Sunday, June 17, 2012

Kanibalisme dalam kalangan kucing.

Aku ada bela sekor kucing ni. Nama dia Loner. Loner means penyendiri la kan. Dia dapat nama dia tu pon sebab sejarah hidup dia yang agak sadis. Ceghitanya gini... Masa Loner lahir dulu, dia ada ramai adik beradik dan saudara mara yang sebaya dia. Tapi, dalam ramai2 tu, semuanya kecundang sebab ibu-ibu diorang semua hangat2 taik ayam. Masa baru lahir je sayang bagai nak rak, tak sampai 2 3 minggu dah taknak bagi nyusu. Jadi, dalam ramai2 tu hanya Loner je yang survive dan sebab tu dia dapat nama Loner tu. Dia ni memang pelik. Tak macam kucing lain la. Perangai dia memang lari dari fitrah kucing lain. 

Loner, kau nampak begitu terasing...
Maksud aku lain dari fitrah kucing tu ialah si Loner ni ada beberapa jenis perangai pelik. 


1. Gay / Homo / Perbuatan Songsang 

Kes gay dalam kalangan kucing mungkin satu benda yang janggal dan peliks bagi sesetengah orang, tapi bagi orang yang selalu bergelumang dengan kucing mungkin boleh terima. Loner ni dah banyak kali membuat cubaan untuk merogol kucing jantan lain. Apa masalah dia aku pon tak tahu la. Mungkin tekanan sebab tak dapat kasih sayang secukupnya dari ibu bapa dan sejarah silam yang memeritkan. 



2. Makan budak / Cannibalism

Kes yang ini memang aku tak boleh terima. Bukan sekali dua, tapi SETIAP KALI ada saja kucing betina yang beranak, mesti lenyap. Sebab kena mamam dengan si Loner ni. Kadang2 ada la dia tinggal saki baki tangan ke, ekor ke, kepala ke sebagai bahan bukti. 

Yang selalu kita dengar kucing betina makan anak sendiri sebab nak jadikan ubat. Itu yang aku dengar lah. Tapi si Loner ni kucing jantan (tapi suaranya macam betina) (faggot mungkin). 

Pagi tadi, tengah syok aku tengok tv tiba2 terdengar bunyi anak kucing menjerit. Mula2 aku buat dunno je la tapi bila pikir2 balik aikk bila masa pulak ada anak kucing ni. Oh, baru teringat mesti Adek dah beranak. Tapi bunyi anak kucing tu macam bunyi sakit je. Aku pon berlari la pergi tengok apa dah jadi. Rupa2nya si Loner dalam cubaan nak meratah anak Adek yang fresh baru je keluar dari perut. Kuang hajor betul aku cakap, lantas tangan aku terus sampai ke muka Loner dan menjentik muka dia sekuat hati. Sakit kuku aku. Loner pon blah la, sakit mungkin. Aku pulak rasa serba salah. Nak buat camne dah aku bengang sangat tak sedor tangan menjentik muka Loner. Aku teruslah selamatkan anak Adek tu dan masukkan dalam sangkar. 

So malam tadi, aku terdengar lagi bunyi anak kucing mencrettttttt kat luar rumah. Aku pon keluar la pergi cekidaut apa dah jadi. Sampai2 je kat cage Adek, pintu atas dia dah ternganga. I don't have any idea sape la pegi bukak pintu cage tu. Tapi memang aku tak selak pintu cage tu. Seingat aku, memang aku dah tutup petang tadi.  Takkan la Loner yang angkat? Memang berhantu la kucing nihhh. 

Dahsyat la Loner kalau boleh bukak pintu cage yang berat nih

Tengok2 dekat pintu kotak dah ada darah2. Darah anak kucing la tu. Langsi betul Loner nih. 


Tempat kejadian. Selak2 kotak tengok dah tinggal 2 ekor je anak kucing. Sekor dah lesap. Geram betul aku dengan si Loner nih. Aku pon cari la dia. Aku check2 tengok dia tengah jilat tangan tanda dah kenyang la tu!! Untuk kepastian aku check tangan dia, memang ada bekas darah. Aishhhh sabar je lah. 

Kalu nak ikutkan hati lama dah aku buang si gila tu. Ingatkan manusia je ada yang saiko, rupa2nya kucing pon ada. Unbelievable? Believe it. 


3 comments:

yaya said...

aku xtahu nk rase kesian ke tak, tapi aku nak gelak je rase sebab loner ni kelakar jugak kucingnye. ekekekeke.. heheiiii..loner2.. biar jela..dh habitat dia..dia pun xdek akal..hohoho

PinQib said...

er.. rase geli sebb dok bayang kucing makan kaum sendiri..wekksss

CikZaitul said...

loner yg kijam..tarram tarram tarrammmmm :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...