Monday, February 28, 2011

Oiyo gediks & cuti sekolah yipeeee!

Hai kowunk... Euw asal ko gedik sangat nak hai hai ni??? 

Wah, rasa sangat eksaited pulak nak tunggu cuti sekolah ni kalah budak sekolah. Tak sabo nak tunggu hari Khamis ni. Wa nak balik kampungggggg. Oiyo budak gediks dah memanggil-manggil ku pulang. Walaupun sebenarnye tak. Rindu Oiyooooo. Woi Oiyo, asal setiap kali aku telefon rumah aje tanya ko tengah buat apa mesti adik aku cakap ko tengah tidur. Ko tak de keje lain dah ke Oiyo?? Ko ingat rumah aku ni welfare ke ha?? Pegi la tolong mak aku sidai kain ke, perangat lauk ke. Kalau malas sangat pon, tolonglah jirus sendiri taik ko bila ko berak. Ni berak sampai 4 kali sehari sebab tak boleh makan makanan murah. Ko ngade ek Oiyo. Dah lupa diri ekkk.

kuat uk uk.

So planningnye cuti sekolah ni, hari Khamis balik rumah, hari Jumaat gerak KL, Sabtu gerak Janda Baik pergi hari keluarga, Ahad gerak Bentong (rumah Yana) dan menetap di sana selama seminggu untuk Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS). Semoga plan yang dirancang berjalan lancarlah insyaa allah.

Oh bitidabeliu, cam ne dengan Oiyo nanti?? Orang semua pergi cari Janda Baik, dia kena tinggal sekor sekor la dekat rumah. Boleh ke Oiyo duduk sorang-sorang dalam rumah? Nanti momok datang cekik Oiyo cam ne?? Cian Oiyo kena tinggal wuuwuwuu.....

OK babai!

Sunday, February 27, 2011

Bercakap benda-benda yang lagha. Tak Baik.

Aku bosan. Eyy korang semua tido pesal??? Apesal aku tak ngantuk ni??? Selalunya aku join sekaki tidur ngan korang petang-petang macam ni. 

Perut aku sakit ah, asyik nak membuang aje. Hari ni dah dua kali aku qada' hajat. Eceh, baru dua kali pon nak kecoh. Mungkin sebab semalam makan kerabu sotong (tak sedap sotong lama), tomyam ayam (tawaq hebiaq), kangkung belacan (boleh lah), sotong goreng tepung (tepung yang mahal, bukan sotong) & telur bistik (boleh la..) sebab tu sakit perut ni. Dah la makanan tak sedap, mahal pulak tu (cis, aku menyumpah dalam hati).

Apesal aku suka Justify-kan (<- eh ini bukan justify, ini italic) karangan dalam blog aku ni ha?? Dah macam blog formal pulak. Padahal merapu je lebih. Eh, ikut suka ar. Aku suka tengok blog aku kemas je. Putih syahdu. Aku benci tengok blog-blog yang crowded tambah pulak dengan playlist lagu tak best yang tak jumpa butang pause. 

Aku tak puas hati betullah dengan ada satu kedai nasik ayam tu. Haritu aku dah banned kedai tu selama beberapa tahun gajah sebab kedai tu memang rebe. Nyampah aku. Tadi, for the 1st time since beberapa tahun gajah aku pergi makan kat kedai tu balik sebab semua kedai tak bukak. Aku dengan empat orang lagi tapau la nasik goreng ayam. Pergh, dah la balut guna paper je, selalu pakai polistrina. Suap-suap je, nasik belantah. Demm. Patah selera aku dan yang lain-lain. Ayam dah la sikit. Terpaksa aku gadaikan nasik goreng tu ke tong sampah. Kesian nasik, menangis-nangis dia mintak aku makan. I'm sorry, nasik. Aku tak boleh paksa diri aku lagi, nanti aku sakit perut. Ape lagi mekeme-mekeme, kite bakor je kedei tu, KITE BAKORR!!!

Bercakap pasal line "KITE BAKORRR!" ni teringat pulak cerita Kak Limah. Arem cerita tu memang serius lawak. Tapi, si Amy boleh kata cerita tu tak best. Hahaha tau la hang tak paham bahasa depa Amy. Sampai hati hang naaaaa. Ceq sebagai warga sejati negeri Perak berasa bangga dengan cerita arahan Mamat Khalid tu. Eh, silap loghat. Hal ini demikian kerane, awok memang suke dengor orang cakap Perok. Tamboh-tamboh lagi biler Pak Ude yang cakap. Tapi, ada gak sesetengah ayat dalam cerita tu yang aku sendiri sebagai orang Perak sejati pon tak paham. Ngahaha.....

Sementara itu, di sini saya ingin memperingatkan diri saya sendiri bahawa ada kerja penting yang perlu saya siapkan selain dari menulis entri yang tak penting ni. Jadi, saya ingin kembali ke jalan yang benar sekarang dan meng-google mana-mana website yang boleh membatu saya mencari maklumat pasal assignment saya ni. Sekian, trimas.



**Jika anda sudah membaca sehingga ke perenggan ini tanpa men-skip mana-mana perenggan, SEKALUNG TAHNIAH saya ucapkan kepada anda kerana sanggup membuang masa membaca cerita lagha saya ni. Sekian, trimas sekali lagi. 


Tuesday, February 22, 2011

Scrabble

Sempena English Language Campaign IPG KSAH ni, aku dan norasikin jais telah terpaksa mengambik bahagian dalam salah satu pertandingan yang budak-budak TESL ni anjurkan iaitu SCRABBLE sebab budak-budak kelas aku semua taknak masuk. Watafuk is scrabble btw? Dah lama aku tak main benda ni. Last time rasanya masa sekolah rendah giler. Itu pon guna scrabble versi B. Melayu iaitu Sahibba. Lolx

Dah la tak terer english, terpaksa pulak masuk competition yang opkos la ramai tesl-ian je yang masuk. Tak ke dah gerenti tempah tiket untuk kalah tak gitu? Well, walaupun LOSER tu dah kompom tapi ada IPG K-SAH?? Hahaha....nape aku gelak aku pon tak tau la...

So tadi pergi la main scrabble. Orang suruh cek list name untuk cari group, aku pon cek lah. OK. OK. Fine..... Opponent aku tiga-tiga tesl. Aku sorang je yang REJECTED TESL. OK. Tak pe. Chill chill.

So si juri untuk group aku ni pon bebel-bebel la pasal rules and regulations game ni. Aku tak berapa nak paham sangat tapi aku buat-buat paham la sambil angguk-angguk kepala gaya fokus. ROFL!! Pastu dia cakap pulak perkataan-perkataan yang tak dibenarkan dalam game ni. Ape tah nama dia.. per...pree....preppp... Hah, screw dat! Aku tak paham jugak maksud dia apa. Nak tanye cam segan je so biaq pi lah ngahahaha...

Main punya main...group lain semua dah setel tinggal group aku and satu lagi group tak habis-habis lagi. Tension aku lama-lama nih. Dengan si Blackie nye merayau-rayau dekat Ruang Legar tu buatkan aku tak fokus. Bila game dah tamat, oh leganya.....It takes forever tau nak habiskan game tu X_X. Juri pon kira la markah. Akak tesl UPSI dapat 150, junior tesl dapat 102, sorang lagi junior tesl dapat 100. Aku pulak dapat 112.

Hah...ok la tu....

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Hohhhh btw, aku baru tukar header blog aku. Gambar lembu. Comel tak???? Euw. Takmau la letak gambar aku dah dekat header sebab rasa macam mencapub pulak ngahahaha. Kali ni punya header memang tangkap muat aje. Cropping pon macam hampeh. Pastu......hurmm........tak tau nak tulis apa dah.....Bye!

Sunday, February 20, 2011

The most loyal and loving dog; Hachiko.


"Just looking for a heart like mine."

Huaaaa tolongggg....aku nak habiskan tengok cerita Hachi: A Dog's Tale starring my father in-law Richard Gere tu. Tengah mellow-mellow layan cerita tu sambil menitik-nitik ayaq mata tiba-tiba poooppp cerita tak habis donlod. Sentap siot. Sampai termimpi-mimpikan Hachi. Wuuuuuuu. Lepas tengok cerita yang tak habis tu tertido kejap. Lepas tu mimpi Hachi tido dekat sebelah. Bangun-bangun je tengok-tengok Blackie rupanye (sambil meletakkan kedua tangan ke bahu dan mata pandang ke atas -_-').

Ni semua Akma Liyana punye pasal tak habis donlod muvee tu. Hahaha Akma sampai hati awak. Waaaaaa. Saye baru nak nangis-nangis tengok Hachi tunggu tuan dia sampai 7 tahun dekat railway station tu sebab terlampau setia sangat dekat my father in-law walaupun dia tau my father in-law dah mati.

Aku ada terbaca la dekat mana tah. Orang tu tulis "Cuba letak isteri dan anjing bersama-sama anda dalam bonet kereta selama sejam. Lepas sejam bukak bonet kereta dan anda tengok sape yang paling happy bila nampak anda."

Kalau boleh rate filem ni (even baru separuh jalan tengok), aku akan bagi 5 bintang untuk anjing yang pegang character Hachi kerana penat dan lelah dia menjiwai watak Hachi. Give it up to Hachi!!!!!

Anyonyooo cian cangat ia cejukkk.....

**Disebabkan aku panggil Blackie, Eikie. Selepas tengok cerita ni aku rasa macam nak panggil dia Eikichi lah. Hehehe hal ini kerana ye....

 Blackie = Eikie
Eikie + Hachi = Eikichi 
Eikichi = Eikichi Onizuka
Eikichi Onizuka =


KACAK <3 <3

Saturday, February 19, 2011

Cara meluangkan masa di hujung minggu yang kebosanan

Hujung minggu ni bosan-bosan pergi la jalan-jalan pusing-pusing Penang. Euww Penang ke?? tak sampai pulau pon, pusing-pusing Seberang Prai je. Lebih tepat lagi pusing-pusing Sunwayh Carnival & JeJayh S.Prai je. Then lepak-lepak tangkap gambar dekat Pantai Bersih (port klise budak-budak baik macam kami *,*) malamnye pulak tengok wayang. The Mechanic starring my ex-bf Jason Statham *wink* a.k.a The Transporter yang tak la kacak sangat tapi slllrrrpppp. Weh aku promote kat korang cite ni memang best. Even, masa awal-awal tu aku agak mengantuk tapi ending dia memang stailo gila (kenapa ending je yang stailo??).

Ekceli aku teringin nak pergi 1st Avenue, Penang. Tempat tu baru lagi kan. Teringin pergi sebab ada kedai lomo dekat situ. Satu lagi sebab ada Red Box Karaoke hehehe nak ajak geng-geng kaki kaberet iaitu Mei Chong, Intan Idris dan Wan Met la pergi berlatih vokal dekat situ. Lama gila kot tak karaok, dah sakit-sakit tekak dah ni. Haha tak de kena mengena.


Thursday, February 17, 2011

Muka aku terbakar ouch ouch

Dalam kata lainnya; muka aku burnt. Hahaha ada beza ke? Gila. Aku pon tak paham la dengan kulit wajah aku ni. Senang sangat burn nye. Bukannye senang terbakar sampai kena panas boleh ignite api. I mean senang jadi gelap la bila kena sinaran UV. Pakai la sebotol sunblock pon tak maunye tahan terik matahari muka ni. 

Dah la setiap hari rabu kena berkumpul dekat padang kawad tengah-tengah hari buta untuk berkawad le apa lagi. Terik you know, terik. Sekali kawad, naaa berbelang muka. Baru nak cerah balik, kena kawad lagi. Haaa bertambah burn la. 

Dah tu, kena pergi belajar motor pulak. Almaklum le teman baru nak ngambik lesen motor. Hehehe. Kena pulak practice tengah-tengah panas pukul 2 - 4 petang. Terbakar nyahhh !>,<!

So, macam mana muka aku nk cerah balik?? Awww selama ni cerah ke??? Hahaha. Well, atleast tak nak la nampak belang tu. Vurok lah. Time nak merasa belang dekat muka tu hilang ialah masa cuti sem hujuuuuuuuuunnnnggg tahun tu. Haaa tak keluar rumah sangat, tak kena kawad, tak kena bawak motor matahari atas kepala baru boleh kurangkan kegelapan ini. 

Member aku cakap silap-silap haribulan muka aku ni boleh setanding dengan dayang senandong. Amboiii kasaq naaa gurau. Tapi tak pe aku tak kisah, selalu je kena bahan macam tu #_#. 

Ohoh! Btw, pagi tadi tiba-tiba Ekin kata pakcik lesen call, dia habaq nak gambar passport dua keping. Aishh awatnya tak bagitau awal-awal. Aku pon pelik nape pakcik tu tak mintak gambar sebab selalunya nak ambik lesen diorang mintak gambar dulu. So, dengan terpaksanya sebab tak sempat nak pergi tangkap gambar passport kat kedai, kami pon mencari alternatif lain.

Tangkap sendirik aje~~~

Dengan berlatar belakangkan white screen untuk LCD, kami pon tangkap la gambar passport kami sendiri.


Ahah OK dak? Time-time ni la Photoshop amat diperlukan. Hehehe. Alaaa boleh la tu, nampak la jugak macam gambar kat kedai walaupun obvious jugaklah photoshopnye. Hohoho yang sukanya boleh edit sendiri, tak puas hati boleh tangkap lagi. Ngahaha tak membazir RM12 kat kedai. 

Wednesday, February 16, 2011

Zaman dah kembali ke instant film hahaha~

Its a trend ya know. Orang dah kembali semula guna filem kamera & polaroids. Begitu ugak dengan lomo camera. Termasuklah aku. Sangat mengikut trend la kononnye. Phhewwwttt.

Kenapa suka sangat guna filem ni? Bukan ke menyusahkan je. Nak cuci dah la mahal. Nak beli instant film 4 polaroids pon mahal juga. Ohoh bajet pro ar nak guna filem? caiiitttt. Actually adik adik abang abang, ianya satu kepuasan bila dapat shoot satu gambar yang cantik tanpa guna photomanipulation. Rasa macam berdebar-debar tunggu filem dicuci dan gambar yang akan jadi nanti. Walaupun susah nak dapat gambar yang cantik guna filem sebab tak PRO, jadi rasa macam nak try and try lagi sampai dapat. 

Bukan macam digital camera @ DSLR, boleh shoot then tak puas hati sebab muka tak comel, nampak muka sekerat ke boleh delete and shoot balik. Tak puas hati lagi sebab gambar tak cukup lawa boleh edit lagi guna Photoshop @ Photoscape. Best memang best tapi kepuasan bila dapat gambar yang tak dijangka-jangka boleh jadi cantik even tak expect pon gambar tu cantik *apa aku cakap ni???* adalah sangat-sangat bessssttttt. 

Baru-baru ni aku angkat sebijik lagi kamera dekat theclickshop. Hohoho itu dia Fujifilm Instax 210 welcome welcome! Tak pernah ada lagi polaroid sebelum ni sebab tu ketor kepala sangat nak ada satu. Lomo dah ada, DSLR pon dah ada so kita tukar angin lagi guna polaroid pulak. Hohoho nak beli the olskool polaroid tak mampu pulak nak beli instant film dia nanti. Harga around RM70++ for 8/10 exposure. Gilerrrr nyah.  

Besar gedabak nasib baik tak berat.

Aku ni memang langsung tak boleh nak jadi serious photographer fotographer ke?? euw. Kalau guna dslr tu stick je la guna dslr. Heh aku tak boleh la. D40 aku tu dah berhabuk dah duduk bawah katil. Lama dah tak guna. UWS aku pulak ada 1 roll lagi tak guna. Sekarang ni dah ada Fuji Instax pulak. Bukan apa, saja la nak simpan buat koleksi. Nanti tak yah beli dah. Kalau dah ada anak nanti bagi anak guna je UWS tu, bawak pergi sekolah pon boleh cikgu tak marah punya. Kalau buat Haji nanti Insyaallah boleh bawak polaroid tu (besar sangat mcm mana nak angkut??) Masa kahwin pulak nanti tak payah tempah photographer, tangkap guna D40 sendiri je. Hahahhaa


Kuang ajaq punya kucing. Ko nak balas dendam ek....



Monday, February 14, 2011

Al-fatihah

"Another journey as a human being, a journey to meet our Almighty Creator, Allah S.W.T. Farewell Wan Cik [1946 - 2011] :("

Tersentuh pulak bila baca status abang aku ni. Aku dekat rumah sekarang, semalam masa kat kelas dapat emergency call dari mak aku pasal makcik kesayangan aku serta seluruh ahli keluarga dah pergi menghadap Illahi. So, terus pergi HEP mintak kebenaran balik kampung.

Masa mak aku cakap Wan cik dah takde, aku terus terdiam, air mata aku macam dipam-pam keluar. Tapi aku sempat cover la sebab dalam kelas kan. Malu ah nangis depan semua orang. Nak ucap innalillah pon dah tak sempat sebab terlalu terkejut. Tuhan saja la yang tahu perasaan aku masa tu. 

Aku tak bajet pon arwah akan pergi secepat ini sebab kesihatan dia dah agak baik la sehari dua ni. Makan pon dah banyak dah. Boleh jalan keluar rumah. Malam sebelum dia pergi pulak, sempat dia marah dekat Oiyo sebab OIyo asyik nak datang kat dia. Mungkin Oiyo dah tau Wancik nak tinggalkan dia, sebab tu Oiyo datang kat Wancik. Before ni Oiyo tak macam tu pon.

Beberapa minggu sebelum tu, arwah nak beli katil. So, aku bawak la arwah pergi ipoh cari katil. Tapi arwah nak katil yang cantik. Aku peliklah kenapa nak katil cantik-cantik, yang penting selesa. Tapi arwah taknak, arwah nak yang cantik jugak. "Stail" katanya. Hari arwah meniggal tu, cadangnya abah, mak and abang aku nak kemas-kemas la bilik Wancik before beli katil letak dalam bilik tu. Tapi dah tak sempat. Rupa-rupanya isi tersiratnya arwah nak katil untuk dia tidur buat selama -lamanya.

Huhuu pelik pulak bila taip word "arwah" ni.

Aku terkilanlah sebab tak sempat nak jumpa Wancik for the last time. Aku sampai-sampai je dalam pukul 6pm orang dah siap siram. Tapi abang aku la yang paling terkilan sebab malam sebelum arwah meninggal, arwah mintak belikan ABC. ABC memang all time faveret dia. Abang aku pon pergi la cari, tapi malangnya hari dah malam, kedai jual ABC pulak ramai orang. So, tak  sempat la dia pergi beli. Dan tak sempat jugak arwah merasa ABC buat kali terakhir. Sedih gila abang aku.


 Tanggal 13 Februari 2011 akan aku ingat sampai bila-bila. Moga rohnya Wancik dicucuri rahmat dan tergolong dalam kalangan orang-orang yang beriman disisi Allah. Amin.


Saturday, February 5, 2011

Each-A-Cup

Aku mengidam....gila gila punya mengidam gila gila.

Nak minum Each-a-Cup. Uwaaaa dah lama tak minum. Koupon pon dah nak expired waaaaaaa. Tak dapat la ecekap free nanti sob sob.

Kenapa dekat perak ada satu je branch ecekap?? Itu pon dekat Ipoh Parade. Kalau aku mengidam takkan la nak kena pergi ipoh perjalanan 45minit. Tolong la buboh 1 lagi branch anda dekat Kuala Kangsar. Lebih detail lagi; depan rumah saya lagi bagos. Pls pls @_@ sebab saya akan jadi pelanggan tetap no.1 awak, ecekap.

Hari tu pergi Ipoh Parade dengan harapan berbunga-bunga dapat beli ecekap 5 cawan. Tengok-tengok kedai ecekap tutup sebab cuti raya cina. Hampeh betul. Kecewa aku sampai tak de mood nak bantai McDogol lepas tu T_T.

Takpe-takpe saya maapkan awak. Sampai Sg. Petani esok insyaallah saya akan terjah kedai awak yang dekat Tesco Utara tu. Nasib baik dekat SP ada cawangan ecekap hehehehe <3 <3.

OK OK kalau yall nak tau, saja la nak bagitau, ecekap is wayyyyy better than CoolBlog, ecekap lagi sedap wooooo. Tak caya try ar. Kalau tak tahu menatang apa ecekap ni sila scroll bawah........ **euw saiko nak scroll2 pulak**


Gambar : OK this is not me. Saja la nak bagitau sape-sape yang minum ecekap takkan kongsi dengan orang lain except orang lain pon ada ecekap yang boleh dipaw balik. Paham?? =P

Saja la nak bagi tau;
  • Semua ecekap punya perisa sedap-sedap.
  • Tapi jangan beli perisa teh ais, sebab rasa dia macam teh yang mak kita buat.
  • Aku tak pernah cuba perisa selain dari Blueberry Yogurt Smoothie + pearl 60sen + assorted jelly 60sen. Sebabnya aku rasa yang tu paling sedap dan takmau cuba yang lain lolx.
  • Pilihan menunya banyak sangat sampai juling-juling mata nak pilih.
  • Pernah beberapa kali terpikir nak buat part-time dekat branch ecekap Sg. Petani tu sebab boleh minum hari-hari. 
  • Aku pon tak paham kenapa nama dia Each-a-cup. Susah tau nak sebut. Bila cakap dekat orang mesti kena ulang suara 18 kali. Penat tau >,<. Last-last malas nak sebut, sebut ecekap sudaaaa.


Tuesday, February 1, 2011

Not an animal shelter anymore.

Semalam kan, hampa nak tau tak, aku keluar la nak angkat jemuran, tiba-tiba telinga "animal shelter" aku ni terdengar bunyi anak kucing. Pelik gak sebab dekat rumah aku takde kucing beranak kecik. So, aku pon pergi la chekidaut. Tengok-tengok dekat longkang ada 2 ekor kitten warna oren. Aku pon bubuh la diorang dalam baldi. 

Aku pon mengomel-ngomel la tak puas hati, mesti ada orang buang kucing depan rumah aku ni. Kuangjaq betul. Tak lama lepas tu dengar lagi bunyi anak kucing, carik punya carik ada sekor dekat rumah jiran sebelah. Aku pon kesian ambik la bawak balik. 

Woiii ingat rumah aku ni welfare ke suka-suka hati je nak drop-drop kucing dekat sini?? Kalau ko taknak kucing tu pi la letak dekat pasar ke RnR ke. Pehal nak bubuh dekat rumah aku?? Bayar ar kalau dah tak nak bela. Ingat free ke??? Aishh bengang aku aihhh. 

Bengang-bengang pon aku kasi la budak 3 ekor tu makan. Kecik lagi kot macam baru 2 - 3 bulan. Tak lepas susu lagi pon. Jahat betul orang yang buang kucing tu. Kalau aku nampak sure aku sound punya ;-/. Punya la lapo sampai nasi semangkuk habis dorang bedal. Kesian pulak tengok diorang sejuk aku pon sediakan la tempat berteduh. 

Kucing-kucing makcik dekat rumah ni konfom la hangen je tengok kucing baru datang. So, pandai-pandai la korang 3 jaga diri.

~*^!^*~

Tadi, makcik aku nampak 4 orang budak cina drop sekor lagi anak kucing depan rumah. Haaa kantoi sudaa. Makcik aku pon tempik ah, "Heyy kenapa letak kucing dekat sini??!" Cabut terus budak tu. Arem sungguh perangai. Cilakak lu orang. Udah tambah sekor lagi jadi 4 ekor sudah. Haa esok hantar la lagi 4 ekor ke biar happenin' sikit. Pffft! 

Aku bukannya tak suka kucing, tapi kucing dekat rumah ni dah cukup ramai la. Nak bagi makan tu tak kisah la. Cuma diorang punya taik keliling rumah. Tak larat dah nak bau. Kucing-kucing rumah ni bengap ke lembam ke tak tau la, berak asal boleh je. Kat mana-mana pon boleh bedal.  Nak buang (macam orang-orang yang buang kucing dekat rumah aku ni) tak sampai hati pulak. Bila aku takde (hehe yeke??) mak aku la sorang-sorang ke jirus taik kucing. Kesian mak aku. 

Jadi kesimpulannya di sini, aku kena letak signboard "Dilarang meninggalkan kucing anda yang buruk dekat rumah ini, yang berbaka mahal aje dibenarkan. Yang benar, Tuan rumah."

Tak pon letak aje sign yang besar gedabak macam ini depan rumah...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...