Di hari Isnin yang panas cam biasa ni, aku rasa aku xberapa nak nampak lah skrin monitor sbb ada bias2 reflection cahaya kat skrin ni. Almaklumlah PC letak depan pintu rumah. WALAU BAGAIMANA PUN, aku bukan nak ckp pasal skrin monitor kalis cahaya ke ape, tapi aku nk buat review pasal 1 program TV.
Ape sekarang aku dah jadi pengkritik tetap rancangan TV ke? Ikut suka hati aku lah...(Nampak sgt asyik buang masa je)
Ada 1 sitkom komedi kat ASTRO RIA sekarang ni kalau hampa perasanlah kewujudannya. Hehe. Tajuk dia ALAMAK. Sekarang dah season 2 dah. Komedi sgt ke sitkom ni?
Asal? Dah tak de cerita lain ke nak buat review? Oh ekceli bukan review pon. Aku nak kritik je.
OK. Setiap episod ALAMAK tu akan ada 4 - 5 buah cerita lawak yang mana aku rasa tak tahu lah kat mana lawak nya. Aku cuba la tunggu dengan tekunnya agar ade lah sinar kecindan (cewah) yg boleh membuatkan aku tergelak. Tak terbahak2 pon, sengih jadi lah. Malangnya, ILEK. TAKDE langsung.
Kau nak buat cerita lawak, kau kasilah lawak. Yang aku nmpaknya lawak bodoh yg ntah pape2 je. Ye, lawak bodoh pon mmg lawak tapi lawak kau ni tak lawak langsung. Sorry to say lah. Aku tak kan compare lah pelakon2 (bukan pelawak) sitkom ALAMAK ni dengan pelawak2 kt M'sia yg mmg dah hustler, sebab aku pon tak kenal pelakon2nya. Pelakon baru mungkin. Sebab tu skill melawak tak de.
Kalau ye pon agak2 la, dah nama pon sitkom komedi, buatlah jadi betul2 komedi. Kalau setakat idea2 tahap beg plastik, tak yah berangan la nak buat sitkom komedi. Yelah, memang susahkan nak buat orang gelak, buat orang menyampah senang je. Jadi, sekalung tahniah diberikan kerana telah membuat aku menyampah. Hahaha.
Baiklah, ni mungkin soalan2 yg terpacul dari minda hampa:-
Dah tau cerita tu xbest, kenapa hang still lagi nk tgk??
Sebab, aku ni jenis yg lagi aku annoy, lagi aku nak tengok. =P
Drpd hang tgk TV, baik buat benda lain yg berpekdah, tol dak?
Aku ni sekarang dah jarang tgk TV, kadang2 je aku tengok. Dulu aku mmg taksub tgk TV sampai gadoh2 ngan Wancik. Habistu, asal aku nk tgk TV, mesti terkalih rancangan tu. Memang ditakdirkan aku untuk jadi pengkritik kot. Ekkkk tiba2.
Hang ni mesti jenih yg serius, kayu, xde prasaan. Sampai benda lawok pon jd tak lawok. No life la hang ni...
Oh ya. Mungkin selera kita tak sama. Aku sukakan lawak spontan yg tak dibuat-buat, tak pon lawak sinis yang boleh buatkan aku berfikir dulu baru tergelak. Jadi, sitkom tu agak tak sesuai la utk aku. Hehehe.
No comments:
Post a Comment