Saturday, June 23, 2012

Ni rumah sewa ke reban??

Salam.

Minggu lepas aku baru dapat berita yang semester ni aku akan berpraktikum di S.K Baling, Kedah. Wowww Baling tu. Jauh kot dari Sg. Petani. Dapat2 tau je kena kat sekolah daerah situ, petang tu ktorg terus gi survey kat mana. Siap print map la macam biasa takut sesat. Wakakaka. 

Gua rasa macam moral down pon ada sebab kena sekolah jauh gila. Ingatkan sem lepas dapat jauh sem ni dapat la dekat sikit. Rupa2nya lagi jauh. Tapi nak buat macam mana kan, bersyukur je lah mungkin ade hikmah disebaliknya. 

Google map ni sangat membantu sebab petanya memang accurate. Tahniah.

Ada la dalam sejam perjalanan dari rumah sewa ktorang ke sana. Jalan kampung ya, bukannye highway. Adoiyayyyy. Memang kena sewa rumah la kat sana. Nak ulang alik tak dapek ah. Nasiblah orang rumah aku Ekin & Pinat pon dapat sekolah kat Baling, tapi sekolah diorang lagi dekat lah. So, ktorg pergi la survey sekolah diorang dulu. 

Alhamdullilah sebelah sekolah diorang iaitu S.K Kuala Pegang, Baling (pegang & baling kui3x) ada sebuah kuaters guru yang still kosong. Dan percaya atau tidak sewanya cuma RM40 sebulan. Interiornye ktorg dah tengok dah, besar la jugak, dengan lantai tile dan dinding kaler pink lagi tu. Ape nak lagi?? So cadangnye nak sewa situ la kalau boleh. 


Kuaters guru. Saja la edit kasi nampak cam gambo rumah lama... padahal biasa je pon.


Lepas tu, kami gi la survey rumah sewa lain yang dekat jugak dengan sekolah aku dengan Yana pulak. Dapat2 nombor sorang makcik ni aku pon call la dia. Dah la kena patah balik ambik masa dalam 15 minit gak nak sampai. Semata-mata nak tengok rumah makcik yang sewanya RM115 sahaja (masa tu tak conform lagi yang kuaters guru tu sewanya adalah RM40 sahaja!!!!!!)

Rumah sewa tu sebelah je rumah makcik tu tapi masa sampai2 ktorg tak perasan pon yang mana satu. Tengok2 makcik tu bawak ktorg masuk dalam satu rumah papan ni. Nak kata rumah tak macam rumah, macam reban ayam pon ada. Tak pon rumah serial killer. Tak pon rumah mat pit. Erkkkk 

Macam ni la muka sekor-sekor bila masuk dalam rumah tu. Tapi dalam hati je la, luarannya buat muka biasa je. Mana tak nye weyhhhh. Seram sejuk kot. Dah macam rumah puaka je dengan lantai papan bunyik kriuk kriukkkk. Masuk2 dapur tiba2 ada sekor tikus keluar. Hahaha mengincit diorang semua lari. 

Makcik tu cakap rumah tu before ni ada orang Myanmar sewa. Sebulan je pastu blah. Rumah macam tu orang Myanmar pon tak nak duduk. Ini kan gadis2 jelita macam kami ni. Tapi ktorg buat muka biasa je lah memandangkan kesian kat makcik tu susah2 tunjukkan rumah (ke reban?) kat ktorg...

Errrrrr makcik... sesuainye kalau kami yg gadis2 sunti ni tinggal kat rumah ni.. kan makcik kan...


Lebih kurang macam ni la rupanya tak pon teruk sikit dari ni. Silap2 haribulan masuk Bersamamu nanti... hahaha

Esoknya call la nak tanye pasal kuaters tu, memang sewanya RM40 sebulan. Ko bayangkan??? Daripada aku bayar RM115 dan duduk dalam rumah sewa yang seakan reban ayam tu baik aku duduk kat kuaters yang lantai tile dinding pink lagi tu. Tak kisah la jauh sikit dari sekolah aku. Wakakaka jahat gileeeee.... Sian makcik tu... Dia cuma jalankan tugas dia je sebagai landlord yang baik saja...

Begitu la citernya ktorang mencari rumah sewa dekat Baling. Dah la tak familiar dengan tempat tu. Takde TESCO, GIANT, POPULAR atau Chinian (kedai alat tulis murah kat SP). Untung laaaa orang yang dapat kat Kulim tuuuuuu. Tapi takpe, kita sebagai guru ni kena la fleksible betul takk??? (ayat nak sedapkan hati)

7 comments:

PinQib said...

nasib la dok dalam maktab jew.. alhamdulillah.. haha..

amy azuha said...

haha xpsai2 masuk bersamamu pasni..gler horrorrrr

yaya said...

telepon mak ngah nabbbbbbbbb!!! hohohoho

CikZaitul said...

jaji uma...ekekkeke

tappi susah dulu lah..senang kendian..manetau masuk bersamamu dapat banglo ke??

izz idraqie huznie said...

Salam...Baling alhamdulillah semua dah ada walaupun tak der mall mall mcm u cakap.tp lebih 5 jenis bank u boleh berurusan.pelbagai jenis kedai pakaian,runcit,perabot,elektrik,dan semua kelengkapan lengkap dh ada.rasanya cik perlu servey keseluruhan pekan baling dulu baru buat konklusi. Im proud to b BALING boy dan alhamdulillah anak anak jati Baling berjaya ke menara gading dan bekerjaya !!

Rogayah Suparman said...

Thanks sedara atas komen awak. Saya tulis entri ni sebelum saya duduk dekat Baling. Biasa la orang tak biasa pergi kan selalu rasa tempat baru tu tak best. Tapi Baling memang ok pon alhamdullah pekan dia pon cukup segala kemudahan ada(pandangan saya lepas duduk dekat sana) :)

zila abbas said...

Hai nk tnya kuaters yg awk dpt ni area mna ya? dekat x dgn highway gerik-baling?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...