Friday, June 4, 2010

Asal newbie je mesti kena raging.


Ada sekor kucing hitam putih (jantan) tiba2 muncul kat rumah aku ntah dari mana. Ada orang buang kot. Ape ingat rumah aku ni rumah kebajikan masyarakat ke??

Dia dengan automaticnya mendapat nama jolokan wajib untuk kucing2 newbie kat rumah aku (bg yg dtg tanpa di jemput je). Wancik panggil dia Pendatang Haram (PH)

Untuk mendapat status penduduk tetap, PH kena mengadapi 1 test dulu. Pastu baru le dia diiktiraf sbg warganegara. Test tersebut akan dihandle sendiri oleh kucing2 senior kat rumah aku. Antara penguji2 tetap ialah Fergie (si andartu, tapi dah laku skrg), Loner (si gay yg gebu) dan Chotoih (Gayboy kepada Loner). 

Kriteria ujian tersebut adalah utk menguji DAYA TAHAN FIZIKAL & MENTAL seekor PH.

Semua PH kena hadapi ujian ni. WAJIB. 

Peraturan2 ujian tersebut adalah;-
  • PH perlu bersabar saja dengan apa jua yg dilakukan terhadapnya. Ianya termasuklah buli, belasah, ambush, massacre, paw, raging, dan apa jua konteks penderaan fizikal @ mental yg dilakukan oleh kucing2 senior. 
  • Tuan kucing (iaitu saya atau sape2 yg berstatus manusia) TAK DIBENARKAN masuk campur secara langsung @ tak langsung semasa ujian tersebut dijalankan. 
  • Tuan kucing hanya boleh masuk campur jika PH sudah nyawa2 ikan @ PH menunjukkan muka seposen pada tuannya. (tak semua PH mampu buat muka seposen)
  • PH perlu berlapar kerana kucing2 senior takkan membiarkan PH makan Friskies yg tuan berikan.
  • Jika PH lari semasa ujian dijalankan, PH akan serta merta di banned oleh semua kucing di rumah ini. Dan jika PH itu berani datang semula pada masa lain, ajal akan menimpa. Hehehehe....
  • PH perlu bertahan sehinggalah pada masa yg ditetapkan oleh kucing2 senior iaitu pada bila2 masa yg mereka suka. Selalunya dlm 2 3 minggu lah.
  • Jika PH berjaya menempuhi segala ujian tanpa perlu mati, PH secara automaticnya mendapat status Penduduk Tetap (PT). Majlis konvokesyen akan dijalankan di bilik lepak kucing2 senior yg mana memerlukan skill yg tinggi utk masuk kedlm bilik tersebut.
  • Setelah mendapat anugerah beserta sijil, PT akan dilayan sama rata oleh kucing2 senior lain.

*Apabila PT dah jadi kucing senior, dia pulak akan handle ujian tersebut. Proses ni berulang mcm roda. Dan inilah yg dinamakan kehidupan. *,^

FERGIE
 



LONER



CHOTOIH

4 comments:

INTAN said...

i love this
haha

Corat-coret-idupku said...

haha.. santai jekk syarat2 nye

noir7559 said...

mana ada dia kena raging...dia lagik makan lebih² ader la hahaha

Rogayah Suparman said...

noir-iye le..tu maksudnye dia dh lulus test ar tu...kucing2 senior dah tak pukui...haha

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...