Tuesday, June 22, 2010

Macam Misae maaa...


Aku suka blog-walking. Masa blog-walking aku bukan saja dapat tambah pengetahuan. Malah, dapat juga tambah koleksi barang-barang percuma aku

Bukan apa, kita tak bolehlah mensia-siakan peluang yang ada. Bila nampak je peluang tu, rembat cepat-cepat. =D

Kembali ke isu barang percuma tadi. Beberapa bulan lepas, aku ada daftar masuk beberapa buah contest&promotion. Aku memang suka bila ada benda-benda macam ni. Mata aku memang tak boleh tengok borang penyertaan yang kosong, laju je tangan aku menaip nama penuh, I/C, alamat etc.

Dulu-dulu kalau pergi supermarket, selalu bawak balik borang-borang penyertaan pertandingan MILOlah, HORLICKSlah, KOTEXlah, REXONAlah. Even, tak ambil bahagian pon, borang mesti kena isi. Apa jadah ntah aku dulu, tak de kerja.

Jadi, apa kena mengena dengan mak Shin Chan? Yelah, Misae kan suka bila ada SALE/PROMOTION. Aku pon macam tu, cuma aku lebih suka promosi yang FREE. Hehe.

Ohh, lupa nak bagi tahu, aku masuk Cornetto Show Your Love Contest yang mana aku terbaca di blog Gadis Tinggi yang Fofular In-trend kini gitu yooww. Satu lagi aku cuba-cubalah daftarkan diri nak dapatkan contact lens free dari Dailies Freshlook Illuminate free trial contact lens yang mana aku terbaca dari blog Perempuan Jomblo. (Jangan risau, promotion dan contest tu dah tamat sudaahh...)

Tak lama lepas tu a.k.a beberapa hari yang lepas, tanpa disangka-sangka aku dimaklumkan yang aku menang Cornetto 2GB pendrive (limited edition aiceh). Aku frustlah kenapa aku tak menang grand prize iaitu RM10,000 cash. Lepas itu, baru aku teringat yang aku tak masuk pon contest tu, aku cuma daftar je.
Pagi tadi pulak, POSTO-POSTO. Abang posmen datang hantar pendrive 2GB tu. Eheh gumbiranya aku even sekarang ni orang layan pendrive 900GB. Cessss.

Yang contact lens free tu aku dapat beberapa hari yang lepas. Dapat sepasang je.  Dah lah daily dispose lens pula tu. Tapi takpe, kalau mata aku jadi besor macam heroin Taiwan; Rainie Yang, insyaallah aku beli lagi. Aku pon tak ingat dah pasal contact lens tu. Tiba-tiba dapat je. Trimas, Ciba Vision yang mensponsor contact lens tu walaupun sepasang je. =))


So, moral of the story is; Benda yang kita harap selalunya susah nak dapat, benda yang kita tak harap senang je dapat. Jadi, kita kena tanamkan sifat bersyukur dengan apa yang ada dalam diri kita. Sekian, terima kasih.





UPDATE: Ni la rupanya pakai contact lens tu. Tak de beza sangat la. Sebab mata aku cepet. Heee

 

2 comments:

Mei said...

Congrats babe! Comel la pendrive tu. Next time upload pic kamu pakai contact lens tu :)

mia bouvier said...

huii.beh gilo.hehehe

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...