Well, macam biasalah kan, study mesti kena last minute then nanti esok lusa lupalah apa yg dah belajar this whole semester. Hahahaha!
5 hari straight, 1 hari 1 paper. Damn....rasa macam 5 minggu tau tak??? Tiap2 hari kena jawab soalan esei. Aku lemah betul lah tulis esei. Bukannye tak de idea tapi malas nak menulis. Lenguh tangan kot tulis banyak2. Helaian tambahan jangan cite la, tak pernah mintak pon, kalau ada buat conteng je.
Apa2 pon aku harap pointer sem ni atleast dpt kekal or kalau ada rezeki naik la dari sem lepas. Aku berazam nak capai CGPA 3.75 and above masa sem last nanti. Nanti dapat anugerah & boleh sambung buat master with full scholarship ngeee! Lepas tu aku tak nak jadi cikgu, nak jadi lecturer jek heheheeh....Insyaallah.... (=
Saya ingin mencabar diri saya dan kawan-kawan saya iaitu (dari kiri) Nur Shafinaz, Norakma Liyana dan Norasikin untuk mencapai CGPA 3.75 ke atas (1st class honour). Ada bran?? ;8E
OK. Gambar atas ni baru dirakam petang tadi. Lepas exam je terus siap2 pegi keluar tengok wayang. Kung Fu Panda 2 : Kaboom of Doom. Punyelah berbunga hati aku dapat tengok premiere citer ni. Sampai VillageMall aku pon pegi la beli tiket RM10 (noted this!).
Sementara menunggu 3.55pm, ktorg pergi karaok 5 das lagu jap. Habis karaok terus masuk Hall 1. Bila cerita start je aku terus jadi pelik. Pasaipa? Pasaipa?? Pasaipa cita ni dalam bahasa kantonis?? Aku salah masuk hall ke?? Rupa2nye memang diorang alih bahasa. Hampeh betul. Aku dengan rasa tak puas hati pon keluar gi tanye kat kaunter pasaipa citer ni bukan dalam bahasa Inggeris?? Aku tak puas hati betul lah.
Gadis kaunter pon cakap la 2D memang dalam Kantonis. 3D baru English. WTF?? Nape ko tak bagitau awal2 ngok?? Membazir tiket aku RM10. Baik tengok Panggilan Kubur (film siam) je mesti lagi best. Dah la tipu aku kata seat depan sekali jauh dari skrin. Padahal aku terpaksa mendongak dan lowered kan badan sampai ponggong aku dah terkeluar dari seat.
Dengan perasaan hampa dan pilu aku pon masuk balik ah. Suara Jack Black yang ditunggu2 selama ni telah diganti. Sadis gila. Nasib baik ah cerita dia memang hilarious nak mampos sampai aku tak larat nak gelak, penat rahang. So, aku halalkan la RM10 aku tu.
Namun, suara tak puas hati aku mengajak aku menonton filem ni utk kali yg kedua. Kali ni 3D lah ape lagi broo. Puas hati aku.
Kung Fu Panda 2 trailer. Must watch muvee.
1 comment:
hukhuk..insyaallah akan naik kalau doa kite temakbul..:P aja2 fighting..euwww
Post a Comment