Friday, January 20, 2012

Thank God, for everything =)

Assalamualaikum. 

Akhirnye sampai jugak gua kat rumah yang serba indah nih. Rindu sangat dengan semuanya termasuk la kucing kesayangan gua Oreo, Oiyo, Royo, Froyo, Rio dan Yoyo (semuanya adalah seekor kucing yang sama). Nak dijadikan cerita, bertambah rindu nak jumpa Yoyo sebab dia dah selamat melahirkan 4 ekor cucu aku walaupun aku takde pertalian darah dengan dia. 

Yang aku eksaited ni sebab ni kali pertama Oiyo timang anak, before ni dia andartu dan tak laku. Sampai la satu masa tu, musim mengawan, 3 ekor kucing jantan kenduri dia terus. Astagfirullah... aku cuma mampu menutup mata je tanda protes =,=

Aku tak tau dari mana datangnya warna2 ni. Oren, oren itam putih dan kelabu. Sebab bapak2nya takde pon kaler ni, maknye pon tak. 
Akhirnye tercapai jugak impian aku nak tengok Royo timang anak sebab kesian tengok dia sensorang je takde geng kat rumah. Bila ada anak nih takde la dia boring je kan...


***

Benda kedua yang buat aku eksaited nak balik jugak sebab hadiah Fantastic Pieces Giveaway aku tuhhhhh. Actually, benda ni sepatutnya aku post dari bulan lepas dah sebab aku menang giveaway tu bulan lepas. Tapi aku saje nak tunggu sampai dapat hadiah baru aku buat entri pasal ke-lucky-an aku nih kekekeke. 

Tahun lepas masa bulan Disember aku join FP Giveaway nih dengan menyimpan sikit harapan la kalau-kalau aku boleh menang ke kan. Hadiahnya aku boleh pilih mana2 baju yang still available kat kedainya yang bernilai 35 hengget!! Sape tak nak weiiiii. Aku pon bukannya selalu join benda2 cenggini, so sajalah nak try luck. 

Sampailah waktu FP nak umumkan pemenang yang diorang randomly pick baru la aku teringat pasal aku join benda tu. Dalam ramai2 yang join tu aku kiranya peserta nombor 5 lah. Ada la dalam seratus lebih orang kot yang join tak silap aku. Esoknya, bila aku check balik blog FP, satu kejutan buat aku. Alhamdullilah nombor aku naik woooooo. Who knows kan? Ngeeeee 

Dalam entri yang aku buat pasal FP Giveaway tu aku ada mention aku nak pilih dress nih kalau aku menang. So, memang aku pilih dress ni sebab ianya sweet cangatttttt <3 <3





Dan dah dapat dah pon dress tersebut yayyyyyy! Thank you Fantastic Pieces i really appreciate it =D Jangan lupa visit blogshop nih sebab dress2 diorang memang lawa2 dan murah kalau nak banding dengan sesetengah blogshop cekik darah tapi kualiti sama je. Hehehe


***

Dan last sekali, result Muet dah keluar. Dan tak sangka dapat band 4. Sebab aku target paling tinggi pon band 3. Syukur alhamdullilah sekali lagi even student IPG tak diwajibkan ambik Muet (membazir RM60 akuhh!!) tapi tak pe lah untuk kepuasan diri sendiri juga atleast aku tau aku dah boleh melancong ke korea lalalaalalala~~ ok takde kene mengene k bai!


3 comments:

liyana said...

mun..bawak balik anak oyo seko..pilih yg paling comel n jantan...ehehheheheheh..boleh melaram baju baru... ;p

amy azuha said...

oyio beranak gak akhirnya hehe..comey2 lak tue sekor2..canteknya bju! nak pnjam hehe

Si Ratu Pari said...

mmg cantik baju nie....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...