*Whatever that "Langsi" word is defined.
Semalam aku pergi la tengok wayang dengan Yana dan Wan. Tengok cerita Kongsi. Mangaiii…Filem Melayu last aku tengok ialah Lagenda Budak Syaiton dan cerita tu memang syaiton sebab tak best langsung. Kali ni, dah kali kedua aku di “tipu” oleh propaganda yang mengatakan Kongsi ni best padahal tak de la best mana pon. Tapi masa aku tengok semalam penuh panggung kot. Sebab tiket rm7 je kot. OK, sebab kenapa filem ni tak best…
1.
Plot cam nokharun – cerita tergantung, takde motif.
Aku tak faham langsung kenapa boss dia si Bront Palare tu nak suruh anak buah dia pi merantau ke M'sia, Jepun & India. Nak kembangkan pengaruh kongsi gelap Thailand ke? Agak2 ah nak conquer geng yakuza jepun yang berani mati or gengster filem tamil yang boleh campak kereta guna tangan je. Hahahaha.
Endingnya macam tu je. Jatuh dalam selut pastu kena tangkap polis. Buat penat je la scene kejo mengejo dengan 3 kereta polis tu. Last2, Waja je yang remuk, Lancer rilek je duduk tepi. Nampak sangat nak sep bajet. Pffftt.
Yang si geng2 kongsi gelap tu. Perlu ke nak 1Malaysia sangat?? Hahaha. Tak kisah la yang tu. Yang aku kisah nye sekarang kenapa 3 orang taiko kongsi gelap 1malaysia dengan Sam are like two separate things dalam filem tu. Diorang tak pernah jumpa pon dan macam tak payah ada pon takpe taiko tiga orang tu.
Tiga2 geng kongsi gelap tu buat perjumpaan tapi tak de pon jalan penyelesaiannya. Ingatkan diorang nak bergabung tenaga lah gi belasah si Sam ni. Rupa2nya tak pon. Kalaulah ada scene 3 geng kongsi gelap ni lawan Sam sorang mesti gempak. Ala2 cerita Crows Zero la lebih kurang. Ini tak, scene yang lawan ramai2 pon lawan dekat pasar jual khinzir je, dah la tempat sempit, nak lawan pon susah. Tak ke serabut otak tengok??
Sam tu dah memang terer berlawan guna pedang tapi tak reti pakai pistol or whatever senjata yg pakai machine. Asal lah boss dia bongok sangat pi bagi sniper dengan pistol kat dia? Lepas tu dah dia tak reti guna, boleh pulak main pasang2 macam pasang Lego je. Dalam poster letak gambar pegang pedang, tapi pedang tu guna masa scene first je. Ape da....
Kantoi guna tali masa scene lompat dari bumbung. I mean bukanlah kantoi nampak talinya, tapi nampak lah pergerakan Sam dan polis perempuan tu tak smooth macam betul2 lompat dan tak guna tali. Adoiii fail.
Overall, yang boleh dibanggakan ialah cerita ni memang lawak. Stail gadoh pon orait jugak but still sound effect kena tumbuk macam over sikit la. Dan tidak dilupakan, aksi kereta kejar mengejar diwaktu siang pon boleh kasi kudos jugak lah.
Ehh wait, why need to be so serious? Filem ni just untuk tontonan rakyat Malaysia yang sukakan filem yang santai2 tak serabut kepala otak pikir. Masalahnya, RM7 yang aku habiskan untuk tonton filem macam ini, adalah lebih baik dihabiskan untuk tengok filem Fast 5 yang mana aku belom tengok lagi tau tak!! Fast 5 tu dah conformed dapat rating 8-10/10 dari reviewer. Dah la perkataan Langsi tu pon aku masih tak tahu lagi pekejadahnya maksud dia dan hanya disebut 2 kali je dalam filem tu. Sangat tak sesuai dijadikan trademark cerita tu melainkan ayat "Nate beruk nih" atau "Molek..." yang acapkali disebut.
Boleh la cakap yang Farid Kamil tu baru lagi jadi director sebab tu la filem dia kureng sket. OK lah fine. Pandangan kita mungkin berbeza2, jadi aku tak sarankan korang supaya jangan tengok filem ni. Tengoklah jangan tak tengok. Sila support filem Malaysia. Yeahh!
No comments:
Post a Comment