Sunday, October 30, 2011

Guru Pelatih IPG tidak diwajibkan menduduki MUET

Hahahaha. Hahahahaha. Hahahahahah!!!!

Rasa macam nak hantuk kepala la pulak. Baca ini rakan2ku yang baru sahaja ambik MUET pada 18 Oktober haritu especially Safwan, Akma, Asikin, Shapinash, Capika & Amy. Baca INI!!! 

Thanks kak Mira for the print screen. 

Tapi takpelah, untuk kebaikan jugak ambik MUET ni. Macam yang aku baca dari comment FB berkaitan post gambar ini, muet nanti berguna kalau nak interview naik pangkat atau nak sambung belajar in future. Kalau tak ambik muet ni tak tahu la tahap Bahasa Inggeris diri sendiri macam mana kan? Boleh ke dak spekang nanti kalau gi melancong ke south korea? (ayat nak sedapkan hati) btw org korea tak cakap english, diorang cakap korea. Hahahahaha.... kbyethanx

Saturday, October 29, 2011

Entri untuk Safwan Hensem

Assalamualaikum.

Aku tak tahu pasal ape tapi aku baru je lepas pakai blusher kat pipi. Dan aku tak mandi lagi. Mungkin sebab aku tengah tengok video Kim Jong Kook nyanyi, dan aku rasa aku perlu pakai blusher supaya manalah tau kalau dia nampak aku dari sana, so biarlah muka aku semiak la sikit. wtf??

Ekceli, hadirnya entri kali ni sebab aku nak jawab tag dari Safwan Mahzin (malas nak link nama ko la wan, nama sape2 pon aku malas nak link =P ) Disebabkan tak selalu kena tag macam ni so aku macam rajinlah jugak nak menjawab soalan tag macam ni *berapa banyak macam daaaaaaaaa*. 


11 perkara tentang aku
  1. Aku dilahirkan pada 27 Disember 1990. Berbintang kude dan zodiak capricorn (kamben). 
  2. Aku suka makan ayam. Mak dengan abah aku dengar perkataan ayam je dah polak, tapi anaknye tak bosan2 makan ayam. 
  3. Aku suka menyanyi karaoke, suka berlakon, suka menari dan aku teringin sangat nak belajar menari kalau dapat peluang.
  4. Short tempered. Aku senang marah tapi aku cepat cool down. Aku tak simpan dendam dengan orang lama2. Dan sekarang aku cuba belajar jadi seorang yg lebih jujur dengan perasaan aku dan aku nak luahkan je kalau aku tak puas hati (dengan cara yg betulah =) )
  5. Aku ni pemalu orangnya. Tapi aku cuba overcome rasa malu tu dengan buat2 tak malu. So, bila aku cakap kat orang yang aku ni pemalu orang tak percaya. 
  6. I'm ambitious and competitive. Kalau aku suka satu benda tu, aku akan belajar sampai dapat. Tapi kalau aku tak suka, lain pulak jadinya. 
  7. Aku seorang yang pentingkan friendship. Aku tak boleh hidup tanpa kawan.
  8. Aku jugak seorang yang pentingkan family. Aku sangat bergantung kepada family aku. Heeee 
  9. Aku hormat pada orang yang hormat aku. I can be mean if u want me to.
  10. Suka berangan. Macam2 benda aku angankan, tapi tak tahu la boleh capai ke tidak. 
  11. Mood aku memainkan peranan besar dlm perkara yang aku buat, kalau mood aku baik, semuanya cemerlang je, kalau sebaliknya memang fail la. Susah aku nak explain tapi itulah dianya =P

Soalan2 dari Safwan
  1. Nama Penuh - Fatimah Munirah binti Ahmad
  2. Tinggi berapa - 170 cm 
  3. Suka blog yang macam mana - I like people who blog about...
    • Isu semasa
    • Ilmu agama
    • Pengalaman tinggal di luar negara
    • Fesyen
    • Politics
    • Sarkastik
    • Blog shop
    • Celebrities 
    • Foods 
    • Perkara2 yang tak pernah diketahui
    • Serta, blog tu mestilah ada layout yg kemas, keterbacaan yang jelas, takde pop-up2 window yang nak mintak penyepak, enable fungsi right click to open link in new tab!, penulisan yang menarik tak macam blog aku ni, dan fun to read itu sahaja. 
  4. Apa pandangan korang terhadap aku - Safwan bagi aku, dia ni seorang yang... (jeng jeng mesti ko tak sabar nak bacakan Wan)
    • Straight atau lurus. Tapi tak berapa nak lurus la kekadang tu, macam sengaja buat tak paham pon ada. Hehehe. 
    • Baik. Senang nak di suruh sarah. Boleh jadi orang gaji yang cemerlang kan, wan? hehe. 
    • Fun to be with. Dia suka bersembang, so kalau lepak dengan dia takde la rasa boring sebab aku ni bukannye ramah mesra dan suka bersembang sangat. Kadang2 tu terlampau "ramah" pulakkan? Hehehe
    • Annoying. Perangai dia yang tak matang tu kadang2 bikin hati ini panas aje. Tapi tak kisah la sangat sebab dah biasa dengan perangai dia tu, so jangan la ambik hati kalau aku "ter"hangin kadang2 tu ek.
    • Secretive. Kan2? Aku rasa macam aku dah kenal sangat dengan ko, tapi sebenarnya banyak lagi benda pasal ko yang aku tak tahu. 
  5. Nak aku buat header untuk blog korang tak? - Yewww. Soalan ape kah ni? Soalan mintak puji ka?? Hahah tak pe lah trimas aje, header aku dah cukup lawa.. Ngeeee
  6. Pandai memasak tak? - Tak. Cuma pandai masak nasik, jerang air, goreng telur, masak megi, goreng ayam dan juadah yang aku suka makan je. 
  7. Selalu kalau cuti bangun pukul berapa? - Hurmmm... Perlu kah soalan ini? Mesti hg dah takde modal nak tanya ape kan? Bangun pukul 11 pagi lah. Kadang2 boleh lanjut lagi ke pukul 1 tengah hari. Sekian. 
  8. Pernah datang Pdg. Besar? - Daaa. Mestilah pernah. Kawan kite si Sfwn Mhzn kan duta Pdg Besor, mesti la pernah pergi.
  9. Komen tentang blog aku - Well. Blog ni pada mulanya aku yang buatkan cantik2, siap buatkan chatbox lagi jangan main2. Lepas tu, tuannya iaitu Sfwn dengan sampai hatinya tukar layout lain. Penat je tau. Jadi, tak mau puji ah blog hg. Wekk
  10. Ape perasaan bila kena tag? - Biasa je. Ape ko nak aku terloncat2 kegembiraan ke??
  11. Lagu favorite korang? - Buat masa ni aku suka lagu One Man - Kim Jong Kook *hensem dan cool* and lagu baru pulak hurmm Stereo Hearts  - Gym Class Heroes.

Baik. Puas hati dah Safwan Mahzin? Aku jawab dengan penuh jujur dan ikhlas. Btw aku malas nak tag orang lain sebab aku bukannya rapat pon dengan followers aku ahaha. Ok Bai~

Spartaaaaaaaa!!

Wednesday, October 26, 2011

Penangan Kutu Babi


Ingat lagi tak dekat ini budak? Masa sampai2 dekat rumah dulu, kurus je. Sekarang? Bak kata abang aku, "Ini bukan kucing, ini BABI!!" Hahaha jahat. 

Disebabkan dia ni dah lebih kurang gemuk macam pig + ayam daging, so senang sangat la nak kena penyakitnya. Dengan masalah kutu babi, kurap lagi. Teruk la hang ni Oiyooooo. Lembik. Tapi, tak boleh salahkan dialah, tuan dia yang malas mandikan dia. Berapa lama dah aku tak sabunkan haiwan ni, cian Yoyoooo. 

So, kelmarin aku berdosa dengan Oiyo. Sebab aku dia demam sampai ke hari ni. Aku geram gila dengan kutu-kutu babi dia yang bermahajaralela menyelinap di sebalik bulu gebu Yoyo. Dah la susah nk tarik dari bulu, polak betul aku. Patut la dapat nama kutu babi ;\

Lepas tu, aku pon carilah senjata terbaik untuk melawan kutu babi tu. Siap pergi cari dalam stor luar rumah lagi. Semata2 nak dapatkan flea spray lepas tu spray kat satu badan Oiyo. Aku pon bawak la spray tu dekat Oiyo, dia nampak je spray tu terus dia lari. Takut gila, padahal aku tak spray lagi. Aku pelik la apesal dia takut dengan spray tu. Tanpa menghiraukannya, aku terus grab dia and spray kat satu badan dia. Oiyo melawan tapi apakan daya, dia hanyalah seekor kucing gemuk yang tak mampu melawan kekuatan manusia. 

Lepas habis spray kat badan dia, dia jadi takut gila, lari sana-sini. Aku pon saja la nak tease dia, aku tunjuk aje botol spray tu dia terus lari pergi tempat lain. Aku rasa ianya sangat lawak so aku ulang lagi benda yang sama 2 3 kali. Aku tunjuk je botol tu dari jauh pon dia dah takut. Kesian Yoyooo.

Tak lama lepas tu, nampak tanda2 dia macam dah tak ceria. Macam dah start nak demam. Time tu baru lah aku tersedar kenapa dia takut sangat degan spray tu. Rupa-rupanya dia alah dengan benda tu. Sebab before ni aku dah pernah spray sekali kat dia, dan dia demam lepas tu. Patutlah dia trauma dengan hanya melihat botol flea spray yang tidak bersalah tu. 

Malamnya, lagi dedo badan dia. Panas gila. Mulut, hidung dan mata dia berair dan tak nak berhenti meleleh. Walaweyyhhh berdosa gila aku rasa. Semua disebabkan aku spray dia siang tadi. Dah la siap main2 lagi dengan dia. Rupa-rupanya dia terseksa. Ya Allah, ampunkan dosa aku uwaarrrrgghhhhh. 

Ni semua kutu babi punye pasal. Apesal ko sayang sangat dekat kutu babi ko tu Royo?? Bukan ada pekdah pon bela dorang. Parasit je semua tu. Aku nak buang cara manual ko tak kasi, tu sebab lah aku spray je terus. Tengok sape yang susah sekarang? (Mode: takmau salahkan diri sendiri, salahkan kucing dan kutu babi yang tak tahu pape)

Mak suruh bagi dia minum air zam-zam. So aku baca2 lalu hembus2 sikit dalam air tu then aku bagi dia minum. Malam tu aku jaga je Yoyo sebab rasa serba salah yang teramat sangat. Aku tolong lapkan hingus dia, mulut dia. Badan dia nampak lemah la sebab tak makan. Wuuuu I'm so sorry Yoyongggggggg.... Esok pagi, dia dah ok sikit. Huhh lega aku. Ingatkan nak mati dah. Hehehe.

So I've decided to throw away that damn flea spray. Or maybe burn it so no one can use it again. My cat allergic to it and it's not cheap, it cost RM20 something okay!!

Kepada Oiyo, lepas ni aku tak spray dah ok. Biarlah ko hidup aman damai dengan kutu kesayangan ko tu (do you know too much cat fleas can cause death?) And get well soon. Jangan tak makan, makan tau. I'm sorry again. Bye~

Tuesday, October 25, 2011

My 5 top rated 2011 movies

Baik. This year schedule aku tersangatlah pack tak macam tahun2 yang lepas. Dari awal tahun sampai la dekat nak hujung2 tahun ni asyik baca buku, buat buku, buat assignment, studieee...hihihikkk.... Ehem, jadinye, lebih kurang macam tu la hidup aku tahun ni. So, motifnye aku bagitahu semua ni adalah kerana aku tak sempat nak luangkan masa untuk hobi masa senggang aku iaitu menonton wayang!!

Dari awal tahun 2011 ni, berapa movie je yang sempat aku tengok. Disebabkan aku tak berkesempatan nak nonton semua muvee jadi aku hanya pilih yang paling best je untuk ditonton. So sekarang aku nak rate muvee paling best pernah aku tonton tahun ni mengikut tahap TAK RASA NAK LELAP WALAU SESAAT hinggalah MENGANTUK ZZZZZzzzz... Yeah.



5. Transformers: Dark of The Moon


Transformers 1 : Best GILA
Transformers 2 : Masih lagi best
Transformers 3 : Time tengah fighting pon aku boleh terlelap zzzzzz...



4. Pirates of the Caribbean: On Stranger Tides


Ok. Not handsome. 

Jatuh cinta <3 <3

PoTC memang tak pernah menghampakan aku even dah berapa banyak sequelnya. Semuanya disebabkan abang Johnny as Cap'n Jack. Kalau tukar orang lain aku tak nak tengok dah cerita ni. =P

But this one, On the Stranger Tides agak bosanlah awal2nya, sampailah climax baru aku gosok mata aku supaya jangan mengantuk dah. Rated 3.5 stars for this. 



3. Johnny English Reborn


Watching this reminds me a lot of the oldddddd Mr. Bean. I mean, the younger Rowan Atkinson lah. Gaya-bukan-aku-yang-buat bila dia dah rosakkan something memang legend lah! Dari minit 0 sampailah ke minit 101 aku tak berhenti gelak.

Bean ftw.



2. Kung Fu Panda 2


Disebabkan 1st time aku tengok muvee dalam bahasa Kantonis. Aku jadi tak puas hati so aku tengok the 2nd time, in English. Baru la feel bila dengar suara Jack Black haha. No, i'm not bias. Its just.. hurmmm suara Po hanya sesuai bila Jack Black je yang cakap. Hah whatever lah. Yang pastinya rated 4.5 stars for this!  Tidak ada istilah mengantuk masa tengok cerita ni hehek.



1. Real Steel




Cerita ni terlampaulah bestnya and my jaw drops every time the robots fight. Ianya tersangatlah awesome sebab terasa begitu real. Who knows? Atom, an old model underdog sparring robot, against all odd, has defeated the most toughest contender in the robot boxing arena, Zeus. Bukan sahaja pasal robot, tapi cerita ni sebenarnya mengisahkan pasal kasih sayang antara bapak dan anaknye yang ahhhh tersangatlah truly madly deeply. Huuu nak nangis lagi T__T~


Ok lah, itu je 5 muvee 2011 yang aku rasakan paling uummmppphhhh. Btw, sekarang baru bulan Oct, tak sampai bulan 12 lagi so macam tak kira tahun 2011 lagi la kan. Aaaaa ikut suka lah... Aku eksaited sebab aku baru tengok Real Steel semalam, so nak kena tulis gak pasal cerita ni. 


Thursday, October 20, 2011

JPSV Annual Dinner

Bertempat di Cinta Sayang Golf Resort, Sg. Petani, seramai (ntah la berapa ramai) gabungan 4 cohort geng Pendidikan Seni Visual IPG KSAH telah mengadakan sebuah jamuan makan malam yang bertemakan Victorian Masquerade. Aicewahhh...

Actually ini kali kedua Jabatan PSV mengadakan dinner sebegini rupa. Satunya, adalah untuk meraikan  senior semester 8 kami yang akan graduate sem depan. Satu lagi adalah untuk merapatkan silaturrahim dan juga untuk melepaskan tensi setelah berbulan2 tido lambat sebab buat kerja yang tak habis2.

So, malas nak labun banyak2, mari kita saksikan gambar2 syok sendiri yg dicaptured time dinner ni (ayat tunggang langgang takde kesedaran langsung walaupun baru je ambik Muet kelmarin).


















So, dinner ni memang sangat happening, we had sooo much fun there. Thanks to kakak abang senior yang anjurkan dinner ini. 

Wednesday, October 12, 2011

Bestfriend Forever

 
 
 
(Starring Rogayah, Yaya, Liyana, Safwan dan Shapinaz)

Ini teaser video BFF yang diedit oleh RJ. Actually ini video yang group aku guna untuk assignment Teknologi dalam Pendidikan sem ini. Tajuk video ni BFF lah bestfriend forevaaa. 

Tapi yang ini RJ lah yang edit. Nice gilaaa. Video yang kitorang edit untuk assignment cikai jerk dah la pakai movie maker je wuwuuu. Malu nak tunjuk.

So, aku nak cerita la sikit pasal the making of video ni. Nak hasilkan video berdurasi lebih kurang 4 minit ni ambik masa dua hari tau tak.

Hari 1st mai kat lokasi shooting dekat tasik Bandar Puteri Jaya, tanpa sebarang amaran kami telah dihujani dengan air hujan yang lebat nak mampus. Sampai lencun baju aku dengan ekin sebab kami datang naik motor. So tak jadi shoot la hari tu. T_T~

Hari 2nd pulak kami mai lagi dengan harapan tak hujan la petang tu. And alhamdullilah shooting berjalan dengan jayanye. Kami berpiknik di atas rumput yang banyak semut dan di tepi tasik yang tak berapa bersih kondisinya pffffttttt. Kami main layang-layang sampai rosak layang-layang tu sebab terbang tinggi sangat wakakaka.

Lepas tu pulak, tengah2 syok shooting, bateri kamera kong sebab lupa nak charge. So, tuan punye kamera iaitu RJ yang sangat baik kerana membantu kami masa shooting dan me-lending-kan barang2 shooting dan props pergilah balik rumah dia kejap sebab nak charge kamera. 

Lepas kamera selamat dicharge lebih kurang 30minit kot(?) Kami pon sambung la shoot balik. After that, shooting berjalan dengan lancorrr even pokok hujan kejap mai kejap hilang tapi tak hujan pon.

Setelah berpeluh ketiak selama lebih 3 jam shooting, sume babak pon dah shoot, kami pon balik la. Ok itu je. Bai!

Sunday, October 9, 2011

Projek2 besau semester ini


10 Oktober 2011

Terhampir sekali, ni ha yang atas ni. Persembahan Seni dalam Pendidikan batch PISMP Sem 4 intake Jan 2010. 9 kumpulan, setiap kumpulan dibahagi dalam 3 kump kecik so total ialah 27 kumpulan dan 27 persembahan. Kumpulan aku; Safwan, Pinat, Yana, Ekin, Kak Zee dan Sara Dak Dak dapat nombor 8 time show nanti. Tapi sokay la sebab habis awai boleh tengok show orang lain pulak. Hehehe goodluck yall!!


13 Oktober 2011

Hehe ni takde pape pon, just a reminder for me. Aku akan cabot keempat2 gaham bongsu aku pada tarikh ni. Makan bubur je la seminggu tu. T_T~


17 Oktober 2011

Launching Majalah BAKTI IPG KSAH. Huhu risau sangat nak dengar feedback dari semua orang. Maklum le 1st jadi sidang redaksi. Nerbes2.


18 Oktober 2011

Perasmian Pameran Seni 2D : 3D. Menjadi taruhan (cewah tak boley blah) arca puting beliung aku yang buruk tu dan arca air pancuran yang sangat vougayh de vass kami wawawahhh.

MUET exam. Speaking. *Dead* Tak study lagi. Thank You, Goodbye!


19 Oktober 2011

Dinner Jabatan PSV. Tema Victorian Masquerade (defuk??) Baju tak cari lagi. Adeehhh.....



Monday, October 3, 2011

"Once I start to dislike someone, everything they do begins to annoy me." 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...