Saturday, May 7, 2011

Barang baik punya untuk gegerls out there; Looklet.com




Boring2 malam ni aku pon bukak la satu website ni. Looklet.com, aku jumpa dekat blog Misslilyshop sebab dia promote kontes Mix and Match dia. Mula2 teringin jugak nak join de club, tapi memandangkan syarat kontes tu memerlukan vote dari ramai orang untuk menang, so aku pon malas la nak join. Orang takkan vote aku punya hahaha. 

Disebabkan patah hati, aku pon saja2 la join lah kontes mix and match yang aku anjurkan sendiri *pathetic -_-*. Looklet ni lebih kurang macam Lookbook la, cuma Looklet ni tak memerlukan kita untuk jadi model syok sendiri, kita pakai je model yang dah sedia ada *dan yang pastinya lagi hot dari korang wooohoohoo*. 

Disebabkan dalam diri ini dah ada jiwa2 fashion designer *nak buat macam manakan...*, aku akan secara automatiknya tertarik dengan website2 seperti Looklet ni. Ditambah pulak dengan minat membelek majalah fesyen di kedai buku serta kesanggupan menonton maraton Project Runway tanpa rasa bersalah membuatkan aku teringin nak try mix and match dengan Looklet ni.

So, inilah 4 idea stail yang aku dah mix and match. Secara asasnya, aku sukakan fesyen yang simple dan tak perlukan banyak accessories. Warna plain / earth tone dan corak yang minimum memang menjadi pilihan sebab aku tak minat sangat yang ada print corak dan jugak color2 yang mencari publisiti. Tak berani / reti nak match hohoho. 












Dan bila aku cuba untuk menambahkan sedikit warna dan corak, ia akan jadi macam ni......



FASHION DISASTER!!!

Ok lastly, kalau korang nak like style aku nih *hohoho perasannya!!* silalah view page Looklet aku nih; Rogayahsuparman. Kalau korang nak try sendiri pon boleh. Sign up je dekat website tu. Then, pasanglah baju apa pon yang korang nak macam masa kecik2 dulu main pasang baju dekat paper doll. Awww cewonok pulak teringat masa dulu2 pon dah ada jiwa fashion dezainer muahaha. Yang pastinya banyak designer label. Even tak mampu nak beli, berangan pon jadilah ngeeee ^^.

2 comments:

PinQib said...

hihi. awak da memang trendyy.. saya voteeee =)


Psss.. Sorry lama tak jengokk.. Haiiiiiiii

amy azuha said...

moon, ley jadik fashion dsigner ney..i nak jdik model uuu huhuuhu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...