Friday, July 23, 2010

Aku bergadai nyawa setiap hari.

Maktab aku terletak betul-betul di tepi jalan. Jalan besar. Dekat depan maktab di sebarang jalan ada gerai-gerai makan. Jadi, setiap hari guru-guru pelatih akan pergi makan dekat gerai-gerai tu. Pengguna2 jalan raya yang bawak kereta, motor, lori, bus etc selalu saja pecut atas jalan tu sebab jalan tu jalan terus je. Apa la ayat aku ni.  Oleh itu, ianya boleh bahayakan pejalan kaki iaitu aku dan orang-orang lain.

Untuk mengelakkan kemalangan dan menyenangkan pejalan kaki iaitu kami guru2 pelatih ni melintas jalan, traffic light pon dibubuh la dekat situ. Traffic light tu khas untuk pejalan kaki melintas. Bukan untuk kenderaan. Jadi, bila pejalan kaki tekan butang dekat lampu tu, lampu untuk pejalan kaki melintas terus bertukar hijau dan kereta pon berhenti. 

Tapi, ianya tidaklah seselamat itu. Masalah lain pulak timbul sebab manusia ni memang susah nak ikut peraturan. Terutamanya penunggang motosikal. Kadang2 tu belum hijau lagi lampu, dorang dah jalan dulu. Pastu, tiba2 ada orang melintas lagi. Memang naya lah. Udah terlanggar orang. Hari tu ada sorang budak perempuan India kena langgar dengan motor masa nak melintas. Nasib baik kena sikit je. Tak de lah jadi apa-apa. 

Disebabkan traffic light tu untuk pejalan kaki, kenderaan2 yang nak keluar-masuk maktab kenalah pandai2 sendiri keluar-masuk. Yang ni pon boleh mengundang bahaya jugak sebab kereta2 banyak yang laju, jadi susah nak keluar-masuk. Dah banyak kali jadi eksiden disebabkan ni. Yang jadi depan mata aku pon ada gak. Terbaru, tadi pukul 11.30mlm. Kakak member aku eksiden depan traffic light tu. Remuk belakang Nissan Cefiro dia. Nasib baik dia dengan kawan2 dia tak cedera.

Setiap hari aku akan pegi makan dekat gerai depan maktab macam yang aku cakap tadi. Hangin betul aku bila lampu melintas dah hijau, kereta & motor tak reti2 nak berhenti. Kadang2 tu lagi pecut sebab malas nak berhenti. Yang nak berhenti tu pulak brek mengejut. Menakutkan tau x?? Rasa cam nak cakap F**KKK!! & angkat middle finger pon ada. Tapi tak boleh la pulak, kang ada yang kata cikgu2 ni tak senonoh. Jadi aku bersabar je la sambil menyumpah2 secara perlahan.

Jadi, macam mana nak selesaikan masalah ni? Takkan nak biar ada orang mati dulu baru nak ambil tindakan. Tapi, tindakan apakah yang nak diambil? Letak speedtrap dekat2 traffic light tu, sape laju je kena saman. Haa padan muka. Tak pun letak line2 kuning jangan lebih 30km/jam. Or bina jejantas utk pejalan kaki. Wahaha ok gak tu. Erkk tak payah la bina jejantas, nanti kena panjat tangga pulak, penat.

Atau, pihak maktab sila sediakan insurans nyawa untuk guru pelatih bukan saja dalam kawasan maktab, juga di traffic light dekat depan maktab. Sebab, sape je lah yang nak eksiden dalam maktab, dekat traffic light tu kebarangkalian untuk eksiden lagi tinggi. ;-) 

Cara lainnya, pengguna jalan raya tu sendiri kena sedarlah. Dah tahu jalan tu ramai penjalan kaki nak lintas, pandai2lah slow2 kan kereta tu. Nak kejar apa nye bawak laju2? Takde larinya TESCO ke Village Mall tu.


Wukuku penat aku melukis plan jalan ni tau. Hehe tiga kereta tu je aku bubuh tayar, yang lain tu malas dah nak bubuh tayar. So, ini lah keadaannya lebih-kurang. Memang bizi jalan ni. Oleh itu, pandulah dengan berhemah. Sekian.


 

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...