Saturday, February 5, 2011

Each-A-Cup

Aku mengidam....gila gila punya mengidam gila gila.

Nak minum Each-a-Cup. Uwaaaa dah lama tak minum. Koupon pon dah nak expired waaaaaaa. Tak dapat la ecekap free nanti sob sob.

Kenapa dekat perak ada satu je branch ecekap?? Itu pon dekat Ipoh Parade. Kalau aku mengidam takkan la nak kena pergi ipoh perjalanan 45minit. Tolong la buboh 1 lagi branch anda dekat Kuala Kangsar. Lebih detail lagi; depan rumah saya lagi bagos. Pls pls @_@ sebab saya akan jadi pelanggan tetap no.1 awak, ecekap.

Hari tu pergi Ipoh Parade dengan harapan berbunga-bunga dapat beli ecekap 5 cawan. Tengok-tengok kedai ecekap tutup sebab cuti raya cina. Hampeh betul. Kecewa aku sampai tak de mood nak bantai McDogol lepas tu T_T.

Takpe-takpe saya maapkan awak. Sampai Sg. Petani esok insyaallah saya akan terjah kedai awak yang dekat Tesco Utara tu. Nasib baik dekat SP ada cawangan ecekap hehehehe <3 <3.

OK OK kalau yall nak tau, saja la nak bagitau, ecekap is wayyyyy better than CoolBlog, ecekap lagi sedap wooooo. Tak caya try ar. Kalau tak tahu menatang apa ecekap ni sila scroll bawah........ **euw saiko nak scroll2 pulak**


Gambar : OK this is not me. Saja la nak bagitau sape-sape yang minum ecekap takkan kongsi dengan orang lain except orang lain pon ada ecekap yang boleh dipaw balik. Paham?? =P

Saja la nak bagi tau;
  • Semua ecekap punya perisa sedap-sedap.
  • Tapi jangan beli perisa teh ais, sebab rasa dia macam teh yang mak kita buat.
  • Aku tak pernah cuba perisa selain dari Blueberry Yogurt Smoothie + pearl 60sen + assorted jelly 60sen. Sebabnya aku rasa yang tu paling sedap dan takmau cuba yang lain lolx.
  • Pilihan menunya banyak sangat sampai juling-juling mata nak pilih.
  • Pernah beberapa kali terpikir nak buat part-time dekat branch ecekap Sg. Petani tu sebab boleh minum hari-hari. 
  • Aku pon tak paham kenapa nama dia Each-a-cup. Susah tau nak sebut. Bila cakap dekat orang mesti kena ulang suara 18 kali. Penat tau >,<. Last-last malas nak sebut, sebut ecekap sudaaaa.


1 comment:

mia bouvier said...

aku pun mengidam jugak laa.kalau pergi KBMALL mesti beli..

balik ni pekena each a cup.yum yum..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...