Monday, May 30, 2011

Oiyo updates and few pictures.

Assalamualaikum...


Dah lama rasanya tak menulis....erkk menaip pasal kucing kesayangan aku yang seorang ni....erkkk seekor.


Hehehe, korang ingat tak gambar ni? Masa ni dekat maktab, Oiyo kecik lagi, kurus tapi bulu kembang2 dan jugak playful. Bila kena mandi, suara macam baby ekkkkk ekkkkkk pastu badan jadi kurus gila macam stray cat masa tengah mandi. Nak angkat dia masa ni boleh guna satu tangan je. Masa ni jugak Oiyo selalu kena marah sebab suka kencing atas bag2 mahal. Gedik betul perangai. Kalau masa main toksah citer ar, backflip, frontflip, kuak lentang semua boleh buat. 



Tengok. Sumbat dalam beg pon muat. Teciknye iyeeeeee omeyyy ngat ^^. Tak dilupakan, Kiki (Oiyo's sis) pon tecik je masa ni. Sekarang macam mana Amie? Kecik lagi ke selepas dah jadi mummy ni? 

Sejak sampai je dekat rumah aku, Oiyo terus jadi fat ass makan je kerojenye. Eyy actually dia tak de pon makan banyak, dia makan Whiskas je tapi pesal badan dia jadi gemok sangat?? Mungkin whiskas tu yang tak elok. Menggemokkan.








Ini la rutin dia setiap hari. Lepas makan, main. Lepas berak, main. Selain dari dua tu, inilah aktiviti dia. Tidur. Tidur. Tidur. Nak angkat kena pakai dua belah tangan + kuasa lengan jugak. Kalau tak, tak terangkat beb. Oiyo still playful la sekarang tapi dia tak mampu dah nak buat backflip tu semua dah. Boleh buat tapi sekali je lepas tu pancit. Makan pun dah kuat sekarang, asyik kena refill je bekas makanan tu. 

Makan nak high class je, nak whiskas aje. Brand lain kalau makan, cirit muntah. Gedik la ko ni Oiyo. Oiyo ni "terlampau" western sampai nasik pon tak layan. Layan waffle, cookies. Ada sekali tu, abang aku kasi dia makan waffle perisa blueberry cheese. Astu abang aku buang kot lebihan waffle tu dalam tong sampah. Tiba2 si Oiyo ni pi korek tong sampah tu sampai masuk2 kepala dalam tong sampah. Rupanya dia nak korek waffle tadi. Nak habiskan. Bangkainyeee Oiyo...sape ajo korek2 tong sampah ni ha?? Sanggup tu korek tong sampah semata2 nak makan waffle. Plissss la Oiyo, kalau comel tak pe gak. OK la memang comel pon tapi time dia buat muka annoying tu tak comel langsung la Oiyo.

Oiyo akan buat muka annoyin bila kena pegang. Dia tak suka kena peluk or pegang. Hello...Ko tu kucing kot...Takkan nak uli2 sikit pon tak boleh. Jangan kerek sangat Oiyo, nanti kena tarik balik kerakyatan tu kang. Sila duduk luar. Hahaha lagi dia geram lagi la aku nak uli. Padan muka. Kadang2 tu sampai nganga2 mulut sebab geram sangat. Padahal aku bukan buat apa pon. Kecoh ar lu mat......

OK OK OK soalan cepumas untuk korang. Ce teka (cuba teka) Oiyo tengah buat apa sekarang. Betul = 10 markah. Cepat teka cepat teka!













Yeah! Tepat!!! 10 markah untuk anda!!! 

5 comments:

amy azuha said...

giler besar gedabak oyio skg..! dulu kecik je..ney dah mcm garfield haha..kiki maintain body je haha skrg tgh mggatai pulak, dia duk sibuk bercintan-cintun..nnty beranak lagik la tue..adess pening =.=

yaya said...

aiyyyaaakk!! oiiiyooooooyooyooooo.. gemuk gileeeeeeee..nak letak muke kat perut dia.. nak uli2 dia..huu..nak picit perut dia kuat2 smpai bunyi eekkk.. haha gemuk! cepat sembelih si gemuk tu! dasarrr.. mesti dia dah xingat kat mami n mama dia dhhh..oiiyoo..

Anonymous said...

@amy - tau takpe...kiki sibuk jaga anak tu yg kurus je..cian dia..hahaha pastu dah menggatai balik...ape la kiki ni...

@yaya - hahaha gemok dan bau peluh...busuk betul

yaya said...

Eh aku masih tak boleh bayang lah bau peluh kucing tu macam mane.. huu bagi sampel bulu oiyo sikit pos kat aku. hahah

Anonymous said...

erm cm ne nk explain ek. lebih kurang bau bulu kembang2 yg terperap...yikes...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...