Sempena kedatangan bulan Ramadhan ni, aku tiba2 mengidam nak makan kek batik. Aku suka betul kek batik. Tak tau la kenapa. Tapi ek, cam ne kek batik boleh dapat nama kek batik? Nak kata rupanya macam batik, tak nampak pon macam batik. Batik tie and dye? Lagilah takde.
Lupakan je soalan tersebut. Petang tadi aku pergilah pasar ramadan, tiba2 ternampak satu gerai ni jual kek batik. Aku tengok kek batik dia cam unbest je. Tapi, disebabkan terlampau craving, aku beli jugak lah. Dahlah 4 ketul RM2. Makan2 je lepas buka pose (hehe), pfffttt... Memang tak sedap.
Aku pernah sekali je makan kek batik yang paling sedap. Member aku, Linda buat. Pandai betul dia buat. Aku pon cuba2lah nak buat juga. Tapi harem, 3 kali aku try, tak pernah menjadi. Tak jadi batu batik, jadi bubur batik. Kek batik? NEVER. End up-nya, aku sorang je yang habiskan 1 tray. Kuang ajaq betul semua orang tak nak makan. Takpe2. Aku frust. Tak mau buat dah sampai bila2.
Tolonglah sape2 bagitau sukatan yang paling betul nak buat kek batik. Sebab aku memang FAIL. Orang kata bukan susah pon nak buat kek batik. Aku je yang LEM. Lembab kuasa 5.
Jika anda terbaca entri ini wahai Linda, silalah poskan kek batik anda yang sedap tu untuk saya. TQ.
Kek batik. Lagi terliur tengok ini dari cupcake. Ngeee |
5 comments:
n0pe2..cupcake agy ley wat lidah berair..hehehe
amie cupcake tu comel...mmg la amie terliur...hihihi
hU2
TRy waT Lg smpaI Jd
utK SDap, pastikaN butERCUp n milO
diGUNAKan sCUKUpnyA
PASTu, bskUT MARie tU puN Kna padAn dgn acuaN milO Tu
ak ADe LTK dlm poS LAMa akU
Hu2
slaMat cubA =)
ami gedik.nak moden2.haha.batik sudee.
tQa_elRic- rasanya cam dah cukup je..tp tak jadi gak...wahahaha
amie taste korea siul....hehehe
Post a Comment