Sunday, July 11, 2010

"Apa teruk pegang anjing?"

Aku tak pergi kuliah pagi ni, aku pergi hospital. Ada appointment dokter. Tapi dokter takde. So, orang yang jaga kaunter SOPD tu bagi tarikh appointment lain. Lepas tu aku pergi breakfast kat kafe hospital dan baca surat khabar UTUSAN. Hah! Kafe Hospital Sultan Abdul Halim memang wajib pergi setiap kali pergi hospital tu. Soto Ayam dia sangat best!! Arrrrrr

Oh btw, newspaper tu member aku Ekin yang beli, dia kata nak beli dekat ko-op, katanya murah RM1.70 je. Kalau beli kat hospital nanti mahal. Jadi dia belilah dekat ko-op. Tapi, dia terlupa yang hari ni hari Ahad. Jadi harga paper ialah RM2.00. Haha. Ko paham tak apa yang aku nak sampaikan ni???

Ok2. Berbalik kepada tajuk entri ni. Aku baca la Pancaindera, bahagian paling disukai ramai & bahagian yang akan dibuka dulu semasa membaca surat khabar. Aku tertariklah dengan halaman "bukannakkata" muka surat 18 Pancaindera. Ada sorang pembaca ni dia sampaikan rasa tak puas hati dia pada tulisan Pancaindera sebelum ni tentang artis Melayu (Islam kot?) pegang hanjing. Kata-kata dia berbunyi begini...

"Apa yang teruk sangat dia pegang anjing? Adakah kerana dia artis maka jadi isu? Dia cuma nak menunjukkan belas kasihan terhadap haiwan yang juga dicipta oleh-Nya. Penulis terus kutuk Baby, sedangkan ajaran Islam tidak pernah melarang hambanya bersikap kejam terhadap haiwan meskipun anjing. Bagaimana pula dengan polis menggunakan anjing untuk menyiasat. Adakah ia haram? Nampak sangat penulis tak arif agama. Kalau itu haram, haram lagi penulis yang suka buat fitnah cerita artis. PETA, K.Lumpur"


Komen aku:-
     Apakah kejahilan tahap dewata ini??? Apa yang kau maksudkan dengan "tunjukkan belas kasihan terhadap haiwan"?? Apa dah tak de alasan lain ke kau nak back-up dia? Banyak lagi cara nak tunjuk belas kasihan even terhadap anjing pon. Tak semestinya kena peluk cium tatang dulu baru orang tahu yang kita kesian kat binatang.

      Bercakap pasal hukum. Tapi, kau tau hukum tak? Memanglah pegang anjing tak berdosa. Tapi lepas pegang, mesti samak. Kau rasa artis tu samak ke lepas dia peluk anjing tu? Aku rasa tak. Polis yang gunakan anjing tu rata-ratanya bukan orang Islam. Kalau orang Islam pon, diorang akan samak juga lepas tu. Wallahualam lah. 

P/s-kenapa Pancaindera nak siarkan komen dia ni? Erkkk...

1 comment:

nani said...

jerk! sape yang jerk sgt tu. buta hukum! sheeshhhhh. teruk2!
nauzubillah..
pembaca yang bagi komen tu diupah oleh baby kot? :P

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...