Sunday, February 27, 2011

Bercakap benda-benda yang lagha. Tak Baik.

Aku bosan. Eyy korang semua tido pesal??? Apesal aku tak ngantuk ni??? Selalunya aku join sekaki tidur ngan korang petang-petang macam ni. 

Perut aku sakit ah, asyik nak membuang aje. Hari ni dah dua kali aku qada' hajat. Eceh, baru dua kali pon nak kecoh. Mungkin sebab semalam makan kerabu sotong (tak sedap sotong lama), tomyam ayam (tawaq hebiaq), kangkung belacan (boleh lah), sotong goreng tepung (tepung yang mahal, bukan sotong) & telur bistik (boleh la..) sebab tu sakit perut ni. Dah la makanan tak sedap, mahal pulak tu (cis, aku menyumpah dalam hati).

Apesal aku suka Justify-kan (<- eh ini bukan justify, ini italic) karangan dalam blog aku ni ha?? Dah macam blog formal pulak. Padahal merapu je lebih. Eh, ikut suka ar. Aku suka tengok blog aku kemas je. Putih syahdu. Aku benci tengok blog-blog yang crowded tambah pulak dengan playlist lagu tak best yang tak jumpa butang pause. 

Aku tak puas hati betullah dengan ada satu kedai nasik ayam tu. Haritu aku dah banned kedai tu selama beberapa tahun gajah sebab kedai tu memang rebe. Nyampah aku. Tadi, for the 1st time since beberapa tahun gajah aku pergi makan kat kedai tu balik sebab semua kedai tak bukak. Aku dengan empat orang lagi tapau la nasik goreng ayam. Pergh, dah la balut guna paper je, selalu pakai polistrina. Suap-suap je, nasik belantah. Demm. Patah selera aku dan yang lain-lain. Ayam dah la sikit. Terpaksa aku gadaikan nasik goreng tu ke tong sampah. Kesian nasik, menangis-nangis dia mintak aku makan. I'm sorry, nasik. Aku tak boleh paksa diri aku lagi, nanti aku sakit perut. Ape lagi mekeme-mekeme, kite bakor je kedei tu, KITE BAKORR!!!

Bercakap pasal line "KITE BAKORRR!" ni teringat pulak cerita Kak Limah. Arem cerita tu memang serius lawak. Tapi, si Amy boleh kata cerita tu tak best. Hahaha tau la hang tak paham bahasa depa Amy. Sampai hati hang naaaaa. Ceq sebagai warga sejati negeri Perak berasa bangga dengan cerita arahan Mamat Khalid tu. Eh, silap loghat. Hal ini demikian kerane, awok memang suke dengor orang cakap Perok. Tamboh-tamboh lagi biler Pak Ude yang cakap. Tapi, ada gak sesetengah ayat dalam cerita tu yang aku sendiri sebagai orang Perak sejati pon tak paham. Ngahaha.....

Sementara itu, di sini saya ingin memperingatkan diri saya sendiri bahawa ada kerja penting yang perlu saya siapkan selain dari menulis entri yang tak penting ni. Jadi, saya ingin kembali ke jalan yang benar sekarang dan meng-google mana-mana website yang boleh membatu saya mencari maklumat pasal assignment saya ni. Sekian, trimas.



**Jika anda sudah membaca sehingga ke perenggan ini tanpa men-skip mana-mana perenggan, SEKALUNG TAHNIAH saya ucapkan kepada anda kerana sanggup membuang masa membaca cerita lagha saya ni. Sekian, trimas sekali lagi. 


1 comment:

liyana said...

ape yg mike nak tggu lagi..awok nak buat ni..dah ade kesedaran ni...cepat buat...hehee

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...