam bilik air no.3 (sebab lubang dekat b.air no.3) kalau dah malas sangat. Ni tak pasal aku kena hidu bau hanyir darah period kau. Yang aku punya pon aku geli. *)^($##()$!! Tahap kesabaran teruji = 20%


2. Sabun & softener kena pau. Banyak pulak tu. 

Kau basuh kain dalam bilik air. Tapi kau terlupa nak bawak balik bilik softener sebab kau terlupa lah. Kau punyalah sayang softener tu sebab mahal dan bau dia macam perfume. Downy Passion kot, kena lah pakai sep2. Tiba2 kau terbau bau softener kesayangan kau dekat bilik depan bilik kau. Kau pun pelik ah sebab selama ni jiran kau tu tak pernah pakai softener bau tu (sekali basuh baju pakai softener banyak gila sebab tu sampai boleh ingat baunye). Dengan rasa curiga di hati pun kau pergi la check dekat bilik air mana tau dia pakai softener kau ke. Sampai2 je bilik air, DARN!! kuat gila bau DOWNY PASSION!!! Check2 botol dah tinggal sikit. Kurang ajar betul pau aku punya. Tak de kemaluan ke hah???? Agak2 ar nak pau softener jiran depan bilik. BOZO. Tahap kesabaran teruji = 50%


3. Body wash kau dipau untuk kegunaan membasuh tangan selepas makan nasik dengan sambal belacan. 

Semua orang pon letak bekas mandi dalam bilik air sebab malas nak mengokot ke b.air setiap kali nak mandi. Kau pun buat ar macam tu. Bekas mandi kau pulak baru direfill dengan Lux Soft Kiss 700ml botol yang boleh picit tu. Tak lama lepas tu tak sampai sebulan kau picit2 dah takmau keluar. Dah HABIS. Siot. Baru je beli takkan dah habis?? Rupa2nya selepas menjalankan OPS Sikap, barulah kau tahu yang orang buat basuh tangan sabun Lux kau. Muka tak malu. (Aku kekadang buat jugak benda ni, tapi aku pau sabun Yana je lepas tu aku bagitau dia hehehe). Disebabkan kau dah bengang sangat, kau pun tukarlah sabun botol kecik je. Hah padan muka, takpayah dah pau sabun aku, pau sabun orang lain pulak. Tahap kesabaran tercabar = 60%


4. Bilik air yang kau dah aim kena rembat tanpa belas kasihan. Damn!

Kau tengah syok2 gosok gigi & cuci muka dekat sinki sambil tunggu bilik air yang kau dah aim tadi free. Bila orang dalam bilik air yang kau aim dah keluar kau pun cepat2 la cuci facial wash dekat muka dan nak masuk bilik air. tu. Lepas2 basuh je muka, pandang je bilik air tadi tengok2 pintu dah kunci balik. Shiat! Ada orang yang datang ntah dari mana potong line. Tahap kesabaran tercabar = 75%


5. Mandi lama tak hengat orang. 

Jam menunjukkan pukul 7.15 pagi. Semua orang tengah rushing2 mandi nak siap ke kelas pukul 8. Disebabkan bilik air kau selalu je kena rembat, kau pun letaklah bekas mandi kau depan pintu bilik air lepas tu kau pun tercangaklah tunggu depan pintu bilik air tu sampai orang keluar. Sambil garu2 badan tengok2 lantai tengok2 siling kau pun tunggu la dengan harapan orang tu akan keluar tak lama lagi. Tunggu punya tunggu, bilik air kiri & kanan dah tukar orang dekat 2 kali, tapi bilik air yang kau cop tadi tak keluar2 orangnya. Damn! sekali lagi. Dalam hati dah memaki hamun tuhan saja yang tau. "WOIII agak2 ar mandi lama gila, orang nak cepat ni ko boleh buat jamban tu macam ada tab mandi je dalam tu URGHHHHH (&)%F**K(&(#$". Tak pasal2 hari tu ko terlambat pulak pergi kelas. Tahap kesabaran tercabar = 95%


Amacam? Agak2 rasa macam nak keluar maktab tak rasanya?? Haha itu over. So, fikir2kanlah. Kita ni hidup berkongsi dengan orang lain. Duduk pulak dekat maktab perguruan ni dah konfem lah semua benda pon Hak Kerajaan. Jadi janganlah buat macam bilik air hostel tu macam bilik air rumah kita pulak sampai boleh feel macam layan jacuzzi mandi berjam2 (see? berapa banyak 'macam' dah aku taip nampak sangat takde ideanya). Hingat sikit orang lain ye. Takkan la sampai nak kena letak notis; 

BASUH TUALA WANITA DALAM JAMBAN, LEPAS TU TOLONG BALUT ELOK2 SO TAKDE LA TERSUMBAT TONG SAMPAH NANTI. 

JIKA INGIN MENGE-PAU SOFTENER ORANG, PASTIKAN ORANG ITU BUKAN JIRAN DIHADAPAN BILIK ANDA. TQ.

SAYA TAK BELI BODY WASH NI DENGAN DUIT AWAK, JADI TOLONG JANGAN PAU.

SILA AMBIL NO. GILIRAN DAHULU SEBELUM MASUK BILIK AIR.


TOLONG JANGAN MANDI LAMA SANGAT NI BUKAN BILIK AIR PERSENDIRIAN.



Sekian, terima kasih!!




Thursday, April 21, 2011

Assalamualaikum, 

Dikesempatan ini saya, Rogayah Suparman ingin mengucapkan takziah kepada rakan saya yang ayu iaitu Ekin di atas kehilangan harta kesayangannya baru-baru tadi. Purse yang diberi nama Kulit Encik Tan milik Ekin telah disahkan hilang dan dipercayai telah dirembat di kafe maktab tengah hari tadi. Menurut mangsa, pursenya itu mengandungi banyak dokumen2 penting seperti I/C, kad bank, kad TESCO, kad Each-a-Cup serta lesen memandu kelas D dan B2 (L). Mangsa telah membuat laporan polisi di balai polis (bersama saya) petang tadi dengan menaiki nuat-nuat kepunyaan rakannya iaitu Ainun.

Apa yang lebih mengharukan mangsa ialah sebelum kejadian tersebut, henfonnya pula rosak dan tak mahu berfungsi. Henfonnya merajuk dengan si mangsa kerana si mangsa telah menggores perasaannya dengan mengatakan mahu men-trade-in-nya dengan henfon Nokia N8 yang mana tidak secanggih Nokia E7 yang mempunyai papan QWERTY (sila tengok keyboard anda skrg dan tengok butang Q,W,E,R,T,Y ni sederet rupa-rupanya!!! OK fine...aku baru tau nama qwerty tu datang dari 5 huruf pertama dekat keyboard..fine fine...)

Sekarang, Ekin secara automatiknya telah menjadi minah indon. Dia tidak mempunyai henfon, wallet pula telah dirembat orang dan malam ni dia kena merempat dekat bilik aku sebab room-mate dia Yana balik kampung dan dia takut nak tidur sorang2 huhuhu ciannye dia.......Oh kejap, dia tidak boleh menjadi indon sepenuhnya kerana dia masih punya MUNCHY (motor kesayangannya) serta rakan-rakan yang sedia membantu jika polis ingin menangkapnya (sbb ingat dia adalah pendatang haram) dengan memberitahu bahawa Asikin adalah kawan saya dan dia bukan orang indon, tok.

So Ekin, janganlah bersedih k. Setiap yang terjadi tu ada hikmahnya (cewah nasihat orang baekkk punyaaa). Even pun awak indon saya tetap akan kawan dengan awak. Huahuahua...Ok2 enough! Nanti esok kita buat lah apa yang patut kalau Kulit Encik Tan tu masih tak dijumpai. 

Lepas tu aku dah taktau nak taip apa dan sekian, terima kasih!!!

20 things guys shouldn't ever do to girls.

 


Hehe couldn't agree more. Its true. Girls are sensitive and don't ever play with our feelings cos karma is everywhere babayh. =)


Sunday, April 17, 2011

Kata-kata ialah senjata yang paling tajam dalam dunia. Percayalah.

Assalamualaikum! Biar aku mula entri kali ni dengan bagi salam dulu sebelum memaki hamun japgi. 

Aku sebenarnye nak bercerita pasal seorang makcik ni. Bukan makcik aku pon, cousin bapak aku. Maksudnye dia ni dah tua bangka ar. Selama aku hidup, sepanjang 20 tahun ni, aku tak pernah jumpa orang seteruk seorang makcik ni. Ceritanya begini....

Before mak and abah aku pergi umrah 2 minggu lepas, abah aku mintak tolong la kat makcik ni jagakan adik2 aku kat rumah. Ntah pasal apa la bapak aku tiba-tiba nak contact2 ngan makcik ni. Selama ni aku tak pernah kenal sangat pon makcik ni tiba-tiba sehari dua ni dia rapat dengan family aku. Niat abah aku sebab nak merapatkan silaturahim lah tu, tapi masalahnya nak merapatkan silaturahim dengan ORANG YANG SALAH pulak. 

Dia ni ustazah sebenarnya. Ustazah UMNO yang bertauliah lah kononye. Apesal aku nak kaitkan dengan politik lak ni? Dah tu dia asyik pasang TV3, TV1, baca lak UTUSAN M'SIA memanjang. Tak ke orang umno tu??  Hah screw that. So, dia ni pon berat hati la sebenarnya nak tolong kami. Disebabkan dia dah TERjanji dengan abah aku nak tolong tengok-tengokkan adik-adik aku, so terpaksa la tolong jugak.

So, bila mak abah aku takde, kat rumah tinggal adik aku dua orang, abang aku, makcik aku Yong, dengan makcik sux tu je lah. Adik aku yang sorang ni sekolah pendidikan khas (masalah pembelajaran) so dia ni memang la "lain" sikit dari orang normal. Syawal ni mesra terlebih sikit dengan orang. Makcik sux ni macam tak suka la kena bela adik-adik aku ni. Menyusahkan dia je. 

Ada sekali tu, Syawal ni merayau la sebab tension dekat rumah ada makcik sux ni selalu marah2, makcik sux ni kata apa tau. Lebih kurang begini la ayat dia "susah betul nak bela orang gila ni, ada mak bapak tak reti jaga, buat anak reti, jaga tak reti". WTF? Dia panggil adik aku GILA? Sape dia nak panggil anak orang macam tu? Adik aku tu bukannya gila la, u dumbass! Dia special je dari orang lain. Ko ni mmg dasar oldfag paling bangang dalam dunia sebab tak reti beza jenis-jenis manusia yang ada kat dunia ni. Yang ko tau orang jenis macam ko dengan orang gila je yang ada. Banyak kali kot dia panggil adik aku gila. Hati sape tak sakit dengarnye bai. Mengalir air mata mak aku dengar pasal tu. Kalau aku ada la kat rumah masa tu, memang kena da makcik sux tu. Tak kira la sedara ke, tua ke. Aku halau je balik rumah dia. Tolong ar jangan belagak diva sangat!

Lepas tu, ada sekali adik aku yang sorang lagi tak pegi sekolah sebab kepala dia kena timpa ape tah sampai sakit2 kepala. Makcik sux pon tanye la kenapa tak pergi sekolah. Pastu Yong cakap la kepala dia kena timpa benda. Makcik sux tu boleh cakap "hah kenapa tak mampoih terus je?" Duduk pulak dekat rumah ktorang yang tak seberapa ni asyik nak komplen je. Pemegang pintu rumah aku tercabut dia cakap, "pergi umrah ada duit, nak tukar benda ni pon tak boleh ke??" Hadoii sakitnye hati aku dengar....

Haritu ada la sorang lagi makcik ni duduk rumah aku teman Yong. Satu pagi tu makcik ni pening kepala. Makcik sux ni boleh cakap depan semua orang, dia halaunye makcik ni balik rumah sebab takmau menyusahkan dia nanti. Takut la mati ke apa ke. Dia suruh abang aku hantar makcik tu balik rumah. Kesian makcik tu. Memang dasar manusia yang hidup segan mati tak mahulah, dah la duduk rumah orang, dia boleh halau orang keluar dari rumah orang?? Hahhh kan dah bebelit2 aku tulis nih. 

Dia cukup benci dengan adik-adik aku. Apa masalah dia tak tau ah. Maybe dia tu tak pernah beranak, sebab tu tak boleh nak pikir perasaan orang yang ada anak. Dah la suka hina orang lain. Macam tu ke kita boleh panggil ustazah? bertauliah? My ass lah!! Ko ingat ko ada pencen 1k ko boleh hina orang la? ko ingat 1k banyak ke sampai ko nak belagak diva? ko ingat ko pangkat ustazah ko boleh peleceh la mak bapak aku? even mak abah aku bukan ustaz ustazah, tapi aku rasa ilmu diorang lagi banyak dari ko. Ko ingat ilmu agama ko dah cukup ke hah?? kalau dah cukup sangat ilmu tu, ko takkan hina anak orang, mengumpat sana sini.

Aku rasa dia ni dari kecik lagi tak pernah betemu buku dengan ruas. Takde sape nak bagi ceramah kat dia betul2 kot. Belajar je agama tapi masa cikgu ajar subjek akhlak dia buat taik mata kot dalam kelas.

Tuesday, April 12, 2011

Saya orang Perak tapi saya sayang negeri Kedah.

Assalamualaikum !~

Siang tadi dari pukul 8 - 5 petang aku dan classmates semua lepak layan Simposium Peradaban Negeri Kedah yang maktab aku anjurkan. Intipatinya memang sangat berguna lagi lagi bagi anak jati negeri Kedah. Masuk2 je dewan Bukhari, depa pasang lagu Seloka Kedah. Depa punya ulang lagu tu dekat 18 kali aku rasa. Sampai naik tension aku dengaq siap dah boleh hapai lirik lagu dia. Macam ni la lebih kurang lirik dia yang aku hafal...

Mai cek oi mai cek mai
Kita ke negeqhi Kedah
Mai oi bagi qhamai
Jamu nasik kawah

Naik kapai teqhebang
Tuqhun kepala batayh
Makan toksah bimbang
Kami banyak beqhayh

Ikut lebuhqhaya
Teqhuih ke Kayu Hitam
Jaga cek oi jaga
Qheta meneqhu-neqhang
Qheta meneqhu-meneqhang

Heh lepas tu aku pon tak ingat lah sebab panjang benar. Lirik dia memang innocent la macam lagu Mr. Os - Musim Deroyan (Perak punya lagu)

Walaupun aku ni anak jati Peghak, tapi aku rasa bangga sambil meremang-remang bulu roma pulak bagi pihak anak jati negeri Kedah lepas ikut seminar tu. Banyak benda yang aku tak tahu pasal negeri jelapang padi ni yang aku baru tahu lepas dengar pembentangan kertas kerja tadi. Ada la dalam 5 6 7 kertas kerja yang dibentang oleh 5 6 7 orang prof., prof. madya, dr. dan pensyarah yang mengkaji pasal peradaban negeri Kedah nih.

Part2 yang boring hampir membuatkan aku tertidur. Kalau rasa macam dah tak tahan sangat nak tidur, aku pasang mp3 player sebab taknak la kantoi tersengguk, dah la duduk tepi sekali, senang sangat orang nampak pulak nanti. Time2 yang best aku dengarlah dengan penuh rasa ingin tahu. Antara intipatinya adalah pasai sejarah wujudnya negeri Kedah, pasai folklor yang ada dekat Kedah (Mek Mulung), pasai Merong Mahawangsa, pasai arkeologi dekat lembah bujang, pasai pantun2 negeri Kedah dan macam2 lagi lah pasai negeri Kedah yang sejahtera ni.


So, aku baru la tahu yang negeri Kedah ni yang dulunya dipanggil Kedah Tua dah wujud sejak tahun 60 masihi. Lama gila kan? Dekat area Kuala Muda suatu ketika dulu memang terkenal sebagai pusat perdagangan dan persinggahan pedagang2 dari Arab, India & Cina. Lepas tu, muzium arkeologi Lembah Bujang dekat Merbok tu (yang tak pernah aku lawat even dah 3 tahun duduk dekat Sg. Petani) dah jumpa macam2 tinggalan sejarah (yang paling banyak logam lah) dekat area Lembah Bujang tu. Logam2 tu semua dieksport ke negara India, Cina & Arab untuk dibuat pedang. Haaa hebat tak hebat kerajaan diorang masa tu sampai boleh bisnes logam siot.

Agak impressive pulak rasa diri ini. Aku ni memang tak suka langsung belajar sejarah, tapi kali ni aku rasa banyak pulak masa aku yang jaga dari aku tidur. Tahniah diucapkan.

OK last but not least, satu pantun aku nak kongsi bersama. Aku rasa sedih bila baca pantun ni. Ntah la, aku pon tak tau la kenapa sedih. Sedih sebab P. Pinang kena rampas dari Kedah oleh Francis Light kot? Ko memang jahat kapten!! Perampas!! Ok tak mau over.....

Pulau Pinang bandar baharu,
Kapten Light menjadi Raja;
Kalau dikenang masa dahulu,
Jatuh berlinang si air mata.




 
Oh BTW, Liga Super 2011 Perak menang 4-0 lawan Kelantan. Hohoho!! Tahniah2!!

Monday, April 11, 2011

Pemeriksaan kesihatan pertama saya.


Tadi boring boring dekat kelas tiba-tiba Ekin ajak aku pergi buat pemeriksaan kesihatan dekat ruang legar. Aku malas ah sebab poket dah kong tak cukup $$ nak bayor RM15 untuk benda tu. Tapi disebabkan si Ekin kata nak bayorkan dulu, so apa salahnya kan?

Aku macam takut sikit nak buat pemeriksaan kesihatan ni sebab aku takut nanti dia detect aku ada penyakit ke, takut hohhh. Jadi, pakcik eh silap doktor tu pon cek la kitorang dua. Mula2 cek BMI. BMI aku buat pertama kali seumur hidup aku NORMAL muahahaha normal tu. Itu pon sebab berat badan aku dah naik 55kg akibat makan paprik ayam dan ikan keli goreng sambal dekat kantin terlebih dose. Body fat level aku slightly high mungkin sebab terlampau suka makan cheese dan makanan sampah (junk food). Lepas tu body age aku 19 tahun yeolsss. Muda setahun dari aku. Boleh la panggil badan ni Adik. Adik heeee….

Lepas tu buat pulak pemeriksaan kadar gula, tekanan darah dan denyutan nadi. Pakcik tu catatlah data2 tu semua. Buat masa sekarang ni sugar level ideal, pulse agak laju pakcik tu kata aku ni cepat nervous dan tekanan darah aku rendah. Tu sebab aku tak boleh nk derma darah. Cian aku tsk tsk…

Doktor tu pon tulislah comment (aishh komen ke perkataannye?? ntah la pape je la nyahh) kat bawah tu. Dia tulis "DNA separuh drpd ibu (maksudnya aku anak mak la), angin banyak dalam badan - elak makanan sejuk (aku pon tak paham la makanan sejuk tu cammana), tekanan darah rendah - makan B-complex & resdung dalaman ada." Yewww perlu ke tulis ayat sebijik yang macam pakcik tu tulis???

Andddd dalam banyak-banyak benda yang pakcik tu nasihat, ada satu benda aku tak boleh lupa, dia kata kurangkan makan AYAM!!! Doktor, doktor tau tak ayam tu adalah sumber makanan paling penting dalam hidup saya, doktor??? Saya tak boleh makan tanpa ayam pakcik!! T_______________T

**Ohh, satu tips aku nak kongsi. Pakcik atau doktor tu ada cakap masa tengah check kita ni anak mak ke anak ayah. Dia kata, kalau kita anak ayah (kuat melawan dan tegas sikit), carilah pasangan anak mak. Sebab kalau anak ayah dengan anak ayah nanti semua benda jadi tegang sebab dua-dua tak nak mengalah. Lebih kurang macam tu la pakcik tu cakap. Cara nak tau kita ni anak mak ke ayah, sila check kedudukan tidur anda, kalau anda suka mengiring ke kanan, maknanya anda ni anak ayah dan begitulah juga sebaliknya. Lebih kurang gitu la tipsnya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...